42

254 16 0
                                    

20 TAHUN lamanya dia tidak berjumpa dengan Ruhaila. Dendam masih berbekas dalam hatinya. Dia tidak dapat melupakan kejadian yang telah meragut nyawa suami kesayangannya. Walaupun bukan Ruhaila yang membunuh Tengku Zainal, Ruhaila ada kaitan dengan Salleh dan Ruhaila perlu menanggung rasa sakit dan kesedihan yang dia alami sepanjang 20 tahun ini. Yuhaira, anak Salleh dan Ruhaila juga menanggung. Apabila Yuhaira dan Ruhaila sengsara, barulah dia berasa puas hati dan misi balas dendamnya terlunas tetapi hendak melakukannya itu dia seperti ragu-ragu. Ruhaila seperti sudah menjadi wanita yang kebal dan keras yang sukar untuk Tengku Mona melawan. Apatah lagi bila dia mendengar Ruhaila sekarang sudah menjadi superwomen dalam kerjayanya. Pasti Ruhaila ada sokongan di belakangnya untuk melawan balik serangan Tengku Mona.

"You tengah fikir macam mana nak balas dendam kematian Tengku Zainal terhadap I ke?" soal Ruhaila. Sejak dari tadi, mereka tidak bercakap. Tengku Mona pula asyik memandangnya dengan renungan yang tidak senang.

Tengku Mona berdehem. Dia membetulkan kedudukannya. Ruhaila dapat membaca fikirannya pula.

"Dah tahu I tengah plan nak balas dendam, kenapa you ajak I jumpa you? You tak takut kalau I tiba-tiba cekik you?" menerima panggilan daripada Ruhaila mengejutkan Tengku Mona. Tak sangka wanita itu mahu berjumpa dengannya. Tetapi Ruhaila tidak memberitahu apa sebab pertemuannya ini.

"You tak takut masuk penjara?" soal Ruhaila.

"I rela masuk penjara asalkan you dan anak you mati!" tegas Tengku Mona.

"I jumpa you bukan nak menyerahkan diri I untuk you cekik I sampai mati, Mona."

"Habis tu, apa?"

"I nak bergabung dengan you untuk membalas dendam bagi kematian suami you."

"I tak faham."

"Anak you, Tengku Lily menyukai Jefri. I nak Tengku Lily menjadi isteri Jefri dan menyingkirkan Yuhaira."

"Kenapa you nak menyingkirkan Yuhaira? Dia anak you. You sanggup tengok anak you kena cerai?"

"I sanggup."

Tengku Mona masih belum faham dengan motif Ruhaila.

"Yuhaira dan abangnya, Zaim lahir dari benih lelaki yang I benci. Kelahiran mereka berdua tidak diterima oleh I. I terpaksa melahirkan mereka berdua. Nak bunuh mereka berdua, I tak sanggup. Sudahnya, I membiarkan mereka membesar. Walaupun mereka lahir tanpa kerelaan hati I, I sayangkan mereka tetapi lama-lama I jadi benci mereka sebab mereka anak Salleh. Salleh pula dah bunuh orang dan menyebabkan I terpaksa melarikan diri selama 20 tahun kerana I dihina dan dicaci orang kerana ada bekas suami seorang pembunuh!" jelas Ruhaila.

Tengku Mona terkejut.

"So, you nak bergabung dengan I untuk buat Yuhaira merana?" ujar Tengku Mona menginginkan kepastian.

"Yes. Yuhaira yang sepatutnya merana disebabkan dendam you, Mona. Bukan I yang kena. Tambah lagi Yuhaira sudah merampas lelaki kesukaan anak you. I yakin Tengku Lily masih ada keinginan untuk merampas Jefri daripada Yuhaira. Yuhaira sama macam bapa dia. Suka merampas hak orang dan suka buat orang merana kerana dia. I nak you dan Tengku Lily balas dendam terhadap Yuhaira. Buat Yuhaira sentiasa teringatkan balasan yang dia dapat."

"You dah gila, Ruhaila! You sanggup buat anak you macam tu? Kalau I, I tak sanggup walaupun I bencikan anak I." Rasa kasihan pula dekat Yuhaira bila ada ibu yang kejam seperti Ruhaila ini. Kerana Yuhaira lahir sebagai anak Salleh, tak bermakna Ruhaila perlu membenci Yuhaira macam tu. Tengku Mona tahu kisah silam antara Ruhaila dengan Salleh bagaimana tetapi perlukah Ruhaila bersikap begitu?

"You fikirkan tentang anak you, Mona. Tengku Lily memerlukan seorang lelaki yang boleh dijadikan suami. Jefri lelaki yang sesuai untuk dia. Lebih baik kita bergabung, Mona. I akan tolong Tengku Lily dapatkan Jefri untuk dia dan you boleh membalas dendam terhadap Yuhaira."

TUAN JEFRI 2 - YUHAIRAWhere stories live. Discover now