bab 11

351 45 0
                                    

SELESAI sahaja mengemas, Dewi Mariana berjalan menuju ke arah kamar lenanya. Tangan kiri naik memicit bahu kanan, terlalu penat dia ini hari. Tiba sahaja di hadapan kamar lena, langkah Dewi Mariana terhenti apabila melihat Mba Melati yang sedang menunggunya.

"Mariana." panggil Mba Melati. Dewi Mariana cuma diam tidak menjawab.

"Jika kau tidak keberatan, bisakah Mba berbual sebentar sama kamu nak?" soal Mba Melati sambil memandangnya. Dewi Mariana mengangguk lalu berjalan mendekati Mba Melati.

"Ada apa yang mahu Mba bualkan sama saya?" soal Dewi Mariana. Mba Melati menarik nafas dan melepaskannya.

"Bagaimana hari-harimu di sini? Amankah kau tanpa sebarang gangguan?" Mba Melati menyoal. Dewi Mariana mengangguk.

"Aman, bahkan jiwa dan perasaan Mariana juga langsung tidak terganggu."

"Makankah kau hari-hari? Pernahkah kau sakit?"

"Sepanjang Mariana berpijak di bumi Melaka, Mariana tidak pernah jatuh sakit. Dan selera makan Mariana juga bertambah Mba. Mengapa Mba? Ada apa Mba menyoal saya semua ini? Irikah Mba melihat saya bersenang-lenang di tanah Melaka?"

  Dengan begitu kejam, Dewi Mariana menyoal Mba Melati. Seolah-olah segala dendam kesumat dilepaskan terhadap ibu tirinya. Mba Melati cuma menggeleng lemah.

"Sepanjang Mariana berpijak di bumi Melaka, hampir setiap hari Mba risau, bagaimana keadaanmu. Cukupkah makan kamu di sini? Selesakah tempat tinggal kamu?"

"Mba sudah lihatkan? Mba sudah lihat sama mata Mba sendiri bagaimana saya bahagia di bumi Melaka. Sudahlah Mba, saya mengalu-alukan kedatangan Mba sekeluarga. Mau menumpang tidur, makan saya tidak kisah Mba. Tapi tolonglah Mba, saya mohon Mba supaya tidak mengambil kira hal Mariana lagi. Mariana sudah dewasa Mba. Sudah besar, sudah bisa menguruskan hidup Mariana sendiri. Tidak saya nafikan yang Mariana terhutang budi sama Mba..." Dewi Mariana berhenti seketika.

"Satu saja yang Mba mahu minta dari Mariana. Bisa gak Mariana tunaikan?" soal Mba Melati. Dewi Mariana terdiam seketika.

"Maunya apa Mba?'

"Bisakah kau memanggilku dengan gelaran 'ibu'? Walaupun sekali, Mba sangat menghargainya, Mariana." tutur Mba Melati. Dewi Mariana menggeleng perlahan.

"Maaf Mba, Mariana sedar bahawa Mba Melati banyak jasanya buat Mariana. Namun bagi Mariana Mba bukanlah ibu Mariana." balas Dewi Mariana, nadanya diturunkan sedikit. Tidak mahu hati tua Mba Melati kecewa.

"Tapi bukankah ibu sambung itu tetap seorang ibu?"

Dewi Mariana menggeleng.

"Maaf Mba, Mariana tidak mampu untuk memanggil Mba Melati dengan gelaran ibu. Maaf." Dewi Mariana menundukkan kepalanya dan masuk ke dalam kamar lenanya. Mba Melati pula masih lagi berdiri di tempat yang sama, langsung tidak berginjak walaupun seinci.

"Benarlah kata orang-orang terdahulu, walau sekuat mana aku mencoba aku bukanlah ibu kandung. Walaupun Mariana bukan lahir dari rahimku, ku tetap sayangkan Mariana. Sekuat mana pun Mariana cuba menafikan, ku tetap di sini berpegang teguh bersama satu prinsip iaitu aku ialah ibu Mariana. Walaupun sekadar ibu sambung."

.

.

JELITA PURNAMA duduk di hadapan suaminya. Suasana di ruang makan itu cuma sunyi tanpa bicara siapapun. Bahkan Tunku Mahmud Shah sibuk me jamah lempeng pisang yang dimasak oleh tukang masak diraja. Jelita Purnama cuma diam tidak mengganggu suaminya.

"Mengapa kakanda tidak menyuruh Jelita yang buatkan lempeng?" soal Jelita Purnama. Tunku Mahmud Shah mengangkat muka memandang isterinya.

"Tidak perlu. Adinda sakit, bagaimana mahu masak? Melihat raut wajahmu sahaja pasti semua orang sudah tahu bahawa adinda sakit. Mahu berjalan sudah tidak larat, apatah lagi mahu memasak." balas Tunku Mahmud Shah bersama dengan nada yang mengejek. Jelita Purnama diam tidak menjawab.

