bab 13

295 40 3
                                    

DI Pasar Dagang, Dewi Mariana dan Mawar yang sudah selesai membeli barang mengambil keputusan untuk berehat sebentar di gerai kecil yang minuman. Sementara menunggu minuman sampai, sempat juga mereka berdua berbual.

"Kamu mau makan jugakah Mawar?" soal Dewi Mariana, risau juga dia kalau Mawar kelaparan. Tambahan pula sewaktu dia sedang menjamu lempeng sebentar tadi, cuma Mawar seorang saja yang tidak makan. Rahman pula, sedang menguruskan urusan peribadi.

"Tidak mengapa Dewi Mariana. Kalau ada yang ingin Dewi makan, beritahu saja. Saya bisa pesankan buat Dewi." tutur Mawar. Dewi Mariana tertawa kecil. Mahu makan lagi? Oh sudah tentu tidak. Sudahlah sebentar tadi, dua keping lempeng habis dia jamah. Selalunya, dia akan menjamah separuh saja lempeng. Tambahan pula, Dewi Mariana ialah seorang yang sangat menjaga tubuh badannya.

"Sudahlah Mawar, saya sudah menjamah dua keping lempeng kelapa sebentar tadi. Tidak mahu saya makan lagi."

Mawar tertawa kecil.

"Bagus betul Dewi, menjaga tubuh supaya sihat sentiasa."

"Dewi, kalau tidak keberatan bisa saya soal Dewi satu soalan lagi?"

"Tanya sajalah Mawar."

"Jika ada yang jatuh cinta dan mahu menikahi Dewi, Dewi akan menerima atau tidak? Memandangkan tempoh hari Dewi ada bercerita tentang percintaan Dewi sebelum ini."

Dewi Mariana terdiam sejenak.

"Kalau anak raja mungkin saya terima." seloroh Dewi Mariana dan diselangi dengan gelak tawa, untuk menunjukkan bahawa dia bergurau dengan kata-katanya sebentar tadi.

"Kamu pula, bagaimana Mawar?" soal Dewi Mariana. Mawar tersenyum.

"Siapalah yang mahu sama saya, Dewi. Sudahlah saya ini tiada rupa. Buta agaknya jejaka yang inginkan saya." ujar Mawar. Cawan yang berisikan air kopi dia ambil dan teguk. Dewi Mariaan cuma diam memerhati tingkah laku pekerjanya itu.

"Maksud kamu, Rahman buta?"

Uhuk!

.

.

SUASANA di Istana Melaka agak sibuk dan kalut sebaik sahaja Jelita Purnama mengeluarkan arahan buat para dayang semalam, untuk membuat persiapan masuk meminang Dewi Mariana buat Tunku Mahmud Shah. Rata-rata dayang dan pengawal istana mula berbicara sama sendiri. Ada juga di antara mereka yang menganggap Tunku Mahmud Shah seorang laki-laki yang gilakan perempuan. Malah ada juga segelintir yang berbicara bahawa Jelita Purnama ialah punca suaminya mencari yang lain memandangkan dia tidak mampu untuk memberikan zuriat.

"Tuanku Puteri..." panggil Mariati. Kepalanya ditunduk sebagai tanda hormat buat Jelita Purnama. Jelita Purnama yang sedang duduk di atas katil di dalam kamar lena, terus bangun dari duduknya.

"Ada apa kamu ke mari Mariati?"

"Tujuan patik ke mari, untuk memaklumkan buat Tuanku Puteri bahawa segala persiapan sudahpun selesai. Pihak Istana Melaka bersedih untuk menghantar rombongan meminang bila-bila masa sahaja." tutur Mariati. Jelita Purnama tersenyum.

"Kita bergerak sekarang Mariati. Arahkan dayang-dayang yang lainnya untuk turut serta sekali. Beritahu mereka, ini adalah titah daripadaku. Bukannya suatu persoalan."

"Baik Tuanku Puteri." Mariati beralih memandang dayang-dayang yang berada di belakangnya. Apa yang Jelita Purnama arahkan, itu yang dia sampaikan. Keluar sahaja dayang-dayang daripada kamar Jelita Purnama, Mariati memandang Jelita Purnama.

"Benar ini semua Tuanku Puteri?" soal Mariati. Sungguh, dia tidak percaya akan tindakan Jelita Purnama. Bagaimana mahu dia percaya sedangkan selama ini bersaksikan dua matanya, Jelita Purnama sendiri berusaha mahu mempertahankan bahteranya dan Tunku Mahmud Shah.

"Benar sama sekali Mariati..." Jelita Purnama duduk di atas katil.

"... Semuanya sudah ku lakukan, namun apakan daya jika Tuhan sudah berkehendak. Suamiku tidak menginginkan ku lagi, dia mahukan Dewi Mariana. Apa aku ada daya mahu melawan? Benar, aku tidak seharusnya membantah. Aku sakit, mana mampu untuk melayani suamiku. Bahkan aku juga tidak mampu memberinya zuriat."

"Tapi ini bukan caranya..."

"Sudahlah Mariati. Hati ini, tiada siapa yang boleh paksa. Mahu sekuat apapun ku menjaga hatinya supaya tidak jatuh cinta sama yang lain, namun akhirnya aku gagal. Gagal segagalnya. Mahu apa lagi aku? Merayu? Sudah kering air liurku ini merayu buat suamiku supaya melupakan wanita itu. Usaha? Sudah puas ku berusaha Mariati. Mahu apa lagi aku? Sudah ku rayu, sudah ku pujuk. Jangan diingat akan lag8 wanita itu. Namun apalah dayanya aku yang sebesar zarah di dalam hatinya jika mahu dibandingkan wanita itu yang bertakhta di dalam hatinya."

Mariati mengangguk.

"Demikianlah Tuanku Puteri. Ingatlah sekiranya terjadi apa-apa, patik sentiasa di belakang Tuanku Puteri. Mahu jatuh, mahu bangun, patik sentiasa ada."

.

.

ROMBONGAN meminang daripada Istana Melaka akhirnya tiba di hadapan rumah Dewi Mariana. Jelita Purnama yang bertindak sebagai orang paling penting dalam rombongan meminang, berjalan terlebih dahulu.

Sementara itu, Rahman yang sedar akan kedatangan tetamu terus menuruni anak tangga. Rahman kaget akan kehadiran sekumpulan manusia itu. Lebih kaget lagi apabila insan yang berdiri di hadapannya ini ialah bakal Permaisuri Empayar Melaka, Jelita Purnama.

"Ampun beribu-ribu ampun Tuanku Puteri..." Kedua-dua tangan Rahman dicantum dan diletak di atas kepala, Jelita Purnama cuma memandang kosong.

"... Ada apa hajat Tuan Puteri ke mari? Mahu mencari siapa?" soal Rahman.

"Ini rumahnya Dewi Mariana?" soal Jelita Purnama. Rahman mengangguk. Makin berdebar pula rasanya, majikannya itu ada lakukan apa-apa kesalahankah?

"Tujuan Tuan Puteri ke mari adalah untuk meminang Dewi Mariana bagi pihak Tunku Mahmud Shah." ujar Jelita Purnama sambil tersenyum manis, Rahman kaget. Masuk meminang Dewi Mariana buat suaminya sendiri?

"Sebentar ya Tuan Puteri."

.

.

SUASANA di dalam rumah Dewi Mariana, mula tegang apabila Dewa Marzuki dan Mba Melati masing-masing mempunya pilihan yang berbeza. Sementara itu, Rahman pula sudah keluar untuk mencari Dewi Mariana dan Mawar. Untuk situasi tegang ini, apa-apa keputusan perlulah keluar dari mulut Dewi Mariana sendiri, bukan mulut Dewa Marzuki.

"Kamu tidak boleh begini. Ini akan menentukan hidup anak kamu, Dewi Mariana." tutur Mba Melati, tidak setuju sungguh dia apabila Dewa Marzuki bertindak melulu dengan menerima rombongan meminang Istana Melaka itu. Karut benar!

"Kamu mahu ya Melati, apa yang berlaku di antara dia dan Zainuddin utu berulang kembali? Mahu biarkan dia membuat keputusan? Gak perlu! Anak itu pasti akan menyusahkan aku saja. Aku bapaknya, biar aku sahaja yang buat keputusan!" Dewa Marzuki bertegas dengan pendiriannya.

"Bapak, sudahlah dengan ego bapak. Benarlah kata ibu. Biarlah kakak sendiri yang menentukannya, kita sebagai keluarga cuma perlu menyokong keputusannya sahaja. Tidak perlu, masuk campur!"

Pang!

Serentak dengan itu, buat pertama kalinya Dewa Marzuki bertindak mengasari anak perempuan kesayangannya. Tanpa berfikir panjang, Dewa Marzuki meluru menuju ke arah Jelita Purnama. Hulubalang yang bertugas untuk menjaga Jelita Purnama mula bergerak mendekati Jelita Purnama, risau jika Dewa Marzuki melukai Jelita Purnama.

"Apa yang Mariana dapat sekiranya dia mengahwini suamimu?" soal Dewa Marzuki.

"Segala-galanya. Harta, pangkat dan keturunannya juga terjamin sama sekali. Tugas Dewi Mariana cuma perlu melahirkan anak sahaja." balas Jelita Purnama.

Dewa Marzuki mengangguk.

"Saya, Dewa Marzuki wakil buat Dewi Mariana menerima rombongan meminang ini."

Dewi Mariana: Berputiknya Cinta Di Fantasi Kedua (SU)Where stories live. Discover now