bab 33:Dendam Yahudi dan Pengkhianat Bangsa

86 12 6
                                    

"Dan pada akhirnya, jasad ini dianggap sebagai pengkhianat bangsa."


-Permaisuri Dewi Mariana.

.

PERMAISURI DEWI MARIANA berjalan menuju ke kamar Permaisuri Ibu Tun Telani. Terlalu banyak perkara yang harus dia bincangkan. Kali ini, Permaisuri Dewi Mariana sendiri sudah tekad bahawa perkataan sabar sudah tiada dalam kamus hidupnya. Walau apapun yang akan terjadi nanti, Permaisuri Dewi Mariana sudah bersedia menghadapi kemungkinannya.

  Berdiri tegak di hadapan kamar gah Permaisuri Ibu Tun Telani, Permaisuri Dewi Mariana mengambil nafas sebentar. Kali ini, yang mengiringinya cuma Mawar dan Mariati sahaja.

"Permaisuri, walau apa pun yang terjadi, patik akan setia di sisi Permaisuri." tutur Mariati. Permaisuri Dewi Mariana cuma mengangguk sambil tersenyum tipis.

"Terima kasih buat kalian berdua. Beta doakan, semoga Allah memberkati usia kalian."

  Serentak dengan itu, Permaisuri Dewi Mariana masuk ke dalam kamar Permaisuri Ibu Tun Telani. Permaisuri Dewi Mariana berjalan menuju ke arah Permaisuri Ibu Tun Telani. Kepalanya ditundukkan sedikit sebagai tanda hormat manakala Mawar dan Mariati pula menundukkan kepala dan kaki mereka juga turut turun sedikit.

"Mengapa anakandaku Mariana?" soal Permaisuri Ibu Tun Telani.

Permaisuri Dewi Mariana duduk bersimpuh di hadapan ibu mertuanya itu.

"Anakanda yakin bahawa bonda sudah tahu apa yang terjadi pada tempoh hari.  Bahkan anakanda juga yakin bahawa bonda pasti sudah tahu apa yang diperintahkan oleh kakanda Mahmud Shah sehingga menyebabkan berlakunya kucar-kacir di Pasar Dagang." Permaisuri Dewi Mariana menundukkan kepalanya.

"Bonda sudah tahu. Bahkan setiap pergerakan kamu dan Mahmud Shah juga bonda turut tahu tanpa perlu kalian berdua maklumkan terlebih dahulu. Mengapa Mariana? Apa yang mendorong kamu untuk datang ke sini? Apa tindakan kamu seterusnya?" soal Permaisuri Ibu Tun Telani.

"Mariana sudah bertekad bahawa Mariana ingin menentang setiap peraturan yang dibuat oleh Baginda Sultan. Bahkan sekiranya berlaku apa-apa perubahan dalam sistem pemerintahan Melaka, Mariana sudah bertekad bahawa Mariana akan menentang habis-habisan." tutur Permaisuri Dewi Mariana dan berjeda seketika.

  Permaisuri Ibu Tun Telani melepaskan nafas kasar. Permaisuri bangun dari duduknya. Kaki mula melangkah mendekati menantunya itu.

"Di dalam Melaka, siapa sahaja yang melanggar arahan Sultan akan digelar sebagai pengkhianat..." Permaisuri Ibu Tun Telani berjeda seketika. Matanya memandang tepat ke arah Permaisuri Dewi Mariana.

"... Kamu mahu digelar sebagai pengkhianat bangsa?" sambung Permaisuri Ibu Tun Telani.

"Apakah seorang wanita yang berjuang menegakkan hak bagi seorang perempuan layaknya digelar sebagai pengkhianat?"

"Iya kalau kamu tidak mahu digelar sebagai pengkhianat bangsa, tidak usah masuk campur tentang pemerintahan Melaka! Duduk diam-diam sahaja di Istana Melaka ini. Harus kamu sematkan di dalam otak kamu duhai Dewi Mariana, seorang permaisuri tidak akan dapat melawan kuasa seorang Sultan!"

  Kata-kata yang meluncur keluar daripada mulut Permaisuri Ibu Tun Telani menyentakkan Dewi Mariana. Sepasang anak mata Permaisuri Dewi Mariana memandang tepat wajah Permaisuri Ibu Tun Telani. Air matanya ditahan sehabis baik.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 27 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Dewi Mariana: Berputiknya Cinta Di Fantasi Kedua (SU)Where stories live. Discover now