32

286 18 1
                                    

SYED ABDULLAH membaca isi kandungan dalam resume yang diberikan oleh Yuhaira. Syed Abdullah meletakkan resume itu di atas meja. Beberapa bulan yang lepas, Syed Abdullah telah memecat berpuluh-puluh pekerja kerana mempunyai prestasi yang tidak memuaskan. Syed Abdullah juga telah membuka jawatan kosong dan telah menapis calon yang datang untuk temu duga. Kali ini, Syed Abdullah tidak mahu ada pekerja yang main-main kerana itu akan merosakkan prestasi syarikat.

"Berdasarkan resume awak dan sijil-sijil yang tertera, awak terlebih layak menjawat jawatan ini. Sepatutnya awak minta jawatan yang layak dengan sijil akademik awak." Ujar Syed Abdullah. Jarang pemenggang ijazah sarjana meminta jawatan staf biasa.

Yuhaira paksa diri senyum. Dia tak punya apa-apa sijil akademik yang tinggi selain sijil SPMnya. Ini semua Jefri yang buat sijil palsu untuk dia masuk ke dalam Bakti Holding. Kata Jefri, dengan adanya sijil palsu ini, pihak Bakti Holding akan ambil dan menerima Yuhaira bekerja di Bakti Holding. Jefri memang pakar dalam penipuan ini. Tak tahulah macam mana Jefri boleh uruskan syarikatnya itu.

"Saya nak mula dari bawah, Tuan. Lagipun, saya belum ada pengalaman bekerja lagi. Jadi, lebih elok saya bermula dari bawah." Ujar Yuhaira. Nasib baik dia tidak meminta jawatan tinggi tu. Manalah dia tahu cara kerja kat syarikat ini. Dia hanya tahu menjaga budak dan menyediakan ketering aje.

Syed Abdullah senyum. "Baiklah. Saya terima awak bekerja dengan saya. Selamat datang ke Bakti Holding."

Yuhaira melepaskan nafas lega. Dia menghantar mesej kepada Jefri memberitahu dia sudah diterima masuk ke dalam Bakti Holding. Yuhaira kemudian mendapatkan Hawa, staf yang bertanggungjawab memberi latihan kepada staf baru sepertinya. Hawa membawa Yuhaira ke mejanya. Hawa juga menerangkan skop kerja dan perihal majikan mereka di Bakti Holding. Yuhaira diberikan sebuah komputer riba dan beberapa barang yang lain.

Yuhaira memulakan kerjanya pada hari pertama. Dia agak kekok melakukan kerja yang diberikan. Nasib baik ada Hawa yang sudi mengajarnya. Sudahnya, mereka berdua menjadi kawan baik. Sedar tak sedar, sudah sebulan Yuhaira bekerja di Bakti Holding. Dalam sebulan itu, Yuhaira gigih memerhati Syed Abdullah dan beberapa staf yang berjawatan tertinggi. Mahu menjadi spy yang hebat kerana mahu menyelamatkan syarikat suaminya.

"Dah sebulan, tak ada apa-apa yang pelik." Yuhaira meletakkan fail yang dia sudah siap buat. Jefri pula tengah menyiapkan kerjanya di skrin komputernya.

"Sebulan apa?"

"Menyiasatlah. Syed Abdullah dan yang lain tak ada menunjukkan kepelikan setakat ini."

Jefri senyum. "Agaknya mereka berjaya menyimpan rahsia mereka."

"Mungkin tapi Aira tetap akan siasatnya sampai ke lubang cacing." Ujar Yuhaira penuh bersemangat.

Jefri sekadar senyum. Dia menutup komputernya. Dia bangun dan duduk di sebelah Yuhaira di atas katil.

"Bosan juga duduk terperap dalam rumah. Apa kata kita pergi bercuti, nak?" ajak Jefri.

"Tak bolehlah. Aira ada kerja banyak nak kena siapkan ni."

"Pulak dah!"

"Ini abang punya fasallah suruh Aira jadi spy."

Jefri ketawa. Dia usap manja kepala Yuhaira.

"Nanti hujung minggu kita pergi kalau Aira tak sibuk. Oh ya, Aira dah berjumpa dengan Ruhaila?"

Yuhaira geleng kepala. "Sebulan kerja kat sana tak jumpa dia. Bayang pun tak nampak."

"Tengah sibuk uruskan masalah keluarga kut."

Yuhaira mencebik. Timbul rasa cemburu pula. Dia sudah lama menginginkan sebuah keluarga yang lengkap. Ada mak ayah dan ada suami. Tetapi apabila Ruhaila memilih untuk menjauhkan diri dari dia, dia tidak dapat mempunyai keluarga lengkap. Ada Jefri dan Haider sebenarnya sudah melengkapkan keluarga yang dia idamkan.

TUAN JEFRI 2 - YUHAIRAWhere stories live. Discover now