bab 8

364 55 2
                                    

HARI ini, adalah hari terakhir untuk Dewi Mariana, Rahman dan Mawar membuat persiapan untuk menyambut kedatangan Dewa Marzuki sekeluarga. Walaupun kedatangan Dewa Marzuki bukanlah kedatangan yang membuatkan hati Dewi Mariana meloncat kegembiraan namun Dewi Mariana memilih untuk menghormat Dewa Marzuki dan Mba Melati dengan menyambut mereka.

Begitulah Dewi Mariana,

Keras jiwanya namun tidak pada sayangnya.

"Dewi Mariana." panggil Rahman lalu menundukkan sedikit tubuhnya. Deqi Mariana cuma memandang sahaja tingkah laku Rahman, kemudian anak mata Dewi Mariana terpandang akan satu gerai kecil yang menjual rempah-ratus daripada India.

"Sebentar, saya mahu ke gerai itu." Dewi Mariana berjalan ke gerai tersebut. Di gerai, anak mata Dewi Mariana dijamu dengan puluhan jenis rempah tersebut. Siap sahaja memilih dan membayar, Dewi Mariana memberikan rempah-ratus itu kepada Rahman, Rahman menyambut.

  Sambil Dewi Mariana berjalan mengelilingi pasar dagang, sempat juga Rahman menoleh memandang satu kedai yang dibuka oleh seorang pedagang daripada negara Arab. Kedai itu dihiasi dengan pelbagai selendang yang menarik warnanya. Di dalam fikiran Rahman, terlintas akan satu perkara.

Mawar.

   Lagi pula, sungguh manis dia melihat Mawar mengenakan selendang di kepalanya untuk menutup rambut sewaktu dia dan Dewi Mariana membantu golongan penduduk Melaka bergotong-royong di masjid. Sangat manis, indah sungguh wajahnya. Sementara itu di pihak Dewi Mariana pula, langkahnya terhenti sebaik sahaja dia melihat Rahman terpaku di hadapan kedai yang menjual selendang itu. Dewi Mariana serta-merta tersenyum sendiri. Yakin, dia tahu apa yang terlintas di dalam fikiran Rahman.

"Fikirkan siapa ya Rahman?" soal Dewi Mariana. Rahman serta-merta terkejut sebaik sahaja suara Dewi Mariana meluncur masuk ke dalam telinganya. Mujurlah rempah-ratus yang dipegang tidak tumpah.

"Fikirkan tentang Mawar ya?" soal Dewi Mariana lagi. Rahman tersipu-sipu malu. Aduh, ada-ada saja majikannya ini. Malu benar Rahman dibuatnya.

"Kalau mahu belikan selendang buat Mawar, saya lebih cadangkan untuk kamu ambil yang berwarna hitam. Cantik benar warnanya. Sesuai dengan kulit Mawar yang hitam manis itu."

  Selendang berwarna hitam diberi kepada Rahman. Tanpa menunggu, Rahman terus mengambil selendang hitam itu. Ada benarnya juga kata-kata Dewi Mariana itu, sangat sesuai dengan kulit muka Mawar. Tanpa melengahkan masa, Rahman terus pergi membayar. Selendang hitam itu diberikan kepada Dewi Mariana, Dewi Mariana menayangkan muka pelik.

"Dewi berilah kepada Mawar. Segan pula saya jika saya sendiri yang beri." tutur Rahman. Dewi Mariana mengangguk lalu mengambil selendang itu.

.

.

TUNKU Mahmud Shah berjalan menuruni anak tangga kayu di Istana Melaka dengan penuh berhati-hati. Sambil berjalan, dia meletakkan kedua-dua tangan di belakang tubuh. Tunku Mahmud Shah berhenti sebentar di hadapan ruang Istana Melaka itu. Istana Melaka yang dipagari dengan pagar besi dan dijaga oleh pengawal di setiap sudut. Sementara itu, seorang pengawal istana yang ditugaskan untuk mengiringi Tunku Mahmud Shah berjalan merapati putera raja itu. Kepala ditunduk sebagai tanda hormat.

"Seperti biasakah Tunku?" soal pengawal itu. Tunku Mahmud Shah mengangguk.

"Ya, seperti biasa. Ayuh kita ke tempat kuda, tunggang kuda hari ini. Tidak usah berjalan." tutur Tunku Mahmud Shah lalu berjalan menuju ke tempat kudanya, begitu juga dengan Sulaiman iaitu pengawal istana yang bertugas untuk mengiringi Tunku Mahmud Shah ke mana sahaja.

"Tunku, apakah tujuan Tunku ke pasar dagang ini hari? Sudah banyak kali saya sedar tentang kejanggalan pada diri Tunku. Adakah ada urusan Tunku di pasar dagang sehinggakan hampir setiap hari Tunku ke sana?" soal Sulaiman lalu menunggang kudanya. Tunku Mahmud Shah, cuma tersenyum segaris.

"Terdapat satu berlian di pasar dagang yang perlu saya dapatkan, Sulaiman. Berlian itu sangat berharta buat saya bahkan jika saya sendiri kehilangan berlian itu, mati saya dibuatnya." Tunku Mahmud Shah mengucapkan kata-katanya sambil tersenyum. Jauh di sudut fikiran, dia tidak henti-henti memikirkan tentang Dewi Mariana.

Seorang gadis yang berjaya menundukkan kesetiaan Tunku Mahmud Shah terhadap Jelita Purnama.

"Berlian? Dari manakah berlian itu, Tunku? Begitu bernilai sekali sehinggakan Tunku sendiri sanggup ke pasar dagang setiap hari." tambah Sulaiman pula tanpa dia sendiri tahu, berlian yang dimaksudkan ialah seorang wanita.

"Ya. Sangat berharga buat saya, bahkan saya sanggup kehilangan nyawa untuk permata itu."

Bukti ketulusan cinta Tunku Mahmud Shah buat Dewi Mariana.

.

TIBA di rumah, Mawar terlebih dahulu menyambut Dewi Mariana dan Rahman. Selendang hitam yang dipegang sepanjang jalan, Dewi Mariana serahkan kepada Mawar. Mawar terkaku. Ada apa dengan selendang ini? Majikannya yang hadiahkan kah?

"Dewi, ada apa dengan selendang ini?" soal Mawar. Dewi Mariana cuma tersenyum manis lalu memandang Rahman, membiarkan Rahman menjawab soalan yang melontar keluar dari mulut Mawar.

"Ah, ini hadiah daripada Dewi Mariana. Dewi Mariana yang belikan selendang ini buat kamu, Mawar." jawab Rahman sambil tersenyum pelik. Dewi Mariana melepaskan keluhan kasar, penat betullah dia dengan Rahman ini. Walhal sepanjang perjalanan pulang daripada Pasar Dagang, berbuih-buih mulut Dewi Mariana menyuruh Rahman berterus terang sahaja kepada Mawar bahawa dia mempunyai niat untuk memperisterikannya.

Rahman oh Rahman.

Benarlah kata orang, menasihati kamu sama sahaja seperti menuang air ke daun keladi.

Terus, selendang hitam itu Dewi Mariana rampas.

"Ya tidak mengapa, biar sayalah yang berterus terang bagi pihak Rahman. Selendang hitam ini dibeli oleh Rahman di Pasar Dagang kerana fikiran dan jiwa nurani Rahman dipenuhi dengan Mawar. Oleh itu, Rahman bercadang untuk memberi selendang hitam ini buat Mawar."

   Satu nafas, Dewi Mariana memberi tahu niat utama Rahman di balik selendang hitam itu. Rahman dan Mawar masing-masing terkaku. Bagi pihak Rahman pula, mahu saja dia pulang ke rumahnya gara-gara tingkah laku Dewi Mariana. Dan di pihak Mawar pula, mahu saja dia menyorok di balik Dewi Mariana. Malu rasanya mahu bertatapan mata bersama Rahman tika ini.

"Oh iya, anggap sajalah selendang itu sebagai tanda cinta Rahman buat kamu."

"Ya Tuhan Dewi..." Rahman terkedu.

"Tidak mengapa Dewi, saya pulang dulu ya."

  Lantas, Rahman berjalan pergi dari rumah Dewi Mariana. Yakin sudah jauh dari rumah majikannya, Rahman berhenti berlari dan berjalan biasa. Aduh, hatinya berbunga-bunga. Walaupun dia agak malu sebentar tadi, namun dia berpuas hati kerana rahsia cintanya terhadap Mawar sudahpun Mawar tahu. Mawar mahu menolak, atau menerima itu di atas kehendak Mawar sendiri. Yang pasti, Mawar tahu tentang cintanya itu.



.

"Begitulah orang yang dilamun cinta, yang celik mata menjadi buta,
Kurus menjadi gemuk,
Miskin menjadi kaya,
Cinta itu mampu mengubah sifat dan jiwa seseorang,
Namun seringkali terlupa,
Cinta juga boleh menjadi racun."

Dewi Mariana: Berputiknya Cinta Di Fantasi Kedua (SU)Where stories live. Discover now