39

207 12 0
                                    

"SAYA tahu dia adalah ibu kandung saya, pak cik. Saya juga tahu Raihana dan Haziq adalah adik saya." Ujar Yuhaira. Saat ini, Yuhaira bersama dengan Ghazali dan Jefri di dalam sebuah bilik privasi di dalam restoran.

"Kamu sudah bercakap dengan Ruhaila?" tanya Ghazali.

"Kami jarang berjumpa. Cuma, semasa saya dan Jefri menziarahi kubur Raihana, mama menengking pada saya dan menyalahkan saya di atas kematian Raihana. Lepas tu, saya tak jumpa dia lagi."

Ghazali melepaskan keluhan. "Ruhaila hanya menyayangi Raihana dan Haziq. Dia sudah melupakan kamu. Tak patut dia buat begitu kepada kamu. Pak cik minta maaf, Yuhaira. Selama ni pak cik hanya menurut kata dia sahaja. Pak cik tak pernah terlintas mahu membantu kamu. Sedar-sedar, kamu dimarahi dan tidak diakui oleh Ruhaila sebagai anaknya." Ujar Ghazali kesal dengan perbuatannya pada Yuhaira.

"Tak mengapa, pak cik. Saya tak mahu menimbulkan apa-apa masalah lagi dengan mama. Mama ada kehidupannya. Saya juga sudah berkahwin dan bakal menjadi ibu. Kami berdua sudah ada kehidupan masing-masing. Saya reda jika mama masih dengan keputusannya."

"Ruhaila tetap dengan keputusannya, pak cik. Saya ada bercakap dengan dia. Dia berkeras tidak mahu mengaku Yuhaira anaknya. Jadi, apa perlu kita buat? Paksa dia? Itu tak boleh, pak cik. Biarkanlah. Yuhaira ada ibu mentua dan ibu angkat yang menyayanginya. Kasih sayang mereka terhadap Yuhaira sudah cukup untuk Yuhaira. Ruhaila tetap ibu kandung Yuhaira tetapi statusnya hanya di sijil kelahiran Yuhaira. Lagipun, Yuhaira sudah reda jika Ruhaila masih begitu. Saya juga malas nak bergaduh panjang dengan Ruhaila. Kami mahu bahagia tanpa memikirkan orang macam Ruhaila." Ujar Jefri.

"Kalau itu yang kamu nak, pak cik ikut saja apa."

"Boleh saya tahu kenapa Haziq menumbuk pak cik tadi?" tanya Jefri.

Ghazali menyandar di kerusi. Dia pandang Yuhaira dan Jefri. Serba salah dia mahu menceritakan konflik ini.

"Tadi, pak cik pergi ke majlis Ruhaila tanpa dijemput. Haziq marah pak cik datang. Pak cik tak sangka dia boleh tumbuk pak cik."

"Itu aje?" Jefri geleng tidak percaya. Hanya sebab itu Haziq pukul orang yang telah menjaganya sejak dari bayi?

"Bukan itu aje..." Ghazali berjeda. Dia tidak tahu bagaimana mahu menceritakan rahsia yang dia simpan ini tetapi sudah sampai masa untuk Yuhaira tahu.

"Pak cik?" Jefri memanggil.

"Haziq mungkin pembunuh Raihana." Ujar Ghazali.

Jefri dan Yuhaira terkejut. Mereka berdua saling berpandangan tidak percaya.

"Pak cik jangan menipu. Mustahil Haziq bunuh Raihana?" soal Yuhaira.

"Abah adalah punca semuanya. Kalau abah tak merahsiakan siapa saya, Raihana tak akan mati macam tu. Itu ayat Haziq pada pak cik semasa pak cik datang ke ofis bertemu dengan Ruhaila. Otak pak cik terus fikir Haziq adalah pembunuh Raihana. Pak cik tanya dia adakah dia yang membunuh Raihana. Dia suruh pak cik cari jawapannya. Pak cik tak boleh tidur. Hati pak cik mengatakan Haziq adalah pembunuh Raihana."

"Kalau Haziq pembunuh Raihana, macam mana dia boleh bunuh Raihana? Bukankah perompak yang menyerang Raihana pada malam tu?" soal Yuhaira.

"Haziq kemungkinan mengupah orang menyerang Raihana. Dia buat kejadian itu seperti rompakan." Ujar Jefri.

Terlepas satu keluhan berat dari Yuhaira.

"Kenapa dia bunuh Raihana?" soal Yuhaira tidak percaya Haziq yang melakukannya.

"Pak cik tak boleh cari puncanya, Yuhaira. Pak cik binggung. Jefri, tolong menyiasat kes ini. Kes kematian Raihana masih belum ditutup kerana polis masih mencari pembunuhnya. Perompak tersebut hilang dan gagal dikesan. Pak cik nak tahu sama ada benar atau tidak Haziq pembunuhnya. Jika Haziq pembunuh, Haziq perlu dihukum. Jika tidak, pak cik rasa lega."

TUAN JEFRI 2 - YUHAIRAWhere stories live. Discover now