bab 28: Terbatasnya hak seorang wanita

172 18 0
                                    

"TUANKU PERMAISURI!" jerit salah seorang dayang istana. Permaisuri Tun Telani ketika itu yang baru sahaja selesai solat, terus bangun dan keluar dari biliknya. Di bebola mata, 3 susuk tubuh dayang mula berlari mendekatinya. Ada apa ni?

"Mengapa bunga?" soal Permaisuri Tun Telani kepada salah seorang dayangnya itu. Manakala dayang-dayang tersebut terdiam seketika, tidak tahu bagaimana mahu memaklumkan perkara tersebut kepada Permaisuri Tun Telani.

"Permaisuri, ayuh. Ikutlah kami berdua sebentar ke ruang luar istana." Serentak dengan itu, Permaisuri Tun Telani berjalan mengikuti bunga dan dayangnya yang lain.

  Tiba sahaja di ruang istana itu, langkah  Permaisuri Tun Telani semakin lama semakin terhenti. Bau darah semakin menusuk-nusuk ke dalam rongga hidungnya. Tika ini mata Permaisuri Tun Telani dijamah dengan puluhan mayat hulubalang istana yang bertugas untuk mengiringi suaminya. Satu persatu wajah diperhati, sehinggalah mata Permaisuri Tun Telani terhenti pada satu susuk tubuh.

"Allahuakbar..." Tubuh Permaisuri Tun Telani serta-merta terjatuh di hadapan susuk tubuh Sultan Alaudin Riayat Shah. Sekujur tubuh yang penuh dengan darah, ditambah pula dengan bahagian perut jelas kelihatan usus-usus yang terkeluar, dirobek oleh penjahat yang kejam.

"Bonda..." Tuan Puteri Dewi Mariana berlari mendapatkan Permaisuri Tun Telani yang telah terduduk kaku. Dipeluk erat tubuh tua itu, matanya juga tidak henti mengeluarkan air mata. Walaupun baginda sultan cumalah ayah mertua, namun Dewi Mariana sudahpun menyayanginya seperti ayahnya sendiri.

"Mengapa? Mengapa tubuh ini perlu dilakukan sekejam ini?" soal Permaisuri Tun Telani. Tangannya naik memegang sekujur jasad itu. Manakala Tunku Mahmud Shah pula bangun dari duduknya.

"Sultan Alaudin Riayat Shah, mangkat!"

Serentak dengan itu perhatian mula tertumpu terhadap Tunku Mahmud Shah.

"Maka dengan ini, beta umumkan bumi Melaka akan berkabung selama 7 hari 7 malam berturut-turut bagi menghormati kemangkatan baginda sultan!"

"Ampun Tuanku!"

"Ampun Tuanku!"

  Permaisuri Tun Telani mengangkat wajahnya memandang anakandanya itu. Kini, bumi Melaka menjadi hak mutlak Sultan Mahmud Shah. Segala urusan haruslah mendapat kebenaran daripadanya terlebih dahulu.

"Mahmud..." panggil Permaisuri Tun Telani dengan nada perlahan. Sultan Mahmud Shah beralih memandang bondanya itu.

"Ayuhlah bonda, kita uruskan jasad ayahanda dan hulubalang istana yang lain. Tidak elok jika kita biarkan tubuh mereka yang penuh dengan darah menjadi tatapan umum. " pujuk Sultan Mahmud Shah. Permaisuri Tun Telani cuma mengangguk dan bangun dari duduknya sambil dipapah oleh Dewi Mariana.

.

SELESAI sahaja proses pemakaman Sultan Alaudin Riayat Shah, Dewi Mariana dan Permaisuri Tun Telani berjalan menunggu di hadapan pintu masuk istana. Dek kerana tempoh iddah, Permaisuri Tun Telani tidak dibenarkan untuk keluar dari perkarangan istana. Yang keluar cuma Sultan Mahmud Shah sahaja.

"Sudah selesaikah semuanya anakanda?" soal Permaisuri Tun Telani. Sultan Mahmud Shah mengangguk.

"Berehatlah bonda, tenangkan fikiran. Usah dibiarkan hati yang lara berlanjutan lamanya." tutur Sultan Mahmud Shah perlahan. Permaisuri Tun Telani cuma tersenyum tipis.

"Bagaimana hati bonda tidak lara anakanda? Dunia   bonda sudahpun tiada. Perginya ayahanda membawa separuh nyawa bonda sekali."

Sultan Mahmud Shah cuma diam tidak menjawab.

"Ayuhlah bonda kita berehat di dalam kamar, tubuh bonda lemah. Anakanda risau jika bonda akan gering nanti." pujuk Dewi Mariana. Permaisuri Tun Telani cuma mengangguk dan berjalan masuk ke dalam kamarnya sambil ditemani oleh Dewi Mariana.

Dewi Mariana: Berputiknya Cinta Di Fantasi Kedua (SU)Where stories live. Discover now