bab 9

359 45 0
                                    

SEBUAH kapal daripada wilayah India-China mula berlabuh di pelabuhan Melaka. Sementara itu, Dewi Mariana, Mawar dan Rahman sudahpun bersedia di pelabuhan Melaka itu menyambut kedatangan Dewa Marzuki dan keluarga. Namun di sisi lain, debar dan gelora di dada Dewi Mariana cuma tuhan sahaja yang tahu. Walaupun dia sudah berjanji tidak mahu memulakan pergaduhan ataupun perang dingin di antara dia dan Dewa Marzuki namun, dia sendiri tidak yakin dengan ayahnya. Tambahan pula, ayahnya itu terkenal dengan kelancangan mulutnya mengkritik tentang dirinya.

"Selamat datang ke Melaka."

  Dewi Mariana bertutur terlebih dahulu sebaik sahaja Dewi Marzana berjalan melintasinya. Tubuh Dewi ditundukkan sedikit. Mawar dan Rahman cuma melihat, bagi Mawar ini kali pertama dia melihat Dewi Mariana tunduk kepada yang lain.

"Moga sepanjang perjalanan kali-"

"Tidak hormatkah kau kepada kami, Mariana? Sia sia sahaja aku mengajar kau ada sopan santun jika kau cuma menunduk sekadar menghormati sahaja. Kurang tundukkan kau itu, cubalah kau jadi seperti adikmu yang tinggi adat sopan santunnya."

Dewi Mariana terdiam.

Kata-kata Dewa Marzuki sebentar tadi benar menusuk ke kalbu.

"Maaf." Kali ini, Dewi Mariana menunduk dengan lebih lama dan bawah sekali. Dewa Marzuki tersenyum tanda puas.

"Moga sepanjang perjalanan kalian baik-baik sahaja." Dewi Mariana menyambung percakapannya yang terhenti sebentar tadi.

"Mawar dan Rahman, ikut saya. Ambil barang yang dipegang oleh mereka." arah Dewi Mariana. Serentak dengan itu, Mawar dan Rahman mengambil beg dan alat perkakas yang lain. Sementara itu, Dewi Marzana berjalan merapati kakaknya iaitu Dewi Mariana.

"Kakak, khabar baik?" soal Dewi Marzana lalu menundukkan sedikit kepalanya sebagai tanda hormat. Dewi Mariana terdiam, sambil menahan amarah yang kian bertandang di dada.

"Seperti mana kau lihat, begitulah keadaan ku tika ini." tegas nada Dewi Mariana dalam berkata-kata. Dewi Marzana terdiam apabila melihat tatapan kata Dewi Marzana kepadanya. Gerun, bahkan seperti singa yang sedang menanti untuk menjamu mangsanya.

"Bagaimana jiwanya kakak? Aman?" soal Dewi Marzana lagi. Dewi Mariana yang mula melangkah pergi, terhenti sekali lagi tingkah lakunya. Ditatap tajam wajah Dewi Marzana, pesaing kuatnya. Insan yang sering dibandingkan di antara dia dan Dewi Marzana.

"Ya kalau aman, ada yang mahu mengambil tahu? Kenapa? Kamu bahagia lihat jiwa saya bercelaru serabut?" sinis sahaja nada Dewi Mariana menyoal. Dewi Marzana terdiam.

"Saudara itu perlu saling memahami, kakak. Bukannya perlu saling memberontak seperti kita tika ini."

"Eh dengar ya, kamu jangan berani menggelar hubungan kita berdua ini saudara. Siapa saudaramu? Aku? Kalau benar aku saudaramu pasti kamu akan membela nasib ku tika aku dipijak-pijak oleh ayahku. Di mana kamu Marzana tika itu?"

Dewi Marzana terdiam.

"Dewi Marzana." panggil Mba Melati. Dewi Marzana mengangkat muka memandang ibu kandungnya itu.

"Duduk di tempat asal kamu."

"Baik ibunda."

.

.

TIBA sahaja di rumah Dewi Mariana, Mawar dan Rahman masuk ke dalam runah terlebih dahulu untuk meletakkan beg dan peralatan yang dibawa oleh Dewa Marzuki. Sementara menunggu diluar, sempat juga Dewa Marzuki memandang keadaan di sekeliling Tanah Melaka ini. Dewi Marzana pula duduk di atas kerusi kayu yang diolah oleh Rahman, begitu nuga dengan Mba Melati.

"Cantik. Indah sungguh suasana di bumi Melaka ini, tidak hairanlah jika Mariana sangat selesa berhijrah di sini. Bahkan Mba juga mahu berhijrah di sini, melihat keindahan masyarakat, tradisininya itu benar-benar buatkan Mba jatuh hati." Mba Melati berbicara, Dewi Marzana mengangguk tanda setuju dengan kata-kata ibundanya itu.

"Heh, manakan mungkin Mariana mahu berpindah ke bumi Melaka gara-gara keindahan bumi Melaka..." Dewa Marzuki menyampuk dan berdiri di hadapan Mba Melati.

