16

261 17 4
                                    

SUDAH seminggu Jefri tidak menghantar Haider kepada Yuhaira. Dia meminta Puan Naurah menjaga Haider buat sementara waktu. Dia mahu memberikan masa kepada Yuhaira untuk menenangkan diri. Bila semuanya sudah okay, Yuhaira pasti akan hubunginya. Dia tidak sesekali memarahi Yuhaira kerana menuduhnya bukan-bukan. Sesiapa yang berada di tempat Yuhaira, pasti akan berbuat begitu juga.

Jefri masuk kerja seperti biasa. Tengku Lily telah berpindah ke TJ Holding di atas persetujuan Tengku Jaafar dan Tengku Lukman. Ikutkan masa yang ditetapkan, Tengku Lily belum selesai latihannya di JCH Holding tetapi disebabkan Jefri merasakan Tengku Lily sudah mahir dengan selok-belok perniagaan, maka dia terus meminta Tengku Lily masuk TJ Holding. Lagipun, aman sedikit bila tiada Tengku Lily yang mula menunjukkan perangai gediknya itu.

Ashraf masuk ke dalam bilik Jefri. "Rasa sakit hati lagi ke?"

"Tak. Buat apa nak terasa."

"Manalah tahu hati tu dah mula rapuh kerana usia dah tua."

Jefri menjuih bibirnya. "Masa kau hantar Yuhaira balik semalam, dia ada cakap apa-apa tak?"

"Dia asyik diam aje."

"Agaknya emosinya masih belum stabil lagi. Tak apalah. Biarkanlah dia dulu."

"Kau tak cuba call dia ke?"

Jefri geleng kepala. "Tak. Aku malas ganggu dia."

"Kau pergilah jumpa dia."

"Tak mahulah aku. Aku tak nak ganggu dia. Tak fasal-fasal, dia halau aku pula."

"Okey. Lupakan kejap fasal Yuhaira. Ni," Ashraf meletakkan sekeping kad di atas meja Jefri.

"Kad apa?"

"Kad jemputan daripada Tuan Ahmad. Dia try call kau tapi kau tak angkat jadi dia call aku. Kebetulan pula masa aku nak pergi kerja tadi, aku terserempak dengan dia. Dia bagi kad jemputan ni dekat kau. Tuan Ahmad dah buka kilang kainnya di sini dengan kedainya sekali. Dia ajak kau ke rumahnya untuk makan malam bersempena pembukaan kilang dan kedainya." Ujar Ashraf.

"Aku tak ada mood nak pergi."

"Kalau ada Yuhaira, tentu kau pergi kan?" Ashraf gelak kecil.

Jefri senyum. "Dia macam semangat untuk aku."

"Tak apalah. Kau pergilah dengan aku. Aku nikan semangat kau juga. Dah lama kita berdua tak keluar bersama-sama."

"Bila majlisnya?"

"Malam esok. Macam mana? Nak pergi tak?"

"Pergilah. Tuan Ahmad tukan kenalan kita."

"Okey. Apa-apa kau call aku. Okey. Aku nak sambung kerja." Ashraf bangun dan keluar.

Jefri melepaskan keluhan. Dia keluarkan telefonnya. Dibuka pula galeri yang menyimpan berbelas-belas gambar Yuhaira yang diambil oleh Haider. Macam-macam gaya Yuhaira ada. Pandai betul Haider ni. Aih. Tiba-tiba rasa rindu pula dekat Yuhaira.

#

YUHAIRA menyapu sampah depan rumah. Dia tiada mood sebenarnya hari ini. Haider sudah seminggu tidak datang. Agaknya Jefri betul-betul marahkan dia. Apa agaknya nasibnya selepas ini? Adakah Jefri sudah memecat dia dan dia tidak akan berjumpa lagi dengan Jefri dan Haider?

Yuhaira melepaskan keluhan besar. Sungguh malang nasibnya. Lagi malang nasib bila dia terlepas cakap dekat Jefri pada malam itu. Dia sepatutnya berfikir dengan waras dan logik, bukannya main tuduh macam itu aje. Tetapi dia memang rasa takut dengan penerimaan Jefri terhadapnya. Bayangkanlah, berkenalan dengan anak pembunuh itu boleh membahayakan seseorang jika anak pembunuh itu tiba-tiba jadi macam bapanya? Ah, taklah. Yuhaira bukannya nak jadi pembunuh. Dia tidak akan berubah menjadi macam itu. Cuma itulah, penerimaan masyarakat terhadapnya. Ada yang terima dan ada yang tidak terima. Apapun, Yuhaira kena hadapi juga. Ia sebuah cabaran dan dugaan buat dirinya.

TUAN JEFRI 2 - YUHAIRAWhere stories live. Discover now