bab 24

507 47 2
                                    

PINTU kamar dibuka, Dewi Mariana mengambil sepasang baju yang disediakan oleh pihak Istana Melaka. Alhamdulillah hasil perbincangan dia dan Tunku Mahmud Shah semalam, akhirnya suaminya itu membenarkan juga untuk dia memulakan latihan silatnya itu. Siap sahaja menyalin baju, Dewi Mariana keluar dari kamarnya. Mariati mula berjalan di sisi Dewi Mariana.

"Di manakah tempat latihan silat itu Mariati?" soal Dewi Mariana.

"Di luar perkarangan Istana Melaka."

"Ouh iya, sebelum itu kalau boleh saya ingin berjumpa sama Tuanku Permaisuri terlebih dahulu. Tidak silap saya, Tuanku Permaisuri berada di dapur sebentar tadi."

  Langkahnya tadi yang diatur untuk menuju ke luar istana, diubah menuju ke arah dapur. Tiba sahaja di dapur, dapat dia lihat Tuanku Permaisuri Tun Telani yang sedang sibuk memotong bawang untuk memasak kerana esok hari Istana Melaka akan mengadakan makan-makan sama rakyat jelata. Tujuan majlis makan-makan itu dibuat juga untuk memberitahu rakyat bahawa Dewi Mariana ialah bakal permaisuri mereka.

"Ada apa Mariana ke mari?" soal Tuanku Permaisuri Tun Telani. Kedua-dua tangannya ligat membersihkan bawang. Dewi Mariana cuma diam tidak menjawab. Dia maju beberapa langkah ke hadapan. Melihat pakaian yang dikenakan oleh menantunya membuatkan Tuanku Permaisuri Tun Telani tersedar.

"Latihan silatkah Mariana?" soal Tuanku Permaisuri. Dewi Mariana cuma mengangguk.

"Iya bonda. Oh sebelum itu, selesai sahaja latihan silat Mariana akan pulang lambat sedikit. Cadangnya mahu singgah ke rumah Mariana sebentar."

"Baik, pulang sebelum maghrib ya Mariana. Sudah pulang nanti, jamahlah masakan bonda ya. Bawalah sekali Rahman dan Mawar ke Istana Melaka ini."

Dewi Mariana tersenyum tipis.

"Baiklah bonda. Mariana pergi dahulu, Assalamualaikum."

  Dewi Mariana dan Mariati melangkah keluar daripada istana. Mereka berdua berjalan menuju ke arah tempat latihan silat sambil ditemani oleh beberapa orang pengawal istana. Tiba sahaja di gelanggang silat, dapat dia lihat terdapat seorang guru silat bersama beberapa orang yang lain.

"Ampun Tuan Puteri..." Guru silat tersebut meletakkan kedua-dua tangannya di atas kepala sebagai tanda hormat.

"Patik sangat berbesar hati sebaik sahaja pihak Istana Melaka memaklumkan bahawa Tuan Puteri berminat dalam mempelajari ilmu silat."

Dewi Mariana tersenyum.

"Silat ialah kebanggaan orang Melayu. Rugilah jika kerabat diraja Melaka sendiri tidak mempelajari apa itu erti silat yang sebenar."

.

.

SELESAI sahaja memasak, Tuanku Permaisuri Tun Telani duduk di kerusi yang disediakan. Syukur kerana semuanya sudahpun selesai. Baru sahaja mahu berehat, perhatian Tuanku Permaisuri Tun Telani beralih apabila melihat Tunku Mahmud Shah sedang berjalan menuju ke arah dapur.

"Bonda... jika tidak keberatan anakanda mahu berbual sedikit sama bonda." tutur Tunku Mahmud Shah. Tuanku Permaisuri cuma mengangguk.

"Ada apa yang anakanda ingin bicarakan?"

"Tujuan anakanda datang ke sini kerana mahu memohon maaf sama bonda atas keterlanjuran anakanda dalam mengatur bicara pada tempoh hari. Dari segenap atma, patik harap bonda dapat memaafkan anakanda." Tunku Mahmud Shah menundukkan mukanya, tanda dia begitu kesal atas keterlanjuran kata-katanya. Tuanku Permaisuri cuma mengangguk, dan bangun dari duduknya.

"Bonda sudapun memaafkan anakanda. Namun harapan bonda apa yang bonda katakan tempoh hari bukanlah sekadar menyiram air ke daun keladi. Hadamlah sebaik mungkin setiap butir bicara bonda itu."

