bab 18

329 43 0
                                    

Noted: Watak Tun Teja, saya ubah nama kepada Tun Telani. Sebaik sahaja story ni complete, saya akan unpublish sekejap untuk betulkan balik suasana, nama dan fakta am berdasarkan sejarah yang betul. Terima kasihhh

.

SELENDANG berwarna putih pemberian Jelita Purnama, Dewi Mariana lilit dengan kemas sekali di kepalanya. Rambutnya diikat supaya tidak berserabut dan kelihatan, hembusan nafas berlaku. Jiwa Dewi Mariana tidak tenteram, gementar habis seluruh tubuhnya. Ikutkan hati, mahu saja dia batalkan keputusannya namun dek kerana terfikirkan perjanjian dan keadaan Jelita Purnama, digagahkan juga.

Ketukan di pintu menyedarkan Dewi Mariana, setelah mendapat izin pintu kamar terus terbuka. Dapat Dewi Mariana lihat wajah Mba Melati sedang berjalan masuk ke dalam kamar. Dewi Mariana cuma diam mematung, langsung tidak berganjak mendapatkan Mba Melati.

"Kamu baik-baik sahaja bukan Mariana?" Mba Melati menyoal anak tirinya itu. Dewi Mariana cuma mengangguk, selepas kejadian dimana Dewa Marzuki menerima pinangan daripada Istana Melaka secara membuta tuli membuatkan hubungan Dewi Mariana dan Dewa Marzuki bertambah rengang. Begitu juga dengan Dewi Marzana dan Mba Melati.

"Mba mohon maaf. Sepatutnya pada tempoh hari Mba Melati perlu menghalang ayah kamu daripada menerima pinangan secara membuat tuli. Ampun Mariana, ku mohon maafkanlah Mba Melati. Jangan disiksa Mba Melati sama perlakuanmu."

Tangan Mba Melati naik memegang tangan Dewi Mariana.

"Sudah-sudahlah dengan rajuk mu itu Mariana."

"Bagaimana saya mahu menepis rajuk itu? Hanya kerana saya anak kepada Dewa Marzuki itu tidak bermakna yang Dewa Marzuki berhak menentukan hidup saya. Bingung juga saya ya duhai Mba Melati. Mengapa cuma saya saja yang perlu diatur hidupnya. Apakah di mata seorang Dewa Marzuki, Mariana masih lagi anak kecil? Ataupun hamba?"

Mba Melati diam tidak menjawab.

"Jujur di hati saya ya Mba Melati, sewaktu Rahman mengabarkan yang Mba Melati sekeluarga ingin datang melawat saya di Melaka, saya fikir Mha Melati dan Dewa Marzuki tidak akan menimbulkan sebarang kekacauan dan juga menghancurkan kehidupan saya. Namun silap, walau 1000 tahun berlalu demikianlah tidak akan berubah sama sekali perilaku kamu berdua."

"Selesai sahaja perkahwinan ini, pergilah dari bumi Melaka."

Serentak dengan itu, Dewi Mariana berjalan keluar daripada kamar lenanya. Mawar dan Rahman yang sedang menunggu, terus dia arahkan supaya berjalan ke masjid Melaka. Hari ini, dia akan berubah pendiriannya. Daripada seorang yang tidak beragama menjadi seorang yang beragama Islam. Pakaian juga perlu diubah. Sementara itu, Mba Melati jatuh terduduk di atas lantai kayu itu. Kedua-dua tangannya naik memegang wajah. Sedih dan kecewa dengan kata-kata anaknya sebentar tadi.

Berkali-kali insan yang bernama Mba Melati ini cuba untuk memujuk, berdoa kepada Tuhannya supaya hati Dewi Mariana yang keras bak batu itu lembut seperti kain sutera. Namun, hari demi hari, sudah berbuih mulutnya memujuk anaknya itu. Pelbagai cara dia lakukan untuk memenangi hati Dewi Mariana. Dalam masa yang sama, Mba Melati dan Dewi Marzana bagaikan tersepit di antara dua batu yang jatuh menghempap bumi.

Dewi Mariana, sudah terbiasa dengan layanan kasar ayahnya. Dari kecil, dia sering menyoal mengapa dia sering dilayan jauh berbeza daripada sang adik. Manakala bagi Dewa Marzuki pula, layanannya terhadap anak daranya itu dek kerana baginya Dewi Mariana ialah punca perginya sang ibu kandung. Terkadang, mahu saja dia lepaskan segala kekecewaannya buat sang suami. Namun, dek kerana tradisinya yang menganggap suami ibarat Tuhan yang perlu dihormat dan ditatang, Mba Melati akhirnya menyimpan rasa.