"Yang sakit cuma kaki, bukannya tangan. Adinda masih lagi mampu untuk memasak dan memenuhi segala keperluan kakanda. Tidak perlulah kakanda melayani adinda sebegini sekali. Walaupun hati kakanda sudah terpaut buat Dewi Mariana, namun hormatlah Jelita sebagai isteri kakanda."

"Masih mampu memenuhi segala keperluanku? Huh, zuriat sahaja tidak mampu kau beri apatah lagi yang lain."

  Tunku Mahmud Shah bangun dan meninggalkan Jelita Purnama seorang diri di ruang makan diraja. Jelita Purnama bangun lalu berlari mendapatkan suamunya, biarlah kakinya sakit sekalipun asalkan dia dapat menyoal suaminya.

"Kakanda!" jerit Jelita Purnama. Tunku Mahmud Shah yang sedang berjalan menuju ke arah luar istana terus terhenti, dia beralih memandang Jelita Purnama.

"Tiada lagikah ruang buat adinda di hati kakanda?"

Tunku Mahmud Shah menggeleng.

"Yang ada cumalah Dewi Mariana?"

Tunku Mahmud Shah diam.

"Jawab kakanda, benar atau tidak..."

"Bagaimana kalau pertanyaan Jelita itu benar?" soal Tunku Mahmud Shah pula.

"Jelita sendiri yang akan masuk meminang Dewi Mariana buat kakanda, mengikut adat melayu."

.

.

JELITA PURNAMA berjalan mendapatkan Tun Teja yang sedang menghirup udara segar di kebun Istana Melaka. Dayang yang bertugas untuk menemani Tun Teja terus menepuk perlahan bahu Tun Teja untuk memaklumkan bahawa Jelita Purnama datang menemuinya.

"Ada apa kamu ke mari Jelita?" soal Tun Teja. Jelita Purnama menundukkan kepalanya sedikit sebagai tanda hormat buat ibu mertuanya.

"Izinkan Jelita membuat keputusan, bonda."

"Keputusan apa Jelita?"

"Jelita akan menghantar rombongan meminang buat kakanda Mahmud Shah. Besok petang. Malam ini Jelita akan arahkan dayang-dayang semua membuat persiapan untuk menghantar rombongan meminang."

Tun Teja terdiam seketika.

"Bonda tidak izinkan."

"Ini adalah satu arahan, bukannya pertanyaan buat bonda sama ada bonda izinkan atau tidak..." Jelita Purnama berjeda seketika lalu berjalan mendapatkan ibu mertuannya.

"... Menurut pawang, penyakit misteri Jelita juga sudah merebak dan tidak mampu untuk disembugkan. Anggap sajalah ini sebagai pengganti Jelita. Sekurang-kurangnya jika Jelita sudah tiada, kakanda tidaklah kesunyian dan meratap pemergian Jelita."

"Tiada penyakit yang tidak dapat disembuhkan, jika dengan izin Allah pasti Jelita boleh sembuh. Usahlah berputus asa, pasti penyakitmu itu boleh dirawat."

Jelita Purnama menggeleng.

"Jelita terima bonda jika takdir Jelita begini. Tidak kasihankah bonda buat Jelita? Sejak kahwin, sudah bertahun lamanya Jelita menanggung sakit misteri ini bonda. Setiap hari ada sahaja herba dan minuman tradisional yang perlu Jelita minum. Bahkan, hampir setiap hari Jelita perlu berjumpa sama tok pawang. Setiap malam, Jelita pasti tidak dapat tidur dek kerana menanggung sakit..."

"... Kasihanilah Jelita bonda. Kasihanlah sama kakanda. Sepatutnya, sebaik sahaja Jelita sama kakanda bernikah, tugas Jelita ialah melayani dan memberikan kakanda zuriat. Namun Jelita tidak mampu memberi kakanda zuriat hanya kerana penyakit misteri ini. Kakanda memerlukan zuriat sebagai penyambung garis keturunan Melaka."

"Tetapi sanggupkah Jelita berkongsi kasih, melihat Mahmud Shah bermesra sama wanita yang lain? Bagaimanapun, isteri kedua Mahmud perlu tinggal di Istana ini juga. Sanggup Jelita?"

  Bersungguh-sungguh Tun Teja menyoal menantunya itu. Risau juga jika menantunya itu tersilap langkah, tambahan pula Jelita Purnama sakit, risau jika keputusannya dibuat berdasarkan emosi semata-mata. Tidak sanggup dia. Dia sendiri sudah menyanyangi Jelita Purnama seperti anak kandungnya sendiri.

"Jelita sanggup bonda."

Dewi Mariana: Berputiknya Cinta Di Fantasi Kedua (SU)Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin