bab 12

342 46 2
                                    

ANAK panah dan busur diambil, Dewi Mariana mula berjalan keluar daripada rumahnya. Dia memandang ke luar sejenak, masih lagi awal pagi. Baguslah, Mba Melati dan ayahnya masih lagi tidak jaga dari lena. Yang sudah bangun pun cuma Mawar dan Rahman. Tidak pelik memandangkan itu adalah syarat yang perlu dipatuh sekiranya mahu bekerja dengannya, iaitu perlu bangun awal pagi.

"Dewi." panggil Rahman lalu menundukkan sedikit kepalanya sebagai tanda hormat buat majikannya.

"Ya Rahman. Ada apa?"

"Dewi Mariana sudah mahu pergikah?" soal Rahman. Dewi Mariana mengangguk, busur yang dibawa dia letak di atas lantai.

"Ya, saya mahu berangkat ke Pantai Melaka. Mengapa Rahman? Ada apa-apa yang perlu saya tahukah?" Dewi Mariana menyoal Rahman. Kedua-dua kaki Dewi Mariana mula berjalan menuruni anak tangga. Jejak sahaja kakinya ke tanah Melaka, Rahman menundukkan kepala.

"Tiada apa setakat ini Dewi. Namun, tidak mengapakah Dewi jika Dewi pergi memanah pada pagi ini? Apa pula kata Dewa sama Mba Melati?" soal Rahman. Risau juga dia, tambahan pula dengan apa yang terjadi malam semalam. Menurutnya juga, pagi ini bukanlah waktu yang sesuai buat Dewi Mariana untuk pergi memanah.

"Tidak mengapa Rahman. Jika Dewa Marzuki mahu mengamuk dan marah secara membuta tuli, beritahu Dewa untuk menunggu sehingga Dewi balik. Tika itu dia boleh menghamburkan segala amarahnya buat Dewi."

.

.

"BENARKAH apa yang Jelita katakan sebentar tadi?" soal Sultan Alauddin Shah. Sepasang anak mata itu memandang tajam susuk tubuh anak lelakinya yang sedang menunduk.

"Ampun ayahanda. Apa yang Jelita katakan sebentar tadi benar belaka." Tunku Mahmud Shah membenarkan kata-kata isterinya sebentar tadi.

Kali ini pandangan Sultan Alauddin terarah kepada Jelita Purnama pula.

"Jelita."

"Ya ayahanda." Jelita Purnama mengangguk lalu menundukkan sedikit kepalanya.

"Benarkah semua ini Jelita?" soal Sultan Alauddin Shah, jelas di riaknya dia tidak percaya akan tingkah laku menantunya ini. Bagaimana seorang Jelita Purnama yang sangat mencintai suaminya bisa memutuskan untuk meminang perempuan lain buat suaminya sendiri?

Mustahil.

"Benar ayahanda..." Jelita Purnama menundukkan sedikit wajahnya. Sultaan Alauddin Shah melepaskan nafas berat. Dugaan apa pula buatnya kali ini? Tambahan pula, dia sudah sedia maklum akan keadaan menantunya yang sedang sakit. Namun tak terjangka dek akal yang anakandanya berniat untuk mengahwini wanita lain. Dugaan apa lagi yang perlu dia hadapi?

"Mengapa Jelita? Cerita sama ayahanda. Benarkah keputusan kau ini nak? Jangan kau ikutkan perasaan dan amarah sewaktu membuat keputusan. Barangkali ketika kau membuat keputusan, kau sedang penat sebaik sahaja selesai membuat rawatan sama Tok Pawang."

Jelita Purnama menggeleng. Dia mengangkat muka memandang Sultan Alauddin Shah.

"Tidak sama sekali ayahanda. Ini adalah keputusan yang jujur dari hati Jelita. Bahkan sudah bertahun lamanya Jelita memikirkan tentang hal ini sebaik sahaja Tok Pawang mengatakan bahawa Jelita tidak mampu memberi zuriat buat menjadi penyambung warisan Melaka. Demikianlah ayahanda, banyak sebab mengapa Jelita memilih keputusan ini..."

"... Jelita tahu, hayat Jelita sudah tidak lama ayahanda. Biarlah daripada sekarang, kakanda Mahmud sudah ada pengganti. Sekurang-kurangnya, jika ditakdirkan Jelita pergi dahulu, kakanda Mahmud tidak terlalu meratap dan menangisi pemergian Jelita. Bahkan kakanda juga untuk bahagia ayahanda..."

Jelita Purnama berjeda seketika. Dia beralih memandang suaminya, tanpa disangka Tunku Mahmud Shah juga turut memandang sang isteri. Masing-masing berbalas tatapan mata.

"...Walaupun bukan sama Jelita."

.

.

SUASANA di antara Dewi Mariana dan Dewi Marzana cuma sunyi sepi. Langsung tidak ada yang bersuara. Yang mahu bersuara pun cuma Dewi Marzana yang akan menyoal kakaknya. Manakala Dewi Mariana cuma mengangguk atau menggeleng sahaja.

"Makan apa kamu berdua?" soal Mba Melati yang baru sahaja selesai mengemas barang. Dewi Mariana mengangkat muka memandang ibu tirinya itu.

"Lempeng kelapa sama sambal. Kalau Mba mau, biar Dewi ambilkan pinggan sebentar." Dewi Mariana bangun dari duduknya dan menuju ke dapur. Mba Melati cuma diam memerhati tingkah laku anaknya itu.

"Makasih Mariana." tutur Mba Melati sebaik sahaja Dewi Mariana menghulurkan pinggan kaca itu.

"Nah ibu." Dewi Marzana meletakkan lempeng kelapa ke dalam pinggan kaca itu. Mba Melati mengucapkan terima kasih buat anaknya. Sedang mereka bertiga menjamu selera, kunyahan Dewi Mariana terhenti apabila Dewa Marzuki keluar daripada kamar lena.

"Mariana." panggil Dewa Marzuki. Dewi Mariana mengangkat mukanya memandang ayahnya itu. Riak wajah kosong ditayangkan. Mahu apa ayahnya itu?

"Mahu apa ayah?"

"Lusa kami semua akan berangkat pulang. Ku harap kau bisa menolong kami membawa barang dan sebagainya. Lagi satu, aku mau minta tolong sama kamu dan Mawar untuk membeli ubat dan herba sedikit buat ku dan Dewi Marzana." arah Dewa Marzuki. Dewi Mariana cuma diam tak berjawab, sudah biasa diperlakukan seperti hamba.

"Mahu ubat sama herba? Untuk apa?" soal Dewi Mariana sekadar ingin tahu.

"Beli sajalah herba sama ubat. Banyak pula soalnya. Mengapa? Tidak mahu lakukannya? dasar tidak boleh diharap." Nada Dewa Marzuki naik seoktah. Dewi Mariana seperti biasa cuma diam tidak membalas.

"Baik bapak. Selesai makan, Mariana akan pergi ke Pasar Dagang sama Mawar untuk membeli apa yang ayah inginkan."

   Selesai sahaja makan, Dewi Mariana membawa pinggannya ke dapur untuk basuh. Sementara itu, Mawar pula bersiap-siap untuk mengikut Dewi Mariana ke Pasar Dagang.

"Dah siap dah Mawar?" soal Dewi Mariana yang sedang berdiri di hadapan muka pintu. Mawar mengangguk lalu mereka berdua berjalan keluar daripada rumah.

  Sepanjang berjalan kaki, Dewi Mariana cuma diam tidak berbicara dengan Mawar seperti selalu. Mawar yang sedar akan perubahan sikap Dewi Mariana cuma diam tidak menyuarakannya. Mahu disoal pun, dia sudah tahu apa puncanya. Lebih baik Mawar sendiri memilih untuk tidak menyoal.

"Keperluan rumah semuanya masih ada lagikan, Mawar?" soal Dewi Mariana. Mawar mengangguk, masih lagi banyak. Bahkan sewaktu Dewi Mariana mendapat khabar mengatakan Dewa Marzuki akan berkunjung datang, Dewi Mariana sama Rahman cepat-cepat membeli barang rumah. Tidak kiralah rempah-ratus ataupum bahan masakan yang lain. Menurut Dewi Mariana, Dewa Marzuki ialah seorang yang sangat cerewat tentang makanan dan seleranya juga cepat berubah.

"Dewi, bisa saya soal Dewi satu soalan?" soal Mawar, sekadar mencuba nasib. Dewi Mariana beralih memandang pembantunya itu.

"Tanya sajalah Mawar, tidak perlu malu alah sama saya."

"Dewi baik-baik sajakan?"

Dewi Mariana diam, dan menundukkan kepalanya.

"Begitulah. Sentiasa baik-baik. Mengapa Mawar?" soal Dewi Mariana pula. Mawar tersengih.

"Saya risau sama Dewi Mariana. Syukurlah, Dewi Mariana baik-baik sahaja."

Dewi Mariana tertawa kecil, kedua-dua tangannya dibawa ke belakang tubuh.

"Buat kali pertama, dalam hidup saya. Ada yang risaukan tentang saya. Dari kecil, saya sudah diajar untuk menjadi kuat bahkan kadang-kadang saya juga terfikir, bagaimana rasanya dikisah dan ada yang ambil berat sama saya? Indahkah perasaan itu? Terima kasih, Mawar."

Dewi Mariana: Berputiknya Cinta Di Fantasi Kedua (SU)Where stories live. Discover now