22

326 18 6
                                    

JAM 2 pagi, Yuhaira tersedar dari tidur. Telinganya menangkap bunyi tapak kaki seseorang yang cuba memasuki ruang dapur. Yuhaira bingkas bangun dan menghidupkan lampu dapur. Dia berjalan perlahan-lahan masuk ke dapur. Dia melihat kelibat seseorang.

"Kau siapa?!" sergah Yuhaira. Lelaki itu terkejut dan memusingkan badan ke arah Yuhaira. Terbeliak mata Yuhaira melihat ada orang tak dikenali masuk ke dalam dapurnya.

Bukk!!

Yuhaira rebah meniarap di dapur. Lelaki itu merengus melihat Yuhaira yang pengsan dipukulnya. Cepat-cepat dia lari keluar dari dapur dan masuk ke dalam kereta. Dia menghubungi Jefri.

"Jef, kau datang sekarang juga!" ujar Ashraf cemas. Dia terpukul Yuhaira pula! Asalnya dia mahu membuat bising di dapur untuk menakutkan Yuhaira. Tak sangka pula Yuhaira masuk dapur dan ternampak dia walaupun dia memakai topeng hitam bagi menutup wajahnya. Terpaksa Ashraf pukul belakang Yuhaira guna penyapu.

Dekat 15 minit, baru Jefri datang. Nasib baik Jefri duduk di homestay berdekatan kampung Yuhaira. Kalau duduk di rumahnya, mahu dekat setengah jam baru sampai. Sebaik sahaja sampai, Ashraf terus keluar dari kereta dan mendapatkan Jefri.

"Kau ni dah gilalah, Jef. Gila tahu tak!" marah Ashraf dan bercampur rasa takut kerana memukul Yuhaira secara tak sengaja.

"Kau kenapa, Ash? Takut semacam aje ni." soal Jefri.

"Aku dah terpukul Yuhaira, kau tahu tak!" ujar Ashraf.

"Hah? Macam mana boleh jadi? Bukan ke kau nak takutkan dia ajekan?"

"Bukan dia yang takut tengok aku, aku yang takut tengok dia. Aku ingatkan dia tak masuk dapur. Rupanya dia masuk pula. Sudahnya, aku pukul dia dengan penyapu. Kalau aku tak buat macam tu, nanti dia menjerit, macam mana? Tak fasal-fasal aku kena tangkap masuk penjara." Ujar Ashraf ketakutan. Yuhaira yang tengah pengsan di dapur itu entah bagaimana keadaannya. Sudah sedar atau tidak, Ashraf dan Jefri kena pergi dari sini sebelum Yuhaira dapat tahu rancangan mereka.

Jefri ketawa.

"Kau boleh ketawa pula, Jef? Tu makwe kau tu entah macam mana keadaan dia."

Jefri ketawa lagi seraya geleng kepala. "Kau jangan risaulah. Kau tak pukul dia dengan kuat, kan? Biarkan aje Yuhaira pengsan situ. Dah, jom balik. Esok pagi, aku pergi rumah dia dan paksa dia pindah."

Ashraf merengus. Gara-gara Jefri, terpaksa dia menyamar jadi penceroboh. Sudahnya, Yuhaira jadi mangsa. Semua kerana Jefri yang tetap mahukan Yuhaira berpindah juga. Keselamatan Yuhaira tak selamat lagi berada di kampung ini semenjak kematian Nek Mah ditangan pembunuh.

Esok pagi, terkejut Faridah melihat Yuhaira terbaring di dapur dengan pintu dapur yang tak tertutup. Lantas dia mendapatkan Yuhaira. Dia menepuk pipi dan menggerakkan badan Yuhaira. Yuhaira buka mata. Dia mengaduh sakit di belakangnya.

"Kamu tak apa-apa, Aira?"

Yuhaira bangun. Dia gosok kepalanya yang berdenyut sakit. Dia pandang Faridah dan sekelilingnya.

"Mak cik! Pagi tadi, ada orang tak dikenali masuk dapur! Orang tu pukul Aira. Aduh, sakitnya!" beritahu Yuhaira.

"Kamu kenal siapa dia?" soal Faridah, cemas.

Yuhaira geleng kepala. "Dia pakai topeng, mak cik. Siapalah yang datang pagi tadi tu?"

"Agak-agaknya pembunuh tu datang cari Aira, kut? Aira, lebih baik Aira tinggal kat lain. Kat rumah ni, Aira dah tak selamat. Pembunuh tu boleh cari Aira bila-bila masa aje tau." Ujar Faridah, risau dan takut akan keadaan Yuhaira sekarang. Apa yang dikatakan oleh Jefri, itu betul. Ada baik Yuhaira berpindah ke tempat lain. Ke tempat yang tiada sesiapa kenal Yuhaira dan tidak ada boleh cari Yuhaira lagi termasuk pembunuh itu.

TUAN JEFRI 2 - YUHAIRAWhere stories live. Discover now