21

287 17 0
                                    

RUHAILA bangun mahu masuk semula ke dalam. Dia bertembung dengan Syed Abdullah yang mahu berjumpa dengan Ruhaila. Pertembungan antara mereka berdua mencetuskan rasa tidak selesa Ruhaila apabila mata Syed Abdullah menatap wajahnya dengan lama. Ruhaila mengalih pandangannya ke arah lain. Syed Abdullah pegang kedua-dua tangan Ruhaila tanpa rasa segan. Ruhaila melepaskan tangan Syed Abdullah. Dia memberikan tamparan ke pipi Syed Abdullah.

"Ini hadiah you setelah lama kita tak berjumpa?" soal Syed Abdullah. Tamparan itu tidak memberikan rasa sakit tetapi dia berasa sakit hati dengan Ruhaila yang telah mengkhianati cintanya.

"Kenapa you balik sini? Kenapa you tak stay aje kat Sabah dengan isteri tercinta you?" soal Ruhaila. Matanya merenung tajam anak mata Syed Abdullah.

"You cemburu?" tanya Syed Abdullah lalu mengukir senyuman sinis.

Ruhaila merengus. "Cemburu? I tak pernah cemburu dekat lelaki yang sudah buat hidup I hancur!"

"Itu sebabnya I balik sini semula sebab I nak you berkahwin I! I nak bertanggungjawab di atas apa yang I dah buat dekat you, Ila."

"You dah gila? I dah berkahwin dengan Osman, sepupu you! Tak mungkin I kembali kepada you."

"I boleh buat Osman ceraikan you."

"Jangan buat kerja gila, Abdullah! You jangan sesekali menghancurkan rumah tangga I! I dah bahagia dengan Osman. I tak perlukan you dalam hidup I." Tegas Ruhaila.

"I boleh buat apa sahaja supaya Osman ceraikan you. Masa tu, you terpaksa kembali kepada I sebab you sudah kehilangan semuanya." Ujar Syed Abdullah yang sudah nekad. Wanita di depannya adalah keinginannya. Kenapa Ruhaila boleh memilih Osman sebagai suaminya sedangkan Syed Abdullah lagi layak dari Osman? Adakah Ruhaila mahu membalas dendam terhadapnya? Tidak. Ruhaila tidak akan berjaya membalas dendam. Syed Abdullah akan menundukkan Ruhaila. Ruhaila akan menjadi miliknya semula.

"Macam mana dengan Haziq? Haziq adalah anak kita berdua. You merahsiakan kewujudan Haziq sebab you bencikan I. Kalau you beritahu I fasal Haziq, I sedia bertanggungjawab. I akan berkahwin dengan you supaya Haziq dapat menjadi pewaris I. Nama Haziq pula akan ada pangkal Syed di depan namanya. Malah dia dibinkan nama I. Tapi you rahsiakannya. Tindakan you dah buat hidup Haziq kucar-kacir jika Haziq tahu tentang diri dia. You seorang yang kejam, Ruhaila." Tuduh Syed Abdullah. Apabila mengetahui kebenarannya, dia diserbu dosa masa silam. Tergamak Ruhaila merahsiakan tentang Haziq.

Ruhaila tak terkata apabila Syed Abdullah sudah mengetahui perihal Haziq.

"Siapa yang beritahu you fasal Haziq?" soal Ruhaila.

"Ghazali. I terjumpa dia kat airport dengan Haziq. I perasan muka Haziq ada iras I lalu I teringat you pernah beritahu I yang you pregnant tapi you gugurkan anak kita. I paksa Ghazali beritahu I tentang Haziq. Hasilnya, Haziq anak kandung I setelah I buat ujian DNA."

Jantung Ruhaila mahu pecah. Syed Abdullah sudah tahu tentang Haziq!

"I merayu dekat you. Jangan beritahu Osman atau sesiapa termasuk Haziq fasal ni. I nak you rahsiakannya." Rayu Ruhaila. Suaranya bergetar menahan tangisan.

"I tak akan beritahu sesiapa asalkan kita berdua berkahwin. Jadi isteri I dan kita akan jadi ibu bapa Haziq."

"Semua itu tak akan terjadi, Abdullah! You dengan I tak akan berkahwin!" tekan Ruhaila. Kenapa Syed Abdullah tidak faham? Mereka berdua tidak boleh berkahwin. Masing-masing sudah ada pasangan dan anak-anak hasil perkahwinan mereka. Kenapa Syed Abdullah tetap mahukan dia? Hubungan dia dengan Syed Abdullah pada mulanya bukan sebagai pasangan kekasih. Syed Abdullah yang bersalah dalam hal ini! Dia tidak akan berkahwin dengan Syed Abdullah kerana dia adalah isteri Osman!

TUAN JEFRI 2 - YUHAIRAWhere stories live. Discover now