bab 15

321 46 6
                                    

DEWI MARIANA berjalan keluar daripada Istana Melaka. Fikirannya tika ini tidak ubah seperti petir yang sabung-menyabung. Jiwa bergelora, hati resah memikirkan tentang masa hadapannya. Bagaimanakah dia jika berkahwin sama Tunku Mahmud Shah. Bahagiakah dia? Ataupun dia akan makan hati berulamkan jantung.

"Dewi Mariana!" satu suara garau yang menjerit memanggil namanya membuatkan Dewi Mariana cepat-cepat beralih. Dapat dia lihat Tunku Mahmud Shah yang sedang menaiki kuda sambil diiringi beberapa orang pengawal diraja yang turut menunggang kuda.

Mereka menuju ke arahnya.

  Tiba sahaja di hadapannya, Tunku Mahmud Shah turun daripada kudanya. Begitu juga dengan yang lain. Dewi Mariana cuma diam tidak berkata, sungguh dia terkejut melihat susuk tubuh figura dihadapannya ini. Jejaka inikah yang bakal menjadi suaminya?

"Dari manakah kamu duhai Mariana?" soal Tunku Mahmud Shah, nada yang digunakan juga lembut bak sutera. Dewi Mariana terdiam, terpana dek ketampanan Tunku Mahmud Shah.

"Patik daripada Istana Melaka Tunku. Tujuan patik ke sana ialah untuk membetulkan segala kesilapan yang berlaku.".

Tunku Mahmud Shah tersenyum kecil.

Membetulkan kesilapan?

"Membetulkan kesilapan? Apakah maksudmu Mariana?"

"Rombongan itu diterima oleh bapak patik, bukan patik sendiri. Bahkan kata putus sama ada menerima atau menolak rombongan itu juga tidak keluar dari mulut patik sendiri. Tunku mahu bernikah sama patik? Bernikah sama perempuan yang langsung tidak ada secebis perasaan buat Tuanku."

Tunku Mahmud Shah mengangguk.

"Mahu saja bernikah sama perempuan yang tidak punya perasaan sama saya. Cinta itu boleh dipupuk jika kena acuannya. Tidak usah kau risaukan, ku janji bahawa kau akan tidak akan makan hati berulamkan jantung. Kelak kau akan bahagia samaku Mariana. Itu sumpahku."

"Maaf ya Tunku, tapi Tunku sudah mempunyai isteri. Mengapa harus patik yang dipilih? Mengapa patik yang berada di dalam hati Tunku, bukan Tuan Puteri. Pernah Tunku terfikir betapa hancurnya hati Tuan Puteri apabila Tunku menyatakan hasrat Tunku untuk berisiterikan patik. Pernah? Sedangkan sewaktu Tuan Puteri sudah hidup, Tuan Puteri sendiri sudah makan hati memendam rasa dengan tinglah laku Tuanku. Apatah giliran patik pula nanti."

"Maaf, tapi patik tidak mahu hidup dalam kekayaan, disanjung tinggi seperti gunung, dihormati dan hidup bersayapkan wang kertas. Maaf. Tuanku boleh cari perempuan lain, bukan patik. Perkahwinan itu membawa banyak erti dan perubahan. Ianya juga satu pertaruhan."

Tunku Mahmud Shah diam tidak membalas, ditatapnya wajah suci Dewi Mariana itu.

"Tujuan saya ingin menikahimu itu banyak yang tersiratnya, kamu saja yang tidak sedar. Menikahimu, Jelita Purnama memberi dukungan buatku. Tentang saya dan Tuan Puteri biarlah takdir yang menentukan, seiring dengan waktu yang berjalan. Mengapa? Sudah ada yang menantimu wahai Mariana? Maaf jika aku sudah mengambil haknya yang lain. Namun, jika benar kau bukan milik yang lain..."

"... Izinkan aku menjadi suamimu."

Dewi Mariana terdiam.

"7 hari, patik akan pulang ke Istana Melaka semula untuk memberi jawapan."

.

.

TIBA di rumah, Dewi Mariana terus berlari masuk dan menguncikan diri di dalam kamar lenanya. Suara dan teriakan Dewa Marzuki dari luar langsