bab 32

70 13 0
                                    

PERMAISURI DEWI MARIANA menunggang kuda menuju ke arah Pasar Dagang, kali ini dia menuju ke pasar dagang tanpa diiringi oleh sekumpulan besar pengawal istana. Perihal Sultan Mahmud Shah juga dia sudah malas mahu berfikir. Yang mengikutinya kali ini cuma tiga orang, iaitu Mawar, Mariati dan Rahman.

"Permaisuri, baik-baikkah?" soal Rahman prihatin, Rahman juga turut menunggang kuda. Permaisuri Dewi Mariana mengangguk perlahan.

"Usahlah Rahman risaukan, beta baik-baik sahaja. Mengapa Rahman bertanyakan soalan sedemikian rupa?"

Rahman cuma tersenyum kecil.

"Tidaklah, sejak subuh tadi dapat saya lihat wajah Permaisuri mendung sahaja. Selalunya Permaisurilah orang pertama yang akan menyapa setiap isi istana."

"Biasalah Rahman, beta juga manusia. Hamba Allah. Ada masa beta juga kecundang dengan ujian yang dihadiahkan daripada Allah S.W.T."

  Kata-kata yang meluncur keluar daripada mulut Permaisuri Dewi Mariana membuatkan Rahman pelik. Ujian? Apa yang dimaksudkan dengan kata-kata Permaisuri sebentar tadi? Baru sahaja mahu membuka mulut ingin bertanya lebih lanjut, laju sahaja tangan Mawar naik menampar perlahan kaki Rahman.

  Rahman pula terus menunduk memandang Mawar memandangkan Mawar dan Mariati berjalan kaki sahaja, enggan menunggang kuda kerana takut.

"Apa?" soal Rahman, namun nadanya dijaga sehabis baik agar Permaisuri Dewi Mariana tidak mendengar perbualan di antara dia dan Mawar.

"Jaga baik-baik mulutmu itu!" Sempat juga Mawar memberi amaran buat Rahman. Rahman pelik. Ada apa-apa kejadian di Istana Melaka dia tidak tahukah?

  Tiba sahaja di Pasar Dagang, Dewi Mariana turun daripada menunggang kuda. Kudanya dititipkan ke Rahman untuk dijaga sementara dia, Mawar dan Mariati masuk ke dalam Pasar Dagang. Tambahan pula ada juga barangan yang ingin dia beli. Sehelai kain diambil dan dibawa menutupi rambut dan wajahnya. Cuma bahagian mata sahaja yang kelihatan.

"Ayuh Permaisuri." Mariati berjalan terlebih dahulu manakala Mawar pula berjalan di samping Permaisuri Dewi Mariana. Sepanjang mereka berjalan di dalam Pasar Dagang, ada satu perkara yang menyedarkan Permaisuri Dewi Mariana. Iaitu, orang ramai sudah kurang membeli bahkan ada juga peniaga yang memilih untuk tidak berniaga.

"Mawar." panggil Permaisuri Dewi Mariana, dengan penuh perlahan sekali. Mawar beralih memandang Permaisurinya itu.

"Mengapa Permaisuri?" soal Mawar. Nadanya juga ditahan sehabis baik agar  orang ramai tidak dengar.

"Mengapa Pasar Dagang tidak meriah seperti dahulu lagi? Ada apa-apa perkara kah yang beta tidak tahu?" soal Permaisuri Dewi Mariana. Mawar terkedu.

  Sebenarnya, ada juga beberapa perkara yang diubah sepanjang pemerintahan Sultan Mahmud Shah. Dan yang paling ketara sekali ialah peraturan dan undang-undang buat para peniaga.

"Mawar! Jawab pertanyaan saya."

  Mariati terus beralih ke belakang apabila nada yang digunakan oleh Permaisuri Dewi Mariana semakin tinggi.

"Permaisuri..." panggil Mariati seraya tangannya naik mahu memegang Permaisuri Dewi Mariana. Mahu tahu juga apa yang menjadi bualan di antara mereka berdua. Namun, tingkah laku Mariati terhenti apabila Mawar menjawab pertanyaan Permaisuri.

"Sebenarnya, Tuanku Sultan menaikkan cukai barangan terhadap para peniaga. Bahkan Tuanku Sultan juga turut menaikkan kadar cukai bagi setiap jualan yang diperoleh. Ini bermakna para peniaga perlu membayar dua jenjs cukai, sekaligus harga barangan juga perlu dinaikkan..."

"... Dan Tuanku Sultan juga turut mengeluarkan undang-undang bahawa peniaga perempuan tidak dibenarkan berniaga sama sekali."

"Pulangkan semua barang dagangan aku!"