"... Mariana berhijrah ke mari kerana mahu lari dari kita. Beralasankan hatinya patah apabila Zainuddin menolak cintanya. Sedangkan itu semua hanyalah dusta semata-mata. Zainuddin sendiri datang meluahkan hasrat mahu menjadikan Mariana sebagai pendamping hidupnya, bahkan selama ini tidak mustahil jika Mariana menjadikan Zainuddin sebagai alasan untuk berhijrah ke Melaka."

"Anak perempuan itu, tidak akan pernah habis menyusahkanku!"

"Ya sudahlah Marzuki... Gak usah dikenang hal yang sudah terjadi. Zainuddin sudah berhijrah menjadi seorang pedagang manakala Mariana pula berhijrah ke Melaka. Urusan hati di antara Mariana dan Zainuddin sudah selesai. Biasalah orang patah hati, sementara menunggu lukanya sembuh harus diubati. Begitulah juga dengan Zainuddin dan Mariana. Masing-masing memilih untuk merawat luka dengan cara yang berbeda..."

"... Menurut Zainuddin, Mariana ialah sosok yang sesuai buatnya. Namun buat Mariana, Zainuddin bukan sosok yang sesuai buatnya. Mariana punya hak untuk memilih pendamping hidupnya. Lebih baik bersedih di hari ini dari bersedih di kemudian hari."

"Cinta itu bisa merubah orang. Yang kaya menjadi miskin, yang gemuk menjadi kurus, yang waras menjadi gila. Cinta itu tidak indah semata-mata seperti yang diungkap orang-orang terdahulu. Cinta itu bisa menjadi racun jika disambut oleh sang pendusta."

Dewa Marzuki terdiam.



.

.

SUASANA di ruang makan Istana Melaka senyap-sunyi. Walaupun ramai yang berada di dalam ruang makan itu, namun atas arahan Sultan Alaudin Riayat Shah iaitu Sultan yang memerintah Melaka, untuk tidak berbicara sewaktu makan membuatkan suasana itu sunyi dan sepi. Sementara itu, Jelita Purnama dan Mahmud Shah yang duduk bersebelahan turut menjamu selera. Namun jiwa dan raga mereka berada di tempat lain.

Mahmud Shah memikirkan tentang Dewi Mariana.

Jelita Purnama pula memikirkan tentang bahtera perkahwinan mereka.

"Ada apa yang kamu fikirkan ketika ini Jelita?" Sultan Alaudin memulakan bicara. Selalunya, jika Sultan yang memulakan bicara barulah yang lain boleh berbicara seperti biasa. Jelita Purnama tersentak apabila mendengar suara ayah mertuanya itu.

"Mengapa pula ayahanda?" soal Jelita Purnama.

"Nasi itu disentuh, sikit saja. Mengapa nak? Ada apa yang kau fikirkan sehingga selera makanmu hilang? Tentang apa masalah itu?" soal Sultan Alaudin lagi. Sementara itu Tun Teja yang merupakan bonda kepada Mahmud Shah cuma memerhati sahaja riak wajah anak dan menantunya itu.

"Baik-baik sahajakah hubungan kamu sama Mahmud, nak? Ada apa yang perlu kamu ceritakan? Adakah ianya berkaitan dengan keturunan yang sring disebut-sebut oleh orang sekeliling?" soal Tun Teja. Jelita Purnama menggeleng perlahan.

"Hubungan kami baik-baik sahaja ayah, bonda. Terima kasih atas-"

"Jangan tipu bonda." Tun Teja mencelah kata-kata Jelita Purnama. Jelita Purnama terdian dan memandang Mahmud Shah, diberi isyarat mata supaya suaminya itu menolongnya buat masa ini.

"Tiada apa-apa bonda. Biasalah adat berumah tangga. Mana ada bahtera rumah tangga yang baik-baik sahaja. Pasti ada turun naiknya." tutur Mahmud Shah, Tun Teja cuma menghela nafas kecil. Aneh-aneh sahaja tingkah laku anaknya yang seorang ini.

"Memang bonda tidak tahu, tapi naluri bonda kuat mengatakan hubungan kamu berdua berubah gara-gara keturunan. Bagaimana mahu menyelesaikan masalah itu terpulang pada kalian, hubungan kalian, tanggungjawab kalian. Yang penting bonda tidak mahu berlakunya perkara yang akan mencemarkan kerabat Melaka. Keturunan sangat penting dalam salasilah Melaka, bagaimana caranya jika tiada keturunan? Siapa yang harus mentadbir bumi Melaka."

"Bonda tidak kira bagaimana caranya, anak itu anugerah daripada tuhan. Jangan pernah sesekali kita putus asa dan pertikai tentang rezeki, namun itu bukannya satu alasan untuk berhenti mencuba. Bonda tidak kira, cara apa sekalipun buat kamu untuk mendapat. Yang penting..."

"... Bukan melalui poligami."



Dewi Mariana: Berputiknya Cinta Di Fantasi Kedua (SU)Where stories live. Discover now