bab 10

376 46 1
                                    

"... Bukan melalui poligami."

  Kata-kata Tun Teja itu membuatkan Tunku Mahmud Shah tersentak. Sementara menunggu Jelita Purnama masuk ke dalam kamar tidur mereka, dia hempas badannya ke atas katil. Bercelaru minda Tunku Mahmud Shah tika ini, hatinya mula membuak-buak menahan amarah. Mahu saja dia hentak Jelita Purnama tika ini, tahu sudah dia. Jika bukan kerana isterinya yang membuka mulut, pasti bondanya itu tidak tahu.

"Kakanda.." Satu suara yang menyapa Tunku Mahmud Shah membuatkan dia membuka matanya semula. Susuk tubuh Jelita Purnama mula berjalan menghampirinya, serentak itu dia mengundur ke belakang. Tidak mahu duduk bersama dengan isterinya itu. Jelita Purnama cuma diam tidak membuka sebarang bicara. Tahu sudah dia mengapa suaminya itu bertindak sehingga begini sekali.

"Maaf."

"Itu sahaja yang boleh kamu katakan ketika ini Jelita?" soal Tunku Mahmud Shah dengan nada yang tegas. Jelita Purnama menunduk tidak membalas. Dia cuma berdiri statik, tidak berganjak walaupun seinci. Mahu atau tidak, dia perlu menghadap amarah suaminya.

"Jelitakah yang membocorkan semua ini kepada bonda?" soal Tunku Mahmud Shah. Jelita Purnama menggeleng.

"Bukan Jelita wahai kakandaku. Bahkan Jelita sendiri tidak tahu bagaimana bonda boleh tahu tentang ini. Jelita sudah berusaha menutup aib kakanda selama ini."

"Berusaha menutup aibku? Itu yang kau katakan Jelita Purnama? Kau tahukah betapa malunya aku tika bonda menyoal dan melarangku untuk berpoligami. Sudahlah Jelita, berilah aku peluang untuk merasa bahagia. Jujur aku mengaku bahawa bahagia dengan kamu, Jelita..." Tunku Mahmud Shah berjeda seketika. Dia berjalan menghampiri isterinya.

"... Tapi aku mahukan zuriat. Terimalah hakikat Jelita Purnama, kamu tidak mampu melaksanakan tugasmu sebagai seorang isteri."

"Jadi selama ini apa erti bahtera perkahwinan kita buat kakanda?" soal Jelita Purnama sambil menahan air matanya daripada terus mengalir.

"Cukup untuk memenuhi kehendak bonda dan ayahanda."

"Jadi siapakah adinda di mata kakanda?" Jelita Purnama menyoal sambil berjalan memegang kedua-dua lengan kekar suaminya itu. Tunku Mahmud Shah terdiam.

"Cukup sebagai persinggahanku."

  Serentak dengan itu, Tunku Mahmud Shah berjalan keluar dari kamar tidur mereka berdua. Ditinggalnya Jelita Purnama seorang diri yang sedang menahan kekecewaan di hati. Pergi sahaja Tunku Mahmud Shah, Jelita Purnama jatuh terduduk. Kedua-dua tangannya naik memegang wajahnya. Kata-kata suaminya itu berlegar-legar di dalam jiwanya.

  Terguris. Hatinya sangat terguris tika ini, suami yang sering dia agung dan berdoa supaya menjadi imamnya rupa-rupanya tidak pernah menganggapnya sebagai seorang isteri. Sakitnya tuhan ketika cinta yang diberi dibalas dengan dusta.

"Allahuakbar..." Jelita Purnama jatuh terbaring di atas lantai. Air matanya semakin lama semakin mengalir dengan begitu deras. Suami yang dia doa supaya dapat menjadi penawar buatnya, rupa-rupanya ialah racun bagi Jelita Purnama.

Ya Allah, sakitnya mencintai orang yang tidak menghargai cinta suci ini.

.

.

SEBAIK sahaja selesai mengagihkan pinggan buat makan malam, Dewi Mariana duduk di sebelah Mawar. Masing-masing langsung tidak menjamu selera, tambahan pula melihat wajah Dewa Marzuki seolah-olah ada perkara yang menganggunya. Mawar cuma menundukkan kepalanya, manakala Dewi Mariana beriak tenang.

"Puas semuanya?" soal Dewi Mariana sambil memandang ayahnya. Sementara itu Mba Melati dan Dewi Marzana mengangguk sebagai tanda puas dengan hidangan makan malam ini.

"Ini sahajakah?" soal Dewa Marzuki sambil memandang anakandanya itu. Dewi Mariana mengangguk.

"Ini sahajalah. Mengapa ayahanda? Tidak cukupkah lauk-pauk yang Mawar dan Rahman hidangkan?"

Prang!

  Pinggan kaca kosong itu dihempas. Tersentak habis mereka semua di situ terutama sekali Mawar memandangkan dia seorang sahaja yang baru mengenali susuk figura ayah Dewi Mariana. Sementara itu Dewi Mariana cuma beriak biasa sahaja. Langsung tidak terkejut, sedih mahupun senyum.

