bab 4

536 61 0
                                    

DEWI MARIANA berjalan mengelilingi bumi Melaka itu. Sambil kakinya mengorak langkah, Dewi Mariana beralih memandang keadaan sekeliling. Bumi Melaka, hadirnya 1001 pedagang dari pelbagai pelusuk dunia. Begitu juga dengan Dewi Mariana, penghijrahannya ke bumi Melaka adalah untuk kebaikannya sendiri. Mahu melupakan perkara silam yang menghantui dirinya.

"Dewi Mariana?" soal satu suara garau. Langkah Dewi Mariana terhenti, cepat-cepat dia membuka kekudanya. Dapat dia dengar tawa yang keluar dari suara garau itu.

"Ampunkan saya Dewi Mariana..." Jejaka itu turun daripada terus menunggang kudanya.

"... Saya, Mahmud Shah."

Dewi Mariana menutup kembali kekudanya.

"Maafkan saya Dewi Mariana jikalau sapaan saya membuatkan Dewi Mariana terkejut." Mahmud Shah menundukkan kepalanya sedikit, sebagai tanda maaf dan hormat terhadap wanita dihadapannya.

Dewi Mariana menggeleng.

"Tidak mengapa. Saya baik-baik sahaja. Ada apa kamu ke mari, Mahmud Shah?" soal Dewi Mariana pula. Mereka berdua berjalan bersama, Mahmud Shah tersenyum tipis di balik kain hitam yang menutupi wajahnya.

"Baru selesai memanah. Dewi Mariana pula?"

"Berjalan. Mengambil angin di bumi Melaka ini. Angin di sini lain, seolah-olah memberi saya nafas baru untuk memulakan kehidupan yang lebih baik." balas Dewi Mariana lalu menjarakkan sedikit batas di antara dia dan Mahmud Shah. Mahmud Shah cuma diam tidak menjawab.

"Dewi Mariana baru berhijrah di sini sahaja kan?" soal Mahmud Shah. Dewi Mariana mengangguk, status dia di bumi Melaka ini ialah seorang penghijrah. Walaupun seorang penghijrah, penduduk di sini turut melayannya seperti orang biasa. Tiada langsung penduduk bumi Melaka ini yang memandang sinis ataupun rendah terhadapnya.

"Kalau tidak keberatan, boleh saya menyoal satu perkara?" Dewi Mariana menyoal dan beralih memandang Mahmud Shah di sebelahnya. Mahmud Shah mengangguk.

"Ada apa Dewi Mariana?"

"Penduduk di bumi Melaka ini adakah kebanyakkannya menganut agama Islam? Ataupun cuma sebahagian kecil sahaja? Memandangkan, hampir ke semua rumah mempunyai nama tuhan kamu. Dan, ada juga saya dengar mereka berzikir."

"Hampir ke semua penduduk bumi Melaka menganut agama Islam. Melaka ada tanah yang menjadikan Islam sebagai pegangan kehidupan kami. Jadi tidak hairan jika mulut mereka tidak lepas daripada berzikir. Mengapa? Dewi Mariana terganggukah dengan alunan zikir?"

Dewi Mariana menggeleng.

"Tidak. Bahkan saya suka mendengar alunan zikir yang keluar daripada mulut penduduk di bumi Melaka ini. Entah mengapa, ianya membuatkan saya rasa tenang dan seolah berada di syurga. Saya tidak tahu apakah maksud zikir, tetapi saya yakin ianya mempunyai satu maksud yang sangat mulia. Maafkan saya ya Mahmud Shah jika soalan saya agak mengguris hati Mahmud sebentar tadi."

Mahmud Shah tertawa kecil.

"Tidak mengapa. Sebelum itu boleh saya tahu, Dewi Mariana menganut agama apa? Maaf juga ya jika soalan saya ini menganggu perasaan Dewi Mariana." Sekali lagi, Mahmud Shah menundukkan kepalanya sedikit. Dewi Mariana cuma tersenyum tipis dan turut menundukkan kepalanya.

"Tidak mengapa, soalan itu langsung tidak menganggu saya. Saya tidak menganut apa-apa agama. Saya bebas, tidak beragama."

Mahmud Shah mengangguk tanda faham.

"Entah mengapa, bagi saya lebih baik hidup tanpa agama. Hidup tanpa bergantung kepada sebarang peraturan, peraturan yang ada membuatkan saya tidak bebas. Muak." Dewi Mariana menyuarakan pendapatnya lagi. Mahmud Shah diam, langsung tidak terguris dengan kata-kata Dewi Mariana.

