bab 7

404 55 2
                                    

JELITA PURNAMA berjalan keluar dari Istana Melaka sambil diiringi dayangnya iaitu Mariati. Tiba sahaja di taman bunga, Jelita Purnama terus duduk di atas kerusi yang diperbuat daripada kayu jati manalala Mariati pula cuma berdiri di samping Jelita Purnama.

"Tuan Puteri mahu apa-apakah?" soal Mariati. Jelita Purnama cuma menggeleng tanpa memandang Mariati. Pergaduhan di antara dia dan suaminya, Tunku Mahmud Shah tempoh hari masih segar lagi di dalam jiwa.

"Empayar Melaka memerlukan seorang pewaris untuk menjaga dan memerintah Melaka. Tapi sayang, patik tidak mampu menunaikan tradisi itu." Jelita Purnama bersuara selepas beberapa minit mendiamkan diri, Mariati cuma diam tidak menjawab.

"Patik menerima takdir jika di kemudian hari, suami patik akan menduakan patik sendiri. Walaupun hati patik terluka dan terguris"

"Patik tidak sempurna."

Mariati masih lagi mengunci mulutnya.

"Begitulah kehidupan, Tuan Puteri. Hati itu ibarat lautan, banyak kisahnya tanpa siapa pun tahu. Misteri dalam bicara, kasihnya cuma buat yang terpilih. Derita yang dihadapi, tak semuanya tahu. Manusia itu tidak sempurna, di balik tawa yang riang, terselit seribu duka. Lantas siapakah kita untuk menilai sifat sempurna itu?" Mariati bersuara. Walaupum Jelita Purnama tidak beralih memandangnya, namun Mariati dapat lihat yang Jelita Purnama sedang mengesat air matanya.

"Namun patik perlu memberi zuriat buat Tunku." Jelita Purnama memandanh Mariati.

"Inilah takdir yang harus patik terima. Jauh di sudut hati patik, patik yakin bahawa Tunku tidak pernah sayang dan cintakan patik." Jelita Purnama bangun dari duduknya.

"Maksud Tuan Puteri?" soal Mariati ingin tahu. Pelik, tidak pernah sesekali Tuan Puteri berbicara sehingga begini sekali. Terlalu dalamkah sakitnya hingga Tuan Puteri mula meragui cinta dan kasih Tunku Mahmud?

"Perkahwinan patik dan Tunku Mahmud tidak atas dasar cinta sama sekali. Tetapi untuk mengukuhkan empayar Melaka memandang keturunan patik semuanya berasal daripada Dinasti Ming. Patik juga berdarah campuran di antara melayu dan cina. Bezanya, patik banyak didedahkan dengan adat tradisi melayu..."

"... Selama ini, Tunku Mahmud melayan patik dengan baik kerana Tunku Mahmud menghormati patik sebagai isterinya. Tunku Mahmud tidaklah kejam terhadap patik walaupun perkahwinan ini terjadi atas aturan keluarga demi empayar Melaka. Namun, jauh di sudut hati patik. Patik mahu mendengar Tunku Mahmud melafazkan kata-kata cinta, dengan hati yang tulus dan ikhlas. Bukannya sekadar lafaz tanpa niat."

Mariati mengangguk tanda faham.

.

.

SEJAK subuh, Dewi Mariana sudah duduk di dapur bersama-sama dengan Mawar. Mereka berdua saling bertungkus lumur mengemas dan mengubah ruang dapur supaya lebih luas. Sekurang-kurangnya, muat jugalah untuk keluarganya datang nanti. Selesai sahaja mengemas, Mawar menjenguk ke luar tingkap.

"Sudah siang Dewi. Lama benar kita berdua mengemas dapur ini. Kalau Dewi sudah tidak larat, tidak mengapa biar saya sahaja yang mengemas. Dewi pergilah berehat." tutur Mawar. Dewi Mariana cuma menggeleng perlahan.

"Ya tidak mengapalah Mawar. Lagipula, yang mahu datang itu keluarga saya. Ada bagusnya juga saya turut membantu Mawar, ringanlah sedikit bebanan Mawar." balas Dewi Mariana lalu menyusun pinggang-pinggan kaca yang dibeli di pasar dagang itu.

"Dewi Mariana, saya mahu bertanyakan satu soalan. Itu pun, jika Dewi tidak keberatan untuk menjawab soalan itu." Mawar memulakan langkahnya untuk menyoal majikannya, jauh di sudut hati Mawar dia mahu tahu tentang keadaan keluarga Dewi Mariana. Apa yang telah berlaku sehingga membuatkan Dewi Mariana memilih berhijrah ke bumi Melaka? Gelap sangatkah masa silam Dewi Mariana seperti mana gelapnya hati manusia tanpa cahaya sang Ilahi.