"Sewaktu kamu masih kecil, apa yang kamu mahukan pasti akanku sediakan. Ini balasan kamu? Lauk-pauk ini langsung tidak dapat membalas jasa aku sebagai seorang bapak! Ikan bakar, lempeng dan lauk-pauk yang berasaskan kuah. Ini sahaja yang mampu untuk kamu sediakan?"

Dewi Mariana diam.

"Dasar anak-anak bodoh kamu! Lebih baik kamu mati sahaja dari azali. Udah hidup malah menyusahkanku dan buat aku sakit hati. Jika beginilah hakikatnya, lebih baik aku bagikan sayangku buat Marzana dan Mba Melati! Tak usah aku beri kasih sayangku buatmu. Dasar anak-anak bodoh!"

  Dewi Mariana cuma beriak biasa. Sementara itu, Dewi Marzana pula terus mengambil dan mengutip serpihan-serpihan kaca yang berterabur di atas lantai kayu itu. Namun dengan pantas, Dewa Marzuki menegah tindakan anak kesayangannya itu.

"Tak usah kau kutip kaca-kaca itu! Biarkan saja Mariana mengutipnya. Mengapa perlu kau lakukan tugas seorang hamba?!"

"Ya tidak perlu. Biarlah seorang hamba mengutipnya." Dewi Mariana mula mengutip satu persatu serpihan kaca itu. Namun entah dimana silapnya, jari Dewi Mariana terluka dek kerana terkena kaca yang tajam, dibiarnya sahaja luka itu. Hatinya lebih terluka tika ini.

"Mariana, jari kamu terluka itu." tegur Mba Melati. Risau pula dia apabila melihat jari anaknya itu yang semakin berlumuran darah.

"Tidak mengapa Mba, saya cumalah seorang hamba di mata kalian. Ya tidak perlulah risau."

  Selesai mengutip dan mengemas kaca tersebut, Dewi Mariana membuang kaca itu ke dalam tong sampah. Manakala Dewa Marzuki sudah masuk ke dalam kamar lenanya. Begitu juga dengan Mba Melati. Melihat jari majikannya yang berdarah, cepat-cepat Mawar berlari ke arah Dewi Mariana. Kain bajunya dikoyak sedikit, cukup sekadar menghentikan aliran darah.

"Ya ampun Dewi, ayuh saya ubatkan luka Dewi ini." tawar Mawar lalu menarik Dewi Mariana untuk duduk bersimpuh, sementara itu Rahman pula sibuk mengemas pinggan dan cawan. Dewi Marzana cuma diam memerhati.

"Pergilah masuk ke dalam kamar, berehatlah. Pasti kamu sudah penat kerana menghadapi perjalanan yang panjang." tutur Dewi Mariana tanpa memandang adiknya itu. Dewi Marzana berjalan mendekati kakaknya.

"Maaf. Maaf atas tingkah laku ayah sebentar tadi, manalah tahu jika kakak terluka dengan kata-kata dan perbuatan ayah tadi."

"Maaf? Mengapa baru sekarang perkataan maaf itu meluncur dari mulut kamu? Bahkan selama ini, banyak kali ayah bertindak sedemikian namun kau cuma berdiam langsung tidak berbicara. Mengapa baru sekarang kau memohon maaf atas tingkah laku ayah sebentar tadi? Malukah kau?"

"Anggap sajalah ini sebagai permulaan jalan untuk adik berdamai sama kakak."  balas Dewi Marzana. Serentak dengan itu, Dewi Mariana terus berdiri dari simpuhnya.

"Berdamai? Ini yang kau katakan damai? Jika benar niat kau mahu berdamai, mengapa bukan dulu? Mengapa sewaktu aku dihalau oleh ayah tika dulu, kau dan Mba Melati cuma berdiam diri langsung tidak membangkang ayah. Ketahuilah bahawa selangkah aku sudah keluar dari rumah itu, sudah aku tetapkan dalam fikiranku bahawa keluarga aku sudah mati."

"Semua itu takkan berlaku kalau kakak tidak menolak abang Zainuddin." bantah Dewi Marzana.

"Hampir mati aku menanggung penyeksaan yang ayah lakukan buatku. Hanya kerana aku berpisah sama Zainuddin, ayah begitu menghukumku seolah-olah akulah yang berdosa. Sudah lamaku tahu niat ayah mahu menjodohkan aku sama Zainuddin. Zainuddin itu asalnya keluarga ada-ada, dan tika itu ayah pula mengalami hutang yang banyak gara-gara perniagaannya merosot. Lantas aku yang dijadikan mangsa, adilkah buat kau sekiranya ayah memperlakukan kau seperti itu?"

Dewi Mariana: Berputiknya Cinta Di Fantasi Kedua (SU)Where stories live. Discover now