30

344 18 1
                                    

USAI solat Subuh, Ruhaila bergegas masuk ke dapur menyediakan pelbagai jenis makanan dibuat bekal untuk Haziq yang masuk kerja hari ini setelah seminggu bercuti dari sakit. Ruhaila turut menyediakan makanan kegemaran Haziq iaitu ayam goreng kuah kicap. Jam 8 pagi baru siap semuanya. Ruhaila memasukkannya ke dalam bekas. Datang Raihana ke dapur untuk minum.

"Mama nak bagi dekat siapa makanan ni?" tanya Raihana. Dia mengambil gelas dan mengambil minuman di dalam peti ais.

"Mama nak bagi dekat Haziq."

"Abang Haziq dah okey ke?"

"Alhamdulillah dah okey. Haziq masuk kerja hari ni. Jadi, mama sediakan makanan berkhasiat termasuk makanan kegemaran dia."

"Baik pula mama sediakannya untuk Abang Haziq. Tak pernah mama buat macam tu dekat Hana. Yalah. Bila Hana minta mama sediakan bekal untuk Hana bawa ke sekolah, mama berikan Hana macam-macam alasan. Alasan terbanyak yang mama berikan ialah sibuk. Mama jarang sibuk kat dapur sebab mama separuh suri rumah. Mama hanya pergi ke ofis bila mama diperlukan aje. Tapi bila melibatkan Abang Haziq, bukan main kalut mama sediakan itu ini untuk berikan sesuatu kepada Abang Haziq. Kadang-kala Hana terfikir, Abang Haziq tu anak kandung mama juga ke?" ujar Raihana seraya meluahkan sikap Ruhaila yang tiada masa untuk menyediakan sarapan atau bekal untuknya bawa ke sekolah. Dan dia pelik dengan sikap Ruhaila yang kadang-kala lebih mengutamakan Haziq berbanding dia.

Ruhaila terkedu seketika. "Hana rasa macam tu ke?"

"Ya dan Hana jujur dengan mama, Hana terasa dengan mama sebab mama lebihkan Abang Haziq. Hana ni anak kandung mama. Abang Haziq tu anak kawan mama dengan papa, bukan sesiapa yang ada kaitan dengan keluarga kita."

"Mama minta maaf, sayang kalau selama ni Hana terasa dengan mama. Mama tak sedar apa mama dah buat sampai Hana terfikir macam tu sekali. Maafkan mama, ya sayang." Ucap Ruhaila, sayu dan rasa bersalah. Haziq anaknya juga, abang Raihana tetapi status Haziq tidak membenarkan Ruhaila memberitahu kebenaran itu.

"Nevermind, mama. Hana juga minta maaf. Hana terlupa yang Abang Haziq tak ada mak. Mama sudi jadi mak Abang Haziq sebab itulah apa mama sudi buat apa sahaja demi Abang Haziq. Itu juga mnyebabkan Abang Haziq sayangkan mama macam ibu kandungnya. Cuma, Hana minta mama jangan melebihkan sangat Abang Haziq dari Hana. Hana perlukan mama juga dan Hana juga nak mama layan Hana lebih dari Abang Haziq tu." Pinta Raihana. Nampak dia pentingkan diri sendiri tetapi antara anak kawan dengan anak kandung, Ruhaila patut melebihkan Raihana dalam layanannya. Mujurlah Raihana tidak sakit hati pada Ruhaila. Dia juga faham akan keadaan Haziq yang tiada emak itu dan menganggap Ruhaila sebagai mak kandungnya. Cuma, Raihana tidak mahu kerana kebaikan Ruhaila terhadap Haziq, Ghazali mengambil kesempatan pula. Raihana masih tidak boleh melupakan apa yang dia nampak pada hari itu.

Ruhaila senyum dan dia berasa kasihan pada Raihana kerana Raihana beranggapan begitu. Dia tidak mahu menjadi seorang ibu yang memilih anak mana yang patut dia layan lebih. Raihana dan Haziq adalah anak yang dia sayang.

Yuhaira dan Zaim?

Hati Ruhaila selalu luluh bila teringatkan dua orang lagi anaknya itu. Zaim yang hilang entah ke mana. Yuhaira yang masih ada dan sudah dia jumpa itu masih belum tahu siapa dirinya. Ruhaila juga sayangkan kedua-dua anaknya ini cuma keadaannya memaksa dia jadi begini.

"Oh ya, ma. Nenda ada call Hana pagi tadi. Nenda minta Hana tidur di rumah nenda malam ni. Boleh ke?"

"Boleh aje tapi jangan lama-lama dekat rumah nenda."

"Ya, mama."

"Mama bukan apa, di rumah nenda tu bukan ada Hana aje, tapi sepupu Hana yang lain juga ada. Mama tak suka sepupu Hana membandingkan Hana dengan mereka."

TUAN JEFRI 2 - YUHAIRAWhere stories live. Discover now