Bab 6

432 55 0
                                    

DI pasar dagang, Dewi Mariana seolah-olah burung yang terlepas dari sangkarnya. Seronok membeli dan tambahan pula dia memerlukan periuk belanga yang baharu. Sedang ralit memilih periuk belanga bersama Mawar, Dewi Mariana terus beralih apabila satu suara garau memanggilnya. Rahman menundukkan kepalanya sedikit sebagai tanda hormat.

"Dewi." panggil Rahman.

"Ada apa ke mari Rahman? Ada perkara yang perlu kamu bincangkan kah?" soal Dewi Mariana lalu menyambung memilih periuk belanga yang dibawa daripada China. Menarik, malah ada juga periuk belanga yang lawa ukirannya.

"Dewa Marzuki akan ke Melaka."

  Tangan Dewi Mariana yang sedang memegang periuk belanga itu terus terlepas. Dewi Mariana memandang Rahman, meminta kepastian. Biar betul ayahnya ingin datang ke Melaka? Mengapa? Tiada angin tiada ribut tiba-tiba sahaja mahu ke bumi Melaka. Tidak cukupkah ayahandanya itu menyakitkan hatinya?

"Tujuan apa ayahanda ke mari? Bila dia mahu ke sini?" soal Dewi Mariana.

"Marzana yang menghantar surat mengatakan bahawa ayahanda dan ibunda-"

"Mba Melati. Cukup sekadar memanggil Mba Melati, tidak perlu menggelarnya ibu. Dia tidak layak sama sekali." Kali ini, nada Dewi Mariana mula naik seoktah. Perhatian Mawar terus beralih memandang majikannya.

"Mawar, nanti sahaja kita ke pasar dagang. Rahman, bincang sahaja tentang perkara ini di rumah."

Rahman dan Mawar mengangguk menerima arahan Dewi Mariana.

  Tahu bahawa Dewi Mariana sedang bercelaru emosinya, Rahman dan Mawar mengambil jalan selamat untuk duduk di belakang sahaja. Memerhati majikan mereka dari belakang. Sementara itu Dewi Mariana pula, berjalan laju ke rumahnya. Tiba di rumah, Dewi Mariana terus membuka pintu dan duduk bersimpuh di atas tikar.

"Duduk semuanya." arah Dewi Mariana. Mawar dan Rahman cuma mengangguk dan duduk. Mawar duduk bersimpuh di belakang Dewi Mariana manakala Rahman pula duduk bersila di hadapan Dewi Mariana.

"Tujuan ke mari apa?" soal Dewi Mariana.

"Menurut Marzana, ada sesuatu yang ingin Dewa Marzuki dan Mba Melati bincangkan sama Dewi. Tentang apa perihal itu, maaf saya sendiri tidak tahu." tutur Rahman. Dewi Mariana cuma diam tidak menjawab.

"Mau membezakan saya dengan Marzana atau mahu mencari masalah? Atau Dewa Marzuki mahu ke bumi Melaka untuk menceritakan kelebihan Dewi Marzana?" teka Dewi Mariana. Rahman cuma diam tidak menyoal. Sejujurnya, Rahman sendiri terkejut apabila surat yang diutus oleh Dewi Marzana mewakili ibu dan ayahnya dengan mengatakan bahawa mereka akan tiba di bumi Melaka tidak lama lagi.

"Ampun Dewi. Tetapi, bagi pandangan saya biarlah jika Dewa Marzuki dan Mba Melati mahu ke bumi Melaka sekalipun. Malah, Dewi juga sudah berhijrah ke bumi Melaka agak lama. Dan, mungkin mereka risaukan keadaan Dewi Mariana di sini. Bagaimanapun, Dewi Mariana ialah darah daging Dewa Marzuki. Tidak salah jika-"

"Saya ialah Dewi Mariana, bukan Dewi Marzana. Adakah Dewa Marzuki sudah tidak mampu membezakan siapa anak kesayangannya yang sering disanjung dan diangkat tinggi martabatnya? Sudah muakkah Dewa Marzuki sehinggakan tidak mahu menatap wajah Dewi Marzana? Atau mungkin Mba Melati mahu menjodohkan saya dengan jejaka yang tinggi darjatnya, berketurunan, berharta dan berilmu?"

Rahman cuma diam tidak membalas.

.

.

SEDANG ralit mencuci pinggan dengan menggunakan air yang diambil dari sungai, sempat juga Mawar bernyanyi kecil. Tanpa Mawar sedar juga, Rahman berjalan dan berdiri di hadapannya sambil tersenyum tipis. Merdu sekali suaranya Mawar.

Uhuk!

Mawar berhenti bernyanyi dan beralih ke belakang. Cepat-cepat dia bangun apabila Rahman yang berdiri di belakang cuma tertawa kecil.

