bab 29: Pemerintahan baru.

60 7 0
                                    

DEWI MARIANA beralih memandang Mariati dan Mawar yang sedang membantunya untuk bersiap. Dari renungan mata, jelas terungkap 1001 rasa yang dia hadapi tika ini. Bermula dari sepasang baju yang dikenakan, sehinggalah ke aksesori yang berada di atas kepala Dewi Mariana diperhati.

"Baik-baik sahajakah Tuanku Permaisuri?" soal Mawar secara tiba-tiba. Dewi Mariana cuma tersenyum nipis. Tuanku permaisuri? Wah, tidak pernah dia sangka dia akan menerima gelaran ini.

"Guruh yang melanda hati ini, tidak siapapun yang tahu."

"Doa patik, semoga Tuanku Permaisuri mampu membantu Tuanku untuk terus memerintah bumi Melaka dan mengekalkan kedaultan. Semoga bumi Melaka ini aman tanpa hadirnya sang penjajah." celah Mariati. Kata-katanya itu adalah satu harapan yang besar buatnya. Dia yakin kerana Dewi Mariana mampu mempengaruhi Tuanku Mahmud Shah.

Dewi Mariana tidak seperti Jelita Purnama.

Dewi Mariana mempunyai pesona dan auranya yang tersendiri.

"Tersergam indahnya bumi Melaka pasti ada pihak yang menginginkannya. Tidak dinafikan pasti ada pihak yang berhasrat mahu merampas bumi Melaka. Tidak mustahil suatu hari nanti bumi Melaka ini akan dijajah dan akan jatuh di tangan orang luar. Sekiranya ada gunting dalam lipatan, semua itu tidak mustahil."

  Kata-kata yang keluar dari mulut Dewi Mariana membuatkan Mariati dan Mawar tersentak. Namun, perasaan yang kian bertandang terus ditepis. Selesai sahaja menyiapkan Permaisuri Dewi Mariana, pintu kamar diketuk dari luar. Mawar terus berjalan dan membuka pintu tersebut. Terdapat beberapa orang dayang yang dikhaskan untuk mengiringi Tuanku Permaisuri Dewi Mariana.

"Permaisuri, sudah siapkah?"

"Iya, Permaisuri sudah siap."

  Serentak dengan itu, Tuanku Permaisuri Dewi Mariana bangun dari duduknya dan berjalan melangkah keluar daripada kamarnya. Tiba sahaja di luar kamar, dayang mula bertindak mengiringi Tuanku Permaisuri Dewi Mariana. Sambil berjalan menuju ke luar istana, dapat Dewi Mariana lihat penduduk bumi Melaka yang mula berkumpuk di luar ruang Istana Melaka.

"Sudah bersediakah adinda?" soal Sultan Mahmud Shah sambil memandang Dewi Mariana. Dewi Mariana mengangguk. Serentak dengan itu, pasangan diraja itu menuruni anak tangga satu persatu. Tiba sahaja di bawah, Dewi Mariana menaiki kereta kuda yang disediakan. Jelas di situ, rakyat-rakyat Melaka mula memerhati Sultan dan Permaisuri terbaru mereka.

"Daulat Tuanku!" laungan daripada rakyat Melaka mula bergema. 

"Daulat Tuanku!"

"Daulat Tuanku! Allahuakbar!"

Dan, bumi Melaka menerima fasa pemerintahan baharu daripada Tuanku Mahmud Shah dan Permaisuri Dewi Mariana.

.

SELESAI sahaja upacara mengumumkan Sultan dan Permaisuri, Dewi Mariana melangkah masuk ke dalam Istana Melaka terlebih dahulu sambil diiringi beberapa orang dayang yang baharu. Masuk sahaja ke dalam ruangan yang berhampiran dengan balai bermesyuarat di antara sultan dan para pembesar serta para ulama, Dewi Mariana berhenti seketika apabila Pembesar Sulaiman berjalan melintasinya.

"Ampun Tuanku Permaisuri."

"Pembesar Sulaiman, izinkan saya bertanya beberapa soalan." tutur Permaisuri Dewi Mariana. Pembesar Sulaiman mengangguk.

"Apakah pertanyaan itu Permaisuri?"

"Esok, pasti sultan akan mengadakan mesyuarat bersama-sama para pembesar dan segala isi pentadbiran Melaka. Benar?"

Pembesar Sulaiman mengangguk.

"Benar Tuanku Permaisuri. Mengapa? Apakah Tuanku Permaisuri berminat untuk mengadakan perjumpaan sama para pembesar yang lain?"

"Ya beta berminat. Beta mahu kamu uruskan perjumpaan itu secepat yang mungkin, pastikan semua pembesar hadir dalam perjumpaan itu." titah Permaisuri Dewi Mariana. Pembesar Sulaiman mengangguk tanda faham.

"Namun Tuanku Permaisuri, jika patik bertanyakan sesuatu boleh kah? Mengapa Tuanku Permaisuri mahu berjumpa dengan para pembesar? Setahu patik, begitu sukar untuk Tuanku Permaisuri turut campur tangan dalam isi pemerintahan Melaka." tutur Pembesar Sulaiman. Permaisuri Dewi Mariana cuma tersenyum tipis.

"Di dalam pembesar Melaka, ada kah pembesar perempuan yang memegang jawatan?" soal Permaisuri Dewi Mariana. Pembesar Sulaiman cuma mengangguk.

"Mengapakah Tuanku Permaisuri bertanyakan soalan begitu?"

"Itulah alasannya mengapa beta mahu membuat perjumpaan bersama dengan para pembesar."

.

.

SUASANA di dalam ruang bermesyuarat di Istana Melaka riuh-rendah apabila para pembesar mula berbual dan berjenaka sesama mereka sementara menunggu ketibaan Tuanku Sultan. Manakala sekumpulan para ulama baru sahaja tiba; antara golongan yang penting dalam menetapkan undang-undang syariah di Melaka.

"Assalamualaikum Ulama Yusuf." sapa Pembesar Sulaiman terlebih dahulu. Kedua-dua figura itu bersalaman.

"Waalaikumussalam, maafkan kami kerana lambat sedikit." tutur Ulama Yusuf.

"Eh tidak mengapa, Tuanku Sultan pula masih lagi tidak hadir di ruang bermesyuarat ini. Jadinya, Ulama Yusuf tidak lambat pun. Biasalah, ada juga di kalangan pembesar yang datang sedikit awal."

Ulama Yusuf mengangguk tanda faham.

  Tidak lama kemudian, gegendang muka berbunyi menandakan Tuanku Sultan akan masuk ke dalam ruang perbicaraan itu. Serentak dengan itu, para pembesar mula mengambil tempat masing-masing di tempat yang disediakan manakala para ulama pula berada di antara tempat yang hadapan iaitu merupakan orang penting sultan dan bendahara, temenggung, laksamana turut duduk di tepi sultan.

"Mengumumkan ketibaan Tuanku Sultan, Sultan Mahmud Shah ibni Sultan Alaudin Riayat Shah!" Pengawal atasan istana membuat pengumuman. Serentak dengan itu, Sultan Mahmud Shah berjalan masuk sambil diiringi pengawal istana.

"Daulat Tuanku!" laung para pembesar dan ulama di situ.

  Sebaik sahaja Tuanku Sultan duduk di atas tempat yang disediakan, dapat Sultan Mahmud Shah lihat dari atas wajah seorang demi seorang mereka yang terlibat di dalam pentadbiran Melaka secara tidak langsung.

"Assalamualaikum." Sultan Mahmud Shah bersuara terlebih dahulu.

"Tujuan beta memanggil para pembesar dan para ulama yang terlibat secara tidak langsung di dalan pentadbiran bumi Melaka ini ialah bertujuan untuk menyoal sendiri dimanakah kekurangan dan apa yang boleh diperbaharui dalam pentadbiran Melaka." titah Tuanku Sultan. Rata-rata para pembesar dan ulama di situ mengangguk tanda faham.

"Dari segi pentadbiran pembesar lipatan, ada apa-apa kekurangan kah?" soal Tuanku Sultan penuh dengan prihatin. Para pembesar di situ cuma menggeleng sahaja memandangkan tiada masalah dari segi pentadbiran, jika ada pun mungkin tidaklah terlalu teruk.

"Baiklah, tujuan sebenar beta memanggil para penbesar dan ulama, tujuan utama patik ialah patik mahu menetapkan tahap pentadbiran di bumi Melaka ini. Iaitu, hasrat beta ialah dengan memberi pelantikan jawatan pembesar kepada lelaki sahaja. Golongan perempuan tidak layak untuk meme-"

"Apakah maksud Kakanda?!" serentak dengan itu perhatian semua orang di dalam ruang perbicaraan itu beralih memandang Permaisuri Dewi Mariana. Pintu ruang perbicaraan yang dirempuh secara tiba-tiba membuatkan para ulama, pembesar, temenggong dan bendahara di situ terkejutm

"Orang perempuan akan turut membantu dalam sistem pemerintahan bumi Melaka. Jangan pernah kalian semua memandang kehebatan dan daya kuasa perempuan dengan sebelah mata. Beta sanggup bergadai nyawa beta sendiri asalkan hak perempuan disanjung tinggi sebagaimana Rasulullah mengangkat darjat perempuan..."

"... Jika Rasulullah juga turut mengangkat darjat perempuan, siapakah kalian semua yang berhak untuk memijak maruah perempuan?"

Dewi Mariana: Berputiknya Cinta Di Fantasi Kedua (SU)Where stories live. Discover now