bab 20

482 46 1
                                    

LARUT malam, Jelita Purnama lebih memilih untuk berkurung di dalam bilik daripada keluar. Selepas selesai sahaja pernikahan, Tunku Mahmud Shah dan Dewi Mariana terus masuk ke dalam bilik untuk berehat. Sakit di bahagian dada yang kian terasa, dibiarkan sahaja. Air rebusan halia yang diberikan oleh Permaisuri Tun Telani dibiarkan tidak terusik. Tambahan pula sakit di dada kali ini tidaklah terlalu teruk.

  Jelita Purnama duduk di atas kerusi kayu. Di sebelahnya ada satu meja kayu kecil. Surat yang dia tulis buat Tunku Mahmud Shah Jelita Purnama letak di atas meja kayu itu. Jelita Purnama mengukirkan senyuman tipis. Akhirnya dia dapat pergi dengan tenang. Melihat betapa bahagianya suaminya dan Dewi Mariana sebentar tadi membuatkan dia tenang. Jelita Purnama bangun dan berjalan menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk.

  Selesai sahaja mengambil wuduk, telekung disarung ke badan. Niat dilafaz, Jelita Purnama menunaikan sembahyang solat fardhu Isyak. Di sujud terakhir, mulut Jelita Purnama terkumat-kamit melafazkan kalimah suci. Namun, mulutnya terhenti apabila rasa sakit di dadanya mula terasa. Sangat sakit bahkan dia sendiri tidak mampu untuk meneruskan bacaannya. Jelita Purnama memejamkan matanya, cuba mencari kekuatan untuk menyambung kembali bacaan yang terbantut.

'Ya Allah, jika ini caranya kematian menjemputku, aku redha Ya Allah.'

  Sekali lagi, Jelita Purnama cuba untuk menyambung bacaannya namun kali ini terhenti apabila nafasnya mula tidak teratur. Rasa tidak puas bernafas, dibukanya mulut sedikit untuk bernafas  namun masih lagi sama. Kali ini, kaki dan seluruh tubuh Jelita Purnama tidak mampu bergerak kecuali mukanya sahaja.

  Minda tika ini, seolah-olah memutar kembali memori bermula dari dia kecil, menjadi anak dara, bertemu sama Tunku Mahmud Shah, jatuh cinta dan dia sama Tunku Mahmud Shah tika itu saling menyayangi. Kemudian, kenangan dimana dia disahkan tidak mampu memberi zuriat buat Tunku Mahmud Shah. Dan, momen dimana Tunku Mahmud Shah menyatakan dia jatuh cinta terhadap Dewi Mariana.

Nafas semakin tidak teratur.

Mulut mula terkumat-kamit melafazkan kalimah syahadah.

Sambil dia berdoa kepada Allah supaya merahmati perkahwinan Tunku Mahmud Shah dan Dewi Mariana.

Mata Jelita Purnama sudahpum terpejam rapat, menandakan bahawa riwayatnya sudah tiada. Yang tinggal cumalah jasad kaku yang sedang sujud ke Sang Pencipta.

.

.

TIBA sahaja Tunku Mahmud Shah dan Dewi Mariana di meja makan, mata Dewi Mariana bertindak mencari dimanakah Jelita Purnama. Tiada pula.

"Mariati, dimanakah adinda Jelita?" soal Dewi Mariana terhadap Mariati. Mariati terdiam sebentar, seolah-olah sedang berfikir.

"Menurut patik, mungkin Tuan Puteri berada di dalam kamar. Mahu patik panggil Tuan Puterikah? Sebentar ya." Mariati menundukkan kepalanya dan membuka langkah, namun langkahnya terhenti apabila Dewi Mariana menghalangnya.

"Tidak mengapa, biar saya saja yang pergi." Dewi Mariana berjalan menuju ke kamar Jelita Purnama. Pintu kamar dibuka, dapat dia lihat tubuh Jelita Purnama yang sedang berbaring di atas sejadah. Pintu kamar diketuk, untuk menyedarkan Jelita Purnama.

"Adinda Jelita, ayuhlah kita ke ruang makan. Kakanda Mahmud Shah, bonda dan ayahanda sudahpun menunggu."

Tiada respon.

"Adinda Jelita, ayuh kita menjamu selera." Sekali lagi Dewi Mariana memanggil Jelita Purnama namun tiada respon. Kali ini Dewi Mariana berjalan dan menepuk perlahan bahu Jelita Purnama. Digoncang perlahan bahu itu. Kali ini, tangan Jelita Purnama dipegang. Dewi Mariana tersentak. Cepat-cepat dia duduk dan kepala Jelita Purnama diletakkan di atas kedua-dua pahanya, tangan mula menepuk perlahan pipi Jelita Purnama.