  Perhatian Permaisuri Dewi Mariana, Mariati dan Mawar terus beralih ke arah suara lunak itu. Tanpa berfikir panjang, Permaisuri Dewi Mariana terus berlari menuju ke arah suara itu. Begitu juga dengan Mawar dan Mariati yang turut membuntuti langkah Permaisuri mereka.

  Tiba sahaja di lokasi itu, dapat mereka lihat seorang perempuan yang sedang menangis memohon dan merintih kepada pengawal yang berkhidmat di bawah sistem pembesar empat lipatan.

Permaisuri Dewi Mariana tergamam.

  Seorang perempuan harus berlawan dengan empat orang pengawal?

Gila!

Barangkali seluruh isi bumi Melaka ini sudah gila!

"Apa yang berlaku?!" Mawar memecahkan suasana terlebih dahulu. Keempat-empat orang lelaki itu terus beralih memandang ke arah mereka bertiga.

"Sibuk apa kamu? Dasar perempuan suka menjaga tepi kain orang!"

"Jaga baik-baik ya mulut kalian! Biadap!" Suara Mawar sudah naik seoktah. Melihat gaya para jejaka di hadapannya ini, dia sudah bersedia untuk mengeluarkan segala ilmu batin dan ilmu silatnya yang dituntut.

"Tahu apa kamu?! Perempuan ini masih lagi berkeras mahu berdagang! Sedangkan Sultan sudah menetapkan bahawa mana-mana perempuan yang berkeras mahu berdagang, barang dagangannya harus dirampas?!" Kali ini, jejaka lain pula yang bersuara. Permaisuri Dewi Mariana yang berselindung di sebalik mula rasa tercabar.

"Apakah setiap titah Sultan itu harus diikut?" Kali ini, giliran Permaisuri Dewi Mariana pula bersuara. Serentak dengan itu, keempat-empat jejaka itu terus beralih memandang Permaisuri Dewi Mariana.

"Berani ya kamu mempertikaikan kuasa dan hak Sultan?"

  Maka dengan itu, seorang jejaka berjalan ke arah Permaisuri Dewi Mariana. Di tangannya terdapat sebilah parang yang sudah bersedia untuk menentang sang Permaisuri. Belum sempat parang tersebut hinggap di tubuh badan Permaisuri Dewi Mariana,  Mawar dan Mariati bertindak terlebih dahulu.

  Tangan Mawar bertindak merampas parang tersebut manakala kaki Mariati pula naik menendang perut jejaka itu.

"Berhenti!" Suara Rahman yang kuat menyebabkan pertarungan mereka itu terhenti. Permaisuri Dewi Mariana juga turut terlibat. Rahman berjalan mendekati Permaisuri Dewi Mariana.

"Ampun Permaisuri. Permaisuri baik-baik sahajakah?" Rahman menyoal Permaisuiri Dewi Mariana. Permaisuri cuma mengangguk sahaja. Kain yang melindungi wajahnya dibuka. Para jejaka yang berada di situ serta-merta tunduk apabila sedar bahawa figura yang mereka bertikam lidah sebentar tadi ialah Permaisuri Melaka.

"Ampunkan kami Permaisuri!"

"Ampun beribu-ribu ampun Permaisuri!"

"Bawa mereka menghadap beta di Istana Melaka!"

  Serentak dengan itu, Permaisuri Dewi Marjana berjalan menuju ke arah kuda sementara Rahman pula menyelesaikan jejaka-jejaka itu. Mawar dan Mariati mengambil tempat di sebelah Permaisuri Dewi Mariana. Baru sahaja mereka mahu menegur sang Permaisuri, percakapan mereka jeda seketika apabila air mata Permaisuri Dewi Mariana mengalir keluar.

"Permaisuri... baik-baik sahajakah?" soal Mawar. Permaisuri Dewi Mariana cuma menggeleng perlahan.

"Apa yang sudah terjadi kepada bangsa ini? Saling khianat-mengkhianati sesama kaum. Bahkan perempuan juga disisih dan ditindas. Apa kita tidak mempunyai perasaan?"

"Permaisuri..." Kali ini giliran Mariati pula bersuara.

"Keadaan ini makin tenat. Apa dendam Tuanku Sultan hingga Baginda tergamak melakukan melakukan undang-undang yang menghina dan menjatuhkan maruah seorang perempuan? Apakah baginda tidak terlahir daripada seorang perempuan?"

  Tubuh Permaisuri Dewi Mariana jatuh terduduk di atas tanah bumi Melaka itu bersama dengan tangisan kesedihannya.

"Bagaimana bangsa melayu ini mahu berjaya jika pembelotnya juga datang daripada bangsa ini. Bangsa melayu ialah bangsa yang teguh namun jatuh kerana bangsanya sendiri! Jatuh kerana adanya orang yang memilih menjadi duri!"

Dewi Mariana: Berputiknya Cinta Di Fantasi Kedua (SU)Where stories live. Discover now