"Tetapi, itu bukanlah makna mereka yang beragama hidup terkongkong. Lain orang, lain gaya hidupnya. Yang pasti, Dewi lebih selesa hidup begini..." Dewi Mariana diam seketika. Dia beralih memandang Mahmud Shah.

"... Maafkan saya ya Mahmud Shah jika kata-kata saya sebentar tadi mengguris hati kamu."

Mahmud Shah cuma tersenyum, langsung tidak terguris dengan kata-kata Dewi Mariana sebentar tadi. Untuk apa dia mahu terguris? Benar kata Dewi Mariaam sebentar tadi, lain orang lain persekitarannya. Tidak dinafikan, persekitaran mampu mempengaruhi gaya pemikiran seseorang. Ada yang menjadi fikiran terbuka, matang, lebih rasional dan lain-lain.

"Ouh ya, sebelum saya terlupa. Kira-kira lagi 2 ke 3 hari, Istana Melaka akan mengadakan bacaan yasin dan orang kampung akan berkumpul untuk memasak dan sedekahkan kepada anak-anak yatim. Jika Dewi tidak keberatan, jemput datang juga ya. Memandangkan para ulama dan pembesar akan adakan bacaan yasin dan alunan zikir, bolehlah Dewi Mariana dengar. "

Dewi Mariana mengangguk. Ada alunan zikir, seronoknya!

"Baik! Tapi, boleh kah jika saya turut membawa dua orang sahabat saya? Seorang perempuan dan seorang lagi lelaki. Boleh kah?" soal Dewi Mariana, jika dia bawa Mawar sekali bolehlah Mawar teman dia.

Mahmud Shah mengangguk.

"Boleh."

.

.

"DEWI mahu ke masjid? Untuk apa Dewi?" soal Mawar lalu menghulurkan cawan yang berisikan air kepada majikannya.

Eh, salah.

Rakannya.

"Untuk menolong mereka memasak. Mahmud Shah yang jemput saya Mawar, orang sudah takkan mahu ditolak? Jangan risau, penduduk di sini menerima kita walaupun kita berdua tidak menganut apa-apa agama." pujuk Dewi Mariana lagi. Bukannya dia tak tahu yang Mawar risau jika orang-orang di bumi Melaka ini tidak menerima mereka berdua kerana tidak menganut apa-apa agama.

"Benar ni Dewi?" soal Mawar sekali lagi, sekadar kepastian. Dewi Mariana mengangguk. Pergi sahaja Mawar daripada situ, Dewi Mariana juga turut beransur masuk ke dalam biliknya. Mahu berehat, membersihkan diri dan buat apa yang patut.

  Selesai sahaja semuanya, Dewi Mariana duduk di atas katil. Dewi Mariana bersandar, nafas berat dilepaskan. Tanpa dia sendiri sedar, senyuman tipis mula terukir sebaik sahaja teringat sewaktu dia dan Mahmud Shah berbual. Dan dalam masa yang sama, fikiran Dewi Mariana terhenti sebaik sahaja teringat akan kata-kata Mawar yang memberitahunya  siapakah Mahmud Shah di bumi Melak ini.

Pelik.

  Tunku Mahmud Shah sudi berbual dengannya? Dan, lebih pelik sama sekali ialah dia dan Tunku Mahmud Shah berbual secara biasa sahaja. Langsung tidak menggunakan gaya diraja. Malah, Tunku Mahmud Shah turut menggelarkan dirinya sebagai 'saya' bukannya beta. Pelik tapi benar.

  Lebih pelik, mengapa sekarang baru dia teringat yang Mahmud Shah itu ialah kerabat diraja Tanah Melaka? Sudahlah daripada tadi, Mahmud Shah tidak berhenti menundukkan kepalanya sebagai tanda hormat. Sepatutnya, Dewi Marianalah yang menundukkan kepala.  Dalam masa yang sama juga, Dewi Mariana tidak dapat bersabar untuk menunggu malam esok. Malam di mana dia akan mendengar bacaan Al-Quran dan alunan zikir. Walaupun dia bukanlah seorang penganut agama Islam tetapi dia rasa tenang.

  Seolah-olah zikir yang dia dengar berjaya membuatkan hatinya tidak gundah-gelana, bebas daripada rasa resah walaupun sebesar zarah. Bahkan, dengan mendengar alunan zikir juga seperti satu jalan bagi seorang Dewi Mariana untuk berhenti berfikiran negatif.

Dewi Mariana: Berputiknya Cinta Di Fantasi Kedua (SU)Where stories live. Discover now