"Adinda Jelita... bangunlah! Ini bukanlah masa yang tepat untuk bercanda."

"Adinda Jelita!"

Dewi Mariana mula resah, dia menjenguk ke arah luar kamar. Tiada siapa yang boleh dia panggil untuk membantunya.

"Kakanda! Kakanda! Kakanda Mahmud Shah!" jerit Dewi Mariana sambil menjenguk ke luar kamar. Tiada respon.

"Mariati! Mariati! Mariati! Kakanda! Kakanda! Tolong!"

  Tunku Mahmud Shah, Tun Telani, Sultan Alauddin Riayat Shah dan beberapa dayang yang lain termasuklah Mariati terhenti tingkah laku mereka dek terdengar jeritan Dewi Mariana.

"Itu bukankah suaranya Mariana? Mahmud pergi lihat apa yang sudah terjadi." arah Tun Telani. Tunku Mahmud Shah bangun dan berlari menuju ke kamar Jelita Purnama. Dapat dia lihat Dewi Mariana teresak-esak sambil memeluk tubuh Jelita Purnama.

"Mariana..."

"Adinda Jelita sudah tiada, wahai kakanda."

Serentak dengan itu tangan Tunku Mahmud Shah terus memegang pergelangan tangan Jelita Purnama. Sejuk dan tiada nadi.

"Innalillah hi waro jiun..." Tunku Mahmud Shah memandang Mariati yang sudahpun terkedu di pintu kamar.

"... Mariati, maklumkan kepada Permaisuri dan Sultan bahawa Jelita Purnama sudah kembali ke penciptanya."



.

.

SELESAI sahaja urusan kebumi dan bacaan yassin buat jenazah Tuan Puteri Jelita Purnama, penduduk Melaka dan ahli keluarga diraja mula beransur pergi dari situ. Yang tinggal di pusara itu cuma Dewi Mariana dan Tunku Mahmud Shah. Semenjak kematian Jelita Purnama, Tunku Mahmud Shah langsung tidak bersuara. Disuruh jamah sarapan, endah tidak endah sahaja.

Tangan Dewi Mariana naik memegang belakang Tunku Mahmud Shah.

"Ikhlaskanlah pemergian Adinda Jelita duhai kakanda... Adinda Jelita sudah sakit terlalu lama, mungkin menurut Allah sudah tiba masanya untuk Adinda Jelita berehat. Yang pergi, biarlah pergi." Dewi Mariana cuba memujuk Tunku Mahmud Shah. Tunku Mahmud Shah cuma diam tidak menjawab, sesekali tangannya naik mengesat air mata supaya tidak jatuh.

"Di dunia mungkin Adinda Jelita diuji, namun di sana nanti Allah akan memberikan kesenangan buat Adinda Jelita... Adinda Jelita sudah lama berjuang, tibalah masanya untuk Adinda Jelita berehat."

Senyap. Tiada langsung balasan daripada Tunku Mahmud Shah.

"Menurut Mariana... kejamkah kakanda?" soal Tunku Mahmud Shah. Dewi Mariana diam tidak menjawab.

"Sepatutnya, kakanda harus menjaga Jelita. Namun sebaliknya kakanda terus menerus mengejar Mariana. Bahkan, tika ini bagi kakanda, apa yang berlaku ianya adalah salah kakanda sendiri."

"Seringkali Jelita berusaha untuk memenangi hati kakanda. Namun entah kenapa hati kakanda ini keras seperti batu, tidak pernah lebur dek kelembutan Jelita. Bahkan sewaktu Jelita sakit terlebih dahulu, seringkali kakanda mengabaikannya. Segar lagi di ingatan ini, sewaktu Jelita menyoal kakanda tiada lagikah ruang buatnya di dalam hati kakanda. Dengan begitu angkuh dan bongkak kakanda menyatakan bahawa dia cumalah persinggahan bukannya perlabuhan kakanda."

"Ampunkan kakanda duhai Jelita." Tunku Mahmud Shah memegang tanah kubur itu. Sebelah tangan memegang tanah dan sebelah lagi memegang batu yang diletakkan di kubur.

"Ampunkan kakanda kerana sudah menyeksa Jelita. Jelaslah kakanda bukan suami yang baik buat Jelita. Namun ku mohon, supaya di sana nanti kakanda dapat berjumpa sama Jelita untuk memohon maaf."

Tunku Mahmud Shah mengangkat mukanya memandang Dewi Mariana yang berada di sebelahnya.

"Benarlah kata mereka, penyesalan ada neraka terdalam."

Dewi Mariana: Berputiknya Cinta Di Fantasi Kedua (SU)Where stories live. Discover now