Mba Melati mahu melihat, melayani Dewi Mariana sebagai anaknya sendiri. Biarlah sukar buat Dewi Mariana untuk menganggapnya sebagai ibu, tetapi biarlah dia dapat mengasihi Dewi Mariana sebagaimana dia mengasihi Dewi Marzana. Namun, dia sedar sangat mustahil untuk perkara itu terjadi.

.

.

TIBA sahaja di Masjid Melaka, para ulama dan bendahara Tun Perak dan Tunku Mahmud Shah turut berada di situ untuk melihat saat dimana Dewi Mariana melafazkan dua kalimah syahadah. Masuk sahaja ke dalam Masjid Melaka, Dewi Mariana diarahkan untuk duduk bersimpuh di hadapan Sultan Alauddin Riayat Shah. Bakal ayah mertuanya sendiri.

"Bersedia sudah nak?" soal Sultan. Dewi Mariana mengangguk perlahan. Gementar sekali apabila Sultan Alauddin Riayat Shah sendiri yang akan mengislamkannya. Yang akan membantunya melafazkan ayat suci dua kalimah syahadah.

"Usah ragu-ragu nak. Jika tidak yakin, beritahu saja." Dengan nada yang lembut, Sultan menyoal Dewi Mariana. Dewi Mariana cuma tersenyum tipis, dia yakin akan keputusannya.

"Baiklah... kalau begitu kita mulai sekarang." Sultan Alauddin Riayat Shah menguatkan suaranya supaya orang ramai boleh mendengar suaranya.

"Dewi Mariana. Sudah bersedia?" Sultan menyoal. Dewi Mariana mengangguk.

"Sudah bersedia Tuanku, patik berjanji bahawa patik akan menjadi umat Islam yang patuh akan arahannya dan tidak akan mempersendakan agama Islam sama sekali." Dewi Mariana melafazkan taat setianya terhadap agama Islam. Sultan Alauddin Riayat Shah tersenyum.

"Baiklah... dengan lafaz bismillah Dewi Mariana ikut tutur kata Beta."

"Asyhadu Al La Illa Haillah."

"Asyhadu Al La Illa Haillah."

"Waasy Hadu Anna Muhammadar Rasulullah."

"Waasy Hadu Anna Muhammadar Rasulullah."

"Aku bersaksi bahawa Tiada Tuhan selain Allah dan Aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah."

"Aku be-bersaksi bahawa Tiada Tuhan selain Allah dan Aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah."

  Serentak dengan itu, para ulama, pembesar dan Sultan sendiri masing-masing mengucapkan rasa syukur. Di balik pernikahan Tunku Mahmud Shah dan Dewi Mariana yang bakal berlangsung ada juga kebaikannya. Antaranya bertambahlah umat Nabi Muhammad. Yang paling bahagia, sudah tentulah Tunku Mahmud Shah. Kini, tinggal selangkah saja lagi untuk dia memilik gadis idamannya.

  Selesai sahaja semuanya, para pembesar mula beransur pergi untuk menyelesaikan kerja-kerja yang tidak selesai lagi. Melihat Dewi Mariana yang termenung sendirian, Tunku Mahmud Shah memilih untuk mendekati Dewi Mariana.

"Assalamualaikum." Salam diberi, Dewi Mariana tersentak. Cepat-cepat dia beralih memandang Tunku Mahmud Shah. Satu senyuman dihadiahkan.

"Waalaikumussalam... Tunku tidak berangkat pulang ke Istana Melaka sama Sultankah?" soal Dewi Mariana. Tunku Mahmud Shah tersenyum lalu duduk di sebelah Dewi Mariana. Cepat-cepat Dewi Mariana menjarakkan sedikit kedudukan di antara mereka berdua.

"Tidak duhai Mariana. Bagaimana mahu pulang ke Istana sedangkan Mariana masih lagi berada di Masjid. Tidak mahu pulang atau bagaimana?"

"Patik ingin duduk di Masjid sebentar. Dalam masa yang sama juga ingin menikmati keindahan bumi Melaka. Gembira rasanya dapat menjadi penduduk di bumi Melaka ini. Tenang sahaja jiwa. Tambahan pula, patik ingin melihat ayat-ayat Al-Quran yang tergantung di dinding Masjid. Patik cadang, mahu mempelajari Al-Quran."

Tunku Mahmud Shah mengangguk dan tersenyum.

"Mariana... sebaik sahaja lafaz akad nikah terlafaz, saya janji bahawa saya akan mengajarkan tentang Islam kepada kamu. Janji saya, saya akan bahagiakanmu dan juga menyanyangimu seperti yang Mariana inginkan."

Dewi Mariana: Berputiknya Cinta Di Fantasi Kedua (SU)Where stories live. Discover now