23

358 18 3
                                    

DI kawasan perumahan itu, Yuhaira mudah menjadi jiran tertangga orang-orang kaya. Pada mulanya, Yuhaira membawa kuih-muih yang dia buat untuk Lina dan anak kembarnya itu. Entah macam mana bau kuih-muih itu dapat dihidu oleh jiran sebelah rumah Lina pula, Datin Maria. Lalu Datin Maria menyapa Lina yang tidak pernah dia menyapa sepanjang mereka menjadi jiran. Yuhaira mengajak Datin Maria menyertai dia dan Lina berbua-bual. Dengan sekejap sahaja, mereka bertiga menjadi kawan baik. Esok hari pula, Datin Maria mengajak dua kawan baiknya yang juga penduduk kawasan perumahan ini iaitu Datin Sally dan Datin Edora. Mereka membentuk kumpulan mereka sendiri.

"Rimas betul I dengan perempuan ni. Selalu ganggu masa lapang I." Datin Edora merengus bila melihat nama pemanggil itu. Dia mematikan telefonnya lalu memasukkannya ke dalam beg. Dia kemudian menikmati kek keladi yang dia minta Yuhaira buatkan. Hilang marahnya bila merasai kesedapan kek keladi Yuhaira.

"Siapa yang call you tu?" tanya Datin Maria.

"Siapa lagi kalau bukan menantu Sharifah Tua tu. I betul-betul rimas tahu kalau dia call. Tak dapat call husband I, dia call I banyak kali. Kalau I block nombor dia, mesti dia datang jumpa I tanya kenapa I block dia pula. Sudahnya, jadi masalah banyak pula."

"Oh, Ruhaila tu ke? Dia pernah call I juga bulan lepas. Mula-mula tu I layanlah dia tapi lama-lama jadi stress pula I dengan dia. I dah block dia. Biar dia nak kata apa, I malas peduli. Kalau layan dia, memang jadi masalah besar." Ujar Datin Maria. Dia pernah menjadi kawan baik Ruhaila tetapi bila suaminya melarang dia dari berkawan dengan Ruhaila, dia tak pernah menghubungi lagi Ruhaila. Malah, bila sikap dan perangai sebenar Ruhaila keluar, lagilah dia tidak mendekati Ruhaila lagi. Rupa-rupanya suaminya sudah lama tahu Ruhaila itu wanita macam mana.

"Nasib baik dia tak call I. I dengar dia dalam kesusahan sekarang. Syarikat husband dia berhutang puluhan juta ringgit. Sekarang ni dia tengah cari orang untuk selesaikan hutang dia." Datin Sally mencelah.

"Itu sebab dia ganggu I dengan Maria. Dia nak husband kita orang tolong dia settlekan hutang syarikat dia dari muflis. You tahukan perangai diva dia tu macam mana? Masa tengah bersenang-lenang, bukan main sombong dan berlagak lagi. Mentang-mentanglah menantu kerabat diraja, boleh dia pandang rendah dekat kita ni? Helo, I yang jadi mak Datin tak adanya perangai macam tu ya? Cuma sombong I, boleh berkira lagi. Sombong dia? Huh, bikin sakit hati!" ujar Datin Sally. Masih segar dalam ingatannya bagaimana Ruhaila mempermalukan dia semasa pertunjukan fesyen di Kuala Lumpur tempoh hari. Ruhaila menghina cara pemakaiannya seperti pakaian lusuh depan VVIP. Ayat Ruhaila ketika itu membuatkan Datin Sally tak tidur malam sepanjang dua malam.

"Husband I ada sebut tentang Bakti Holding. Tak silap I tu syarikat Ruhaila kan?" Lina mencelah pula. Teringin nak bergosip dengan mak datin ini.

"Haah. Itulah syarikat dia dengan husband dia tu. Husband dia pun perangai lebih kurang sama aje dengan Ruhaila. Mereka berdua tu suka berboros. Habis duit syarikat mereka guna untuk belanja diri mereka. Bila dah tak ada duit, mulalah berhutang sana sini. Lagi menyedihkan, mereka gagal mendapatkan projek untuk syarikat mereka sebab mereka juga pernah menimbulkan masalah dengan syarikat lain." Beritahu Datin Maria.

"Patutlah Ashraf cakap JCH Holding batalkan kerjasama dengan Bakti Holding. Rupa-rupanya fasal itu ya."

"JCH Holding kepunyaan Datuk Jefri tukan? Wah, husband I ni dah lama nak bekerjasama dengan Datuk Jefri tu. Eh, suami you bekerja di situ ke?" tanya Datin Maria.

"Ya. Suami I bekerja di JCH Holding sebagai pemangku CEO JCH Holding." Lina terasa bangga pula memberitahu siapa suaminya itu.

"Eh, seriuslah? Kenapa I tak tahu ni?" ujar Datin Maria.

TUAN JEFRI 2 - YUHAIRAWhere stories live. Discover now