Melihat anggukan Dewi Mariana, Mawar terus mengajukan soalannya.

"Setegang manakah hubungan Dewi Mariana sama keluarga Dewi?"

  Seperti disambar halilintar, langkah Dewi Mariana terus terhenti. Pinggan kaca yang dia pegang terus dia letak kembali di atas lantai kayu. Dewi Mariana memandang Mawar. Mawar cuma menayangkan wajah biasa, tidak gerun dan tidak terlalu bangga dek kerana mengajukan soalan tentang keluarga majikannya itu.

"Iya. Sangat tegang, bahkan jika boleh diputuskan hubungannya saya pasti akan putuskan hubungan itu. Bagi mereka, keluarga adalah penawar luka batin, namun bagi saya keluarga adalah racun yang mampu membunuh kamu dari dalam. Bezanya, kamu sedar dan lari dari racun itu atau merelakan racun itu membunuh kamu secara perlahan." Dewi Mariana maju selangkah.

"Ianya bermula dengan Dewa Marzuki, ayah saya begitu mengagungkan dan menyanjung tinggi Dewi Marzana. Tidak dinafikan, Dewi Marzana bijak dalam segala hal. Tambahan pula, Dewi Marzana menjalinkan hubungan sama laki-laki yang baik, tinggi kedudukan darjat dan kastanya. Namun berbeza pula sama saya, seorang wanita yang hina dan jijik. Bahkan tiada siapa yang mahukan wanita jijik ini untuk dijadikan pendamping hidup."

"Setiap detik, pasti ada sahaja perkara yang mahu Dewa Marzuki katakan kepada saya. Tingkah laku saya, wajah saya, bahkan salur keturunan saya juga turut dikata. Menurut Dewa Marzuki, saya tidak pantas lahir di dunia. Kerana Dewa Marzuki dan emak saya berjodoh kerana aturan keluarga. Keluarga emak saya sangat berjasa kerana berjaya menolong keluarga Dewa Marzuki yang hampir jatuh darjat dan maruahnya. Tambahan pula, keluarga Dewa Marzuki ialah keluarga yang sangat tinggi darjatnya, berlembaga, berharta, berkasta dan sangat disanjung tinggi. "

"Manakala keluarga ibunda saya ialah keluarga yang fakir miskin. Apa yang dikais, itulah makanannya. Bagi Dewa Marzuki saya tidak pantas lahir ke dunia kerana saya mempunyai salur keturunan yang fakir miskin. Banyak lagi perkara yang sering Dewa Marzuki katakan dan berjaya menggoreskan hati saya. Bahkan tanpa Dewa Marzuki sedar, dia berjaya meragut pucuk kebahagiaan saya."

Mawar cuma diam tidak menjawab. Dia maju ke arah Dewi Mariana, tubuh diturunkan sedikit sebagai tanda dia meminta maaf atas kelancangan lidahnya yang mengajukan soalan tersebut.

Soalan yang tidak layak kau soalkan kepada mereka yang lukanya tidak sembuh.

"Maafkan saya Dewi. Benarlah, hati itu ibarat lautan. Luka dan misterinya cuma dia dan Ilahi sahaja yang tahu. Ampun Dewi atas kelancangan lidah yang tidak bertulang ini menyoal tentang keluarga Dewi."

.

TUNKU Mahmud Shah masuk ke dalam kamarnya, dapat dia lihat isterinya iaitu Jelita Purnama sedang meneguk air herba yang dihantar oleh pawang istana sebagai salah satu ikhtiar untuk merawat penyakit Jelita Purnama.

"Sudah selesai?" soal Tunku Mahmud Shah. Jelita Purnama mengangguk.

"Ke mana sahaja kakanda hari ini?" soal Jelita Purnama. Tunku Mahmud Shah melepaskan nafas kasar, berat sekali dia ingin menjawab persoalan ini.

'"Ke pasar dagang lagikah? Mencari siapa?" soal Jelita Purnama. Sengaja dia mahu menduga suaminya itu, dia tahu niat sebenar Tunku Mahmud Shah ke pasar dagang.

"Berjumpa sama Rahman. Salahkah?"

"Dan menyoal tentang Dewi Mariana?" soal Jelita Purnama lagi. Tunku Mahmud Shah mengangguk.

"Sudah ku bilang hal ini sama ayahanda dan ibunda. Menurut mereka, lebih baik jika kakanda dan Dewi Mariana berkahwin. Lagipula, Jelita sudah lihat wajah Dewi Purnama. Sangat cantik, tidak hairanlah jika Tunku sendiri yergugat dengan aura Dewi Purnama."

Dewi Mariana: Berputiknya Cinta Di Fantasi Kedua (SU)Where stories live. Discover now