Dewi Mariana: Berputiknya Cinta Di Fantasi Kedua

2.6K 136 6
                                    

Empayar Kesultanan Melaka.

Permaisuri Dewi Mariana serentak bangun apabila mendengar berita yang disampaikan oleh para pembesar tentang permintaan pihak portugis. Dada Permaisuri Dewi Mariana berombak kencang menandakan amarahnya berada di tingkat teratas.

Apa yang dipinta dam dikatakan sangat melampau!

Melayu bangsa pemalas?

Mahu menjajah Melaka?

"Sekiranya portugis masih lagi berkeras mahu merampas Kota Melaka, maka potonglah kepala beta dan Baginda Sultan terlebih dahulu maka rasmilah Kota Melaka jatuh di tangan Portugis!" titah Permaisuri Dewi Mariana. Para pembesar dan ulama cuma diam mengangguk mengiyakan apa yg dikata oleh Permaisuri.

"Pembesar! Maklumkan pada portugis bahawa Bumi Melaka ini bumi yang berdaulat dan penuh barokah! Tidak akan sesekali beta dan Baginda Sultan sewenang-wenangnya membiarkan mana mana kuasa asing menjajah Melaka!"

Permaisuri Dewi Mariana bangun dari duduknya dan menuruni beberapa anak tangga untuk mendekatkan diri kepada para pembesar dan ulama.

"Sumpah beta! Sekiranya bumi Melaka ini jatuh di tangan portugis maka suatu hari nanti bangsa Melayu sendiri akan bangun dan menentang bangsa penjajah! Allahuakbar!"


.

"Sekiranya Sultan dan Permaisuri Melana tidak mahu bekerjasama, kami pihak Portugis tidak akan teragak-agak untuk menyerang Melaka." ujar salah seorang pegawal portugis. Tanpa rasa bersalah, dengan penuh egoisnya menyatakan hasrat mahu menjajah bumi Melaka. Bumi bangsa Melayu!

"Simpanlah angan-angan jauh di lubuk hati. Selagi beta masih bernafas, bumi Melaka tidak akan jatuh di tangan siapa-siapa bahkan Kesultanan ini akan kekal teguh menakluk tanpa ditakluk oleh bangsa penjajah seperti kamu, portugis." balas Permaisuri Dewi Mariana, tenang seolah-olah tidak terkesan dengan ancaman daripada Portugis.

"Kita lihat. Kami orang- orang portugis mempunyai senjata dan sokongan yang sangat kuat."

"Begitu juga dengan Kesultanan Melaka, kami mempunyai hubungan diplomatik yang sangat baik dengan Turki Uthmaniyyah. Dan kami umat Islam mempunyai satu senjata yang kamu sendiri wahai bangsa penjajah tidak memiliknya, iaitu doa dan tawakal kami kepada Allah!"

Serentak dengan itu, pegawai Portugis berjalan merapati Permaisuri Dewi Mariana dan

Zzap!

Keris sakti yang dipegang oleh Permaisuri Dewi Mariana berada tepat di leher pegawai Portugis itu.

"Jangan berani kau berangan untuk memusnahkan bangsa Melayu sendiri, kerana kelak bangsa ini juga yang akan bangkit dan menentang bangsa penjajah seperti kamu habis-habisan."

Dewi Mariana: Berputiknya Cinta Di Fantasi Kedua (SU)Where stories live. Discover now