  Tuanku Permaisuri berlalu pergi dari dapur. Atas arahan baginda permaisuri, tiada dayang yang mengikutnya seperti biasa. Cuma dia seorang sahaja. Ada tempat ingin dia tuju. Tiba sahaja di hadapan pintu masuk Istana Melaka, langkah kaki Tuanku Permaisuri Tun Telani terhenti apabila melihat rombongan Sultan Alaudin Riayat Shah yang baru sahaja pulang daripada luar negeri tiba di Istana Melaka.

"Ke manakah kau mahu pergi duhai adinda?" soal Sultan Alaudin Riayat Shah. Tuanku Permaisuri Tun Telani tersenyum tipis.

"Mahu ke satu tempat sebentar. Mengapa kakanda?" Kali ini giliran Tuanku Permaisuri Tun Telani pula menyoal suaminya itu. Serentak dengan itu air muka Sultan Alaudin Riayat Shah berubah. Mahu ke mana pula? Dengan tiada dayang.

"Kawasan itu di luar istanakah?"

Tuanku Permaisuri Tun Telani mengangguk perlahan, tahu sudah apa yang berlegar-legar di dalam fikiran suaminya itu.

"Jikalau begitu..." Sultan Alaudin Riayat Shah berpaling memandang Muhammad, salah seorang pengawal istana yang bertugas mengiringinya sewaktu dia berada di luar negeri.

"... Panggil beberapa orang dayang dan pengawal istana, iringi Permaisuri ke mana sahaja dia pergi." arah Sultan Alaudin Riayat Shah. Tuanku Permaisuri Tun Telani cuma diam tidak menjawab. Mahu membantah pun tiada gunanya juga.

"Sudah beberapa kali kakanda tegur, sedarlah bahawa kedudukan kamu itu ialah Permaisuri Melaka. Pasti banyak mata-mata yang memerhati. Jangan diikutkan sangat emosi kamu yang mahu bersendirian itu."

"Adinda cuma mahu melawat kubur Jelita. Tuanku tidak sedarkah, orang-orang di dalam istana seolah-olah melupakan Jelita Purnama sebaik sahaja anakanda kita itu bernikah sama Dewi Mariana?"

.

.

SELESAI sahaja latihan silat, Dewi Mariana yang diiringi Mariati dan beberapa orang pengawal istana mula bergerak menuju ke rumah lama Dewi Mariana. Tiba sahaja di rumah lama Dewi Mariana, Dewi Mariana turut dan mendapatkan Mawar terlebih dahulu.

"Sihat kamu ya Mawar?" soal Dewi Mariana. Mawar cuma mengangguk, kemudian perhatian Dewi Mariana beralih ke arah Rahman yang baru sahaja memunculkan diri.

"Sihat Rahman?" Rahman mengangguk.

"Beginilah Rahman, Mawar. Tujuan saya ke mari ada satu perkara yang ingin saya sampaikan." Dewi Mariana berjalan menaiki anak tangga satu-persatu dengan penuh berhati-hati. Kerusi yang disediakan, Dewi Mariana duduk manakala Rahman dan Mawar pula berdiri. Mariati dan pengawal istama duduk di bawah rumah sahaja.

"Mulai hari ini, tidak perlulah kalian berdua menjaga rumah ini lagi. Saya sudahpun berbincang sama Tunku, atas keizinan Tunku, Tunku mengizinkan saya untuk membawa kamu berdua ke istana. Mawar akan menjadi dayang saya sepenuh masa, tidak perlu lagilah kamu berulang-alik sebentar Istana Melaka sebentar ke rumah saya. Kamu akan menetap di Istana Melaka terus. Manakala Rahman pula, atas titah baginda Sultan, Rahman akan menjad pengawal khas buat saya."

Dewi Mariana diam seketika, mahu melihat reaksi Rahman dan Mawar. Lama-lama, mereka berdua mengangguk tanda setuju dengan perintah Dewi Mariana.

"Baiklah jika begitu, kemaslah barang-barang kalian semua." Dewi Mariana bangun dari duduknya. Dia menuruni anak tangga satu persatu, tiba sahaja di bawah rumah Mariati terus berjalan di belakangnya.

"Mariati..." Dewi Mariana bersuara seketika, Mariati yang duduk di sebelahnya terus beralih memandang Dewi Mariana.

"Ya Tuan Puteri, ada apa yang Ma-"

"Pulang sahaja ke Istana Melaka, ada beberapa perkara yang saya mahu kamu buat dan ada juga beberapa soalan yang saya mahu kamu jawab."

Dewi Mariana: Berputiknya Cinta Di Fantasi Kedua (SU)Where stories live. Discover now