bab 23

523 46 4
                                    

SUASANA hening subuh, Dewi Mariana duduk termemung di atas sejadah. Tubuhnya disandarkan di katil, Dewi Mariana tidak henti memikirkan tentang rumah tangga dia dan Tunku Mahmud Shah.

  Tidak dia akui, ada tikanya suaminya itu akan bertindak melampaui batas seperti mengasari dirinya. Ada ketikanya pula, Tunku Mahmud Shah membuat keputusan tanpa berbincang ataupun mendengar pendapatnya terlebih dahulu. Tipulah jika tidak sedih, namun dia mampu bertahan juga dek kerana ibu mertuanya. Lamunan Dewi Mariana terhenti apabila pintu kamar diketuk dari luar. Tahu sudah dia siapa gerangannya itu.

"Masuklah." lemah sahaja Dewi Mariana bersuara. Tunku Mahmud Shah menghadiahkan satu senyuman tipis dan duduk di sebelah isterinya itu.

"Sudah solat?" soal Tunku Mahmud Shah. Dewi Mariana cuma mengangguk perlahan dan tersenyum lemah. Senyuman Tunku Mahmud Shah serta-merta pudar. Tangan Tunku Mahmud Shah naik memegang wajah adindanya itu.

"Renjanaku, baik-baik sahajakah? Jika renjana berasa tidak sihat, maklumkan sahaja pada arjuna. Arjuna akan menyuruh pawang istana mencari ubat ataupun herba."

  Sebaik sahaja butir bicara Tunku Mahmud Shah meluncur keluar dari mulutnya, Dewi Mariana tertawa kecil. Aduh suaminya ini.

"Usah risaulah duhai arjuna. Renjana baik-baik sahaja. Cumanya renjana ralit memikirkan sesuatu..." Dewi Mariana beralih memandang Tunku Mahmud Shah.

"... Memikirkan tentang kakanda."

"Mengapa pula duhai renjanaku?" soal Tunku Mahmud Shah dengan nada yang bimbang. Bimbang jugalah, tiada angin tiada ribut tiba-tiba sahaja isterinya itu termenung.

"Bolehkah jika adinda ingin menegur kakanda tentang beberapa perkara?" soal Dewi Mariana terlebih dahulu. Risau jugalah dia jika arjunanya itu tidak boleh menerima teguran.

"Boleh. Tegurlah adindaku jika itu tidak membuatmu tertekan."

"Seringkali adinda kecil hati sama kakanda, kakanda sering membuat keputusan tanpa berbincang ataupun bertanya sama adinda. Terpikir juga adinda, adakah kakanda menganggap adinda sebagai seorang isteri ataupun sekadar pemberi zuriat buat kakanda?"

"Adinda tidak pernah kecil hati jika kakanda tidak pulang langsung ke istana bahkan jika kita berdua tidak mempunyai waktu untuk bergurau senda. Kerana adinda sedar itulah harga yang perlu adinda bayar jika berkahwin dengan kakanda memandangkan kakanda merupakan penyambung empayar Melaka. Namun hati adinda terluka sebaik sahaja kakanda membuat keputusan tanpa menyoal adinda. Baguskah ia buat rumahtangga kita? Paling adinda kesalkan, perkara yang terjadi beberapa hari yang lalu..." Dewi Mariana berjeda seketika untuk melihat reaksi Tunku Mahmud Shah. Tangan suaminya itu dia tarik dan pegang.

"Tidakkah kakanda tahu betapa kesalnya hati wanita bonda? Jika dilihat ada benarnya juga kata-kata bonda. Pernahkah kakanda terfikir betapa berdosanya ketika kakanda melawan kata-kata bonda sedangkan bondalah yang mengajar kakanda untuk berkata? Tidakkah kakanda sedar betapa kesalnya bonda? Kakanda harus bersyukur kerana dari kecil bahkan hingga sekarang kakanda masih lagi mempunyai peluang untuk merasai kasih sayang seorang ibu sedangkan adinda tiada peluang untuk merasainya."

  Dewi Mariana berhenti seketika, risau juga jika dia terlalu ikutkan perasaan. Tunku Mahmud Shah mengangkat mukanya memandang isteri, satu senyuman dihadiahkan buat Dewi Mariana. Tangan Tunku Mahmud Shah naik memegang pipi Dewi Mariana.

"Baiklah renjanaku, kakanda janji selepas ini setiap kali kakanda ingin membuat keputusan kakanda akan berbincang sama adinda terlebih dahulu."

.

.

RAHMAN dan Mawar daripada tadi sibuk membersihkan perkarangan rumah Dewi Mariana. Sebaik sahaja majikan mereka itu bergelar isteri buat Tunku Mahmud Shah, jarang sama sekali dia pulang ke rumahnya.

"Rahman, Mawar sudahpun selesai mengemas di bahagian dapur. Di bahagian luar sudah selesaikah?" soal Mawar sambil menuruni anak tangga satu persatu. Rahman cuma menggeleng.

"Masih ada lagi yang tidak selesai. Tidak mengapalah Mawar, duduk sajalah di atas. Tidak elok jika penduduk di sekitar ini melihat kita berdua-duaan." tutur Rahman sambil mengemas perkarangan luar. Mawar cuma mengangguk lalu duduk di atas kerusi kayu yang disediakan.

"Bagaimanakah Dewi rasanya tika ini?" soal Mawar dari atas, nadanya dikuatkan sedikit. Rahman yang sedang mengemss terus terhenti.

"Bahagia. Setiap kali doa, seringkali aku selitkan doa buat Dewi dan Tunku supaya mereka bahagia sentiasa. Mengapa kau menyoal duhai Mawar?" Kali ini giliran Rahman pula menyoal Mawar. Mawar tersenyum tipis.

"Sajalah. Lagi pula, rindu juga Mawar sama Dewi. Kalau dulu, setiap masa, ke mana sahaja pasti sama Dewi. Sekarang, semuanya Mawar buat seorang diri. Sunyi juga kadang-kadang." luah Mawar. Rahman tersenyum tipis.

"Samalah juga dengan Rahman. Sunyi juga kadang-kala, pergi mana-mana pasti teringat akan Dewi. Namun bagus juga buat Dewi. Bila Dewi sudah bernikah sama Tunku Mahmud Shah, Dewi seolah-olah terlepas daripada cengkaman Dewa Marzuki..."

"... Sedih juga kadang-kadang apabila saya melihat bagaiman Dewa Marzuki melayani Dewi Mariana. Dewi Mariana dilayan bagaikan tiada atma. Bertahun lamanya Dewi hidup makan hati berulamkan jantung. Syukur juga apabila melihat Dewi bahagia sebaik sahaja bernikah sama Tunku Mahmud Shah. Benarlah kata orang-orang terdahulu, ujian itu memangnya pahit namun manisnya seluas lautan."

"Ouh iya Mawar, sebelum itu izinkan saya untuk menyoal Mawar beberapa soalan. Itupun jika Mawar tidak keberatan untuk menjawabnya."

"Apa soalannya Rahman?"

"Di hati Mawar, sudah ada penghuni?"

Mawar tersenyum dan tersipu malu.

"Belum ada lagi penghuni. Namun buat tika ini Mawar tidak mengalukan tetamu untuk melangkah masuk ke rumah ini. Tetamu yang lalu pergi meninggalkan rumah ini dalam keadaan yang berantakan, sangatlah biadap jika Mawar mengemas rumah yang berantakan ini dengan tetamu. Terlalu berantakan rumah ini sehinggakan Mawar tidak mahu tetamu masuk." Dengan penuh berinti kata-kata Mawar sebentar tadi. Rahman tersenyum, dia faham apa yang Mawar maksudkan sebentar tadi. Mengutip deraian kaca yang jatuh bukanlah mudah.

"Mengemas rumah yang berantakan memanglah sukar, namun jika diberi peluang buat tetamu untuk mengemasnya pasti akan teratur semula rumah tersebut."

"Bolehkah Mawar menyoal Rahman satu soalan?" soal Mawar lalu menuruni anak tangga dan berjalan menuju ke arah Rahman. Seolah-olah sedar bahawa jarak di antara dia dan Mawar semakin dekat, cepat-cepat Rahman menjarakkan dirinya beberapa tapak ke belakang.

"Mengapakah Rahman terlalu mengagungkan Mawar? Mawar cumalah seorang pendatang di Bumi Melaka. Manakala Rahman pula orangnya ada-ada juga."

Rahman tersenyum.

"Jika semesta mengizinkan kita bertukar mata, pasti Mawar tidak mampu berkata-kata apabila melihat berapa sayang dan cintanya Rahman buatmu."

"Usah dirisaukan tentang hati Mawar, hati yang patah itu boleh dicantumkan semula. Cinta yang tiada juga boleh dipupuk. Kasih yang hilang boleh dicari. Namun apa yang Rahman perlukan daripada Mawar tika ini ialah keizinan untuk masuk ke dalam rumah yang berantakan. Kita berdua sama-sama mengutip kaca yang jatuh berderai, menceriakan suasana yang suram. Biarlah sama sama terluka tangannya dek kerana terkena deraian kaca, asalkan Mawar di sisi."

Dewi Mariana: Berputiknya Cinta Di Fantasi Kedua (SU)Where stories live. Discover now