bab 17

294 40 0
                                    

SEPANJANG tempoh 7 hari, Dewi Mariana memutuskan untuk duduk berkurung di dalam bilik. Cuma keluar untuk mengambil nafas yang segar dan juga makan. Malah, Dewi Mariana juga memilih untuk tidak berbual sama Mawar dan Rahman, begitu juga sama Mba Melati, Dewa Marzuki dan Marzana. Dewi Mariana yang dulunya periang akhirnya berubah menjadi seorang yang dingin.

"Dewi... ayuh makan." Mawar bersuara di luar pintu bilik. Dewi Mariana yabg sedang termenung memandang ke luar tingkap, terus beralih memandang ke arah pintu.

"Makanlah dulu. Usah ditunggunya ku. Nikmati sahaja makanan itu tanpa memikirkan tentangku." balas Dewi Mariana mahu tidak mahu. Mawar diluar sudah melepaskan nafas kecil. Hari ini, genaplah hari ketujuh Dewi Mariana berkurung, mengenang nasib yang ditimpa celaka berkali-kali itu.

"Ayuhlah Dewi. Yang lain menunggumu, usah difikir tentang rombongan meminang itu." pujuk Mawar, sekadar mencuba nasib.

"Sudahlah Mawar! Tidak usah kau fikir tentangku, sakit dan sihatku biarlah aku saja yang tahu. Enyahlah kau!" Kali ini, nada Dewi Mariana berubah menjadi tinggi. Mawar terdiam lalu pergi dari situ.

  Sementara itu, Dewi Mariana bangun dari duduknya dan berbaring di atas katil. Matanya memandang bumbung rumah. Fikirannya kini, dia sudah tekad untuk ke Istana Melaka pada hari ini juga. Biarlah apa yang ingin dikata, dia tetap tekad untuk berjumpa dengan Jelita Purnama dan memberi jawapan. Lantas, Dewi Mariana bangun dan terus keluar dari bilik.

.

.

TIBA sahaja di Istana Melaka, Mariati mengiringi Dewi Mariana untuk berjumpa sama Jelita Purnama di dalam kamar lenanya. Masuk sahaja di dalam kamar, langkah Dewi Mariana terhenti apabila matanya memandang Jelita Purnama yang sedang terbaring lemah sambil mulutnya terkumat-kamit mengucapkan kalimah suci Allah.

"Berjumpalah sama Tuan Puteri sementara Tuan Puteri masih ada. Tuan Puteri sedang garing, keadaannya semakin memburuk."

Ringkas, namun padat dengan isi.

Faham akan kata-kata Mariati, Dewi Mariana terus melangkah mendekati Jelita Purnama. Sedar akan kehadiran Dewi Mariana, Jelita Purnama terus bangun dari duduknya dan bersandar.

"Sihat?" soal Jelita Purnama terlebih dahulu. Dewi Mariana mengangguk.

"Tuan Puteri pula? Makin baik kesihatannya?" soal Dewi Mariana. Jelita Purnama tersenyum tipis.

"Sakit, sedang menunggu kehadiran Malaikat Maut." Kata-kata yang keluar daripada mulut Jelita Purnama menyentakkan Dewi Mariana.

"Tujuan patik datang ke mari ialah untuk memberi jawapan terhadap rombongan meminang Tuan Puteri pada tempoh hari..."

"... Patik akan ikut apa sahaja kehendak mahunya Tuan Puteri."

"Maksud kamu Mariana?" soal Jelita Purnama, kurang faham sama kata-kata Dewi Mariana sebentar tadi.

"Maksud patik, patik ikut sahaja apa yang Tuan Puteri inginkan. Anggap sajalah ianya pengorbanan patik buat Tuan Puteri."

Jelita Purnama mengangguk, faham akan kata-kata Dewi Mariana sebentar tadi.

"Jika saya ingin kamu menikah sama Tunku Mahmud Shah. Kamu mahu? Ikhlaskah kamu?" soal Jelita Purnama sekadar menguji Dewi Mariana. Perlahan-lahan, Dewi Mariana mengangguk.

"Baik. Perkahwinan kamu sama Tunku Mahmud Shah akan berlangsung dalam masa terdekat. Namun, sebelum berlangsungnya perkahwinan itu ada dua syarat yang akan saya letakkan buat kamu dan Tunku Mahmud Shah."

Dewi Mariana terdiam.

"Apa syaratnya Tuan Puteri?"

"Syaratnya, kamu perlu membawa Tunku Mahmud Shah berjumpa sama orang tua mu. Dan kamu pula perlu berjumpa sama Permaisuri dan Sultan. Itulah adat Melaka. Permaisuri dan Sultan sudah merestui kamu sebagai isteri kedua Tunku Mahmud Shah dari awal lagi."

"Syarat yang kedua pula, kamu harus memeluk agama Islam. Apabila sudah bergelar wanita Islam, tutupilah auratmu sebaik mungkin. Usah diingkar arahan tuhan, kelak nanti bala yang bakal menimpamu." kata-kata yang keluar dari mulut Jelita Purnama, Dewi Mariana hadam sehabis baik. Mahu tidak mahu, inilah pengorbanan yang perlu dia lakukan.

"Patik minta izin untuk keluar dulu ya, Tuan Puteri." Dewi Mariana menundukkan kepalanya dan berlalu pergi, namun baru sahaja mahu menapak keluar dia berhenti berjalan apabila Jelita Purnama sekali lagi memanggil namanya.

"Ada apa-apa lagi yang boleh patik bantu, Tuan Puteri?" soal Dewi Mariana. Jelita Purnama cuma tersenyum tipis.

"Terima kasih atas pengorbanan kamu itu."

.

.

KELUAR sahaja Dewi Mariana daripada kamar Jelita Purnama, Mariati sambil diiringi beberapa orang dayang terus berjalan menghampiri Dewi Mariana. Mereka menundukkan kepala dan Mariati berjalan menghampiri Dewi Mariana.

"Ampun Mariana... Sultan dan Permaisuri berkenan ingin berjumpa sama kamu." tutur Mariati. Dewi Mariana terkedu. Sultan dan Permaisuri nak berjumpa dengannya?

"Bila waktunya? Sekarangkah?" soal Dewi Mariana. Mariati mengangguk.

"Baiklah, kalau begitu." Dewi Mariana membuntuti sahaja setiap langkah Mariati. Tiba sahaja di balai perjumpaan diraja, dapat dia lihat Sultan dan Permaisuri sedang berdiri di atas sebuah tempat yang lebih tinggi dan gah. Balai tersebut dicat dengan menggunakan warna kuning, iaitu warna diraja. Berdiri di hadapan sultan, kedua-dua tangan Dewi Mariana bercantum dan dibawa ke atas kepala sebagai tanda hormat akan pemerintah bumi Melaka.

"Ampun Tuanku beribu-ribu ampun."

"Duduk Mariana." arah Sultan Riayat Shah. Berdamping di sebelah iaitu Tun Telani, isterinya.

"Ampun Permaisuri Melaka... Diharap kedatangan patik menyenangkan hati Tuanku dan Permaisuri."

"Kamulah Dewi Mariana? Seorang gadis yang berjaya mencuri hati Tunku Mahmud Shah?" Tun Telani menyoal terlebih dahulu. Lambat-lambat, Dewi Mariana mengangguk. Kepalanya langsung tidak diangkat memandang Sultan dan Permaisuri.

"Angkat kepalamu nak. Anggap sajalah kami ini orang tuamu." Sultan Riayat Shah bersuara. Perlahan, Dewi Mariana mengangkat muka.

"Patik ingin memohon maaf jika kehadiran patik ke bumi Melaka ini membawa kecelakaan silih berganti buat bahtera Tunku Mahmud Shah dan Jelita Purnama. Jujur ikhlas dari hati patik, patik sama sekali tidak mencintai Tunku Mahmud Shah, jauh sekali ingin menjadi isterinya. Patik mohon maaf, jika kehadiran patik ini membuatkan Tuanku dan Permaisuri murka. Usah dirisau, patik berjanji akan pergi dari bumi Melaka jika kehadiran patik ini tidak menyenangkan Tuanku."

  Kali ini, Dewi Mariana menundukkan kepala. Di dalam benak hati, terlahir rasa serba salah kerana kehadirannya yang membuatkan bahtera Jelita Purnama dan Tunku Mahmud Shah berubah dan goyah. Tidak dia sangka, tujuan asal ks Bumi Melaka untuk menenangkan diri dari ayahnya berubah menjadi orang ke tiga. Betapa hinanya diri ini, tergamak mempertaruhkan maruah seorang gadis sunti untuk menjadi isteri kedua buat bakal Sultan.

"Usah difikir tentang itu Mariana. Beta sama Permaisuri sudah menerima kehadiran kamu. Ketahuilah Mariana, beta begitu mengalu-alukan kamu untuk hidup di dalam Istana Melaka. Bernafaslah kau di dalam Istana ini dengan aman. Benarlah kata Jelita, Mariana sungguh cantik, tidak hairanlah jika Tunku Mahmud Shah jatuh hati buatmu. Beta harap, selepas kamu sama Tunku Mahmud bernikah kamu tidak akan hidup dengan bayangan Jelita..."

"... Benarlah apa yang Jelita katakan, peribadimu cukup sempurna untuk menggantikan tempat anakanda Jelita."

Dewi Mariana: Berputiknya Cinta Di Fantasi Kedua (SU)Onde as histórias ganham vida. Descobre agora