"Eh Rahman, sudah lama kamu berada di sini?" soal Mawar sekadar berbasa-basi untuk menutup rasa malu sebentar tadi. Rahman cuma mengangguk sambil tersengih. Bukannya dia tidak tahu yang Mawar sekarang ini sedang menahan malu.

"Sudah habiskah Mawar bernyanyi? Jika tidak, saya pergi ke tempat lain sahaja. Maaf jugalah jika saya menganggu Mawar." tutur Rahman. Mawar menggeleng, memanglah tidak menganggu tapi dia malu.

"Sudah selesai bercuci pinggan?" soal Rahman. Mawar menggeleng, masih ada lagi sedikit pinggan yang perlu dicuci. Mujurlah Dewi Mariana ada membantunya sedikit-sebanyak sebentar tadi. Tidaklah sakit sangat segala urat tubuhnya ini dek kerana terlalu banyak membuat kerja.

"Tidak mengapa, biar saja saya tunggu kamu di sini. Lagipun, Dewi yang menyuruh saya ke sini untuk menemani kamu. Risau juga kalau ada apa-apa yang terjadi." ujar Rahman lalu duduk di atas satu batu besar, manakala Mawar pula menyambung mencuci pinggan.

"Tidak apalah Rahman. Saya sudah besar, tidak perlu untuk diawasi lagi. Maaf ya Rahman kerna saya sudah susahkan Rahman." Mawar menundukkan sedikit kepalanya sambil membasuh pinggan. Rahman tertawa kecil. Aduh Mawar!

"Tidak susahkan saya langsung Mawar. Lagi pula, ada bagus juga saya menemani Mawar di sini. Boleh juga berbual sama Mawar, Mawar juga tidak kesunyian bukan? Ada baiknya juga..."

"... Lebih baik kalau Mawar menjadi isteri saya." Rahman memperlahankan sedikit nadanya. Tidak mahu di dengar oleh Mawar.

"Lebih baik apa Rahman?" soal Mawar. Sepertunya tidak jelas di hujung ayat itu.

"Tiada apa Mawar."

  Mawar mengangguk lalu meneruskan kerjanga kembali. Sementara itu, Rahman pula memerhati keindahan alam di bumi Melaka itu. Segar sahaja udaranya, tidak dinafikan sewaktu menjelang maghrib alunan zikir akan menjadi bunyi di segenap alam ini. Memuji keindahan alam.

"Rahman, jika Mawar mahu bertanya. Harap Rahman tidak kisah ya." Mawar beralih memandang Rahman.

"Mengapa Dewi tidak suka dengan kehadiran keluarganya? Adakah Dewi sama keluarganya tidak baik-baik sahaja hubungannya?"

Rahman mengangguk.

"Iya, hubungan Dewi sama keluarganya sangat tidak baik. Bahkan seringkali Dewi Mariana sama Dewa Marzuki iaitu ayahnya bertengkar. Bahkan sehari sebelum Dewi Mariana ingin berhijrah ke bumi Melaka sempat juga mereka bertengkar. Menurut pandangan Rahman, semua ini bermula daripada Dewa Marzuki. Seringkali Dewi bersedih dengan kata-kata dan tingkah laku Dewa Marzuki yang sering memulaukan Dewi Mariana. Bahkan, Dewa Marzuki seakan-akan lebih menyayangi Dewi Marzana. Sebagai seorang anak yang lahir terlebih dahulu, sudah pasti Dewi sedih. Malah, Dewa Marzuki juga sangat mengagungkan Dewi Marzana..."

"... Tetapi Mba Melati dan Dewi Marzana melayan Dewi Mariana dengan baik sekali. Dan Mba Melati turut melayan Dewi Mariana sebagai seorang anak. Tetapi, Dewi Mariana ialah Dewi Mariana. Walau langit dan bumi hancur Dewi tidak berubah. Dewi dan ayahnya ibarat api. Apabila api bertarung tanpa hadirnya air maka maraklah api tersebut. Begitu juga dengan hubungan Dewi dan Dewa Marzuki. Mba Melati dan Dewi Marzana sudah cuba menyambung kembali ikatan silaturrahim yang hampir putus. Namun, apabila tiada usaha maka sia-sia sahaja niat murni itu."

"Adakah tujuan Dewi ke sini untuk lari dari Dewa Marzuki?"

Rahman mengangguk mengiyakan kata-kata Mawar sebentar tadi.

"Iya, namun dalam masa yang sama juga Dewi ke Melaka supaya hubungan dia dan ayahnya reda. Tidak mampu berbaik. Tetapi bagi Dewi, lebih baik dia ke Melama daripada bertengkar dengan ayahnya setiap masa."

Dewi Mariana: Berputiknya Cinta Di Fantasi Kedua (SU)Where stories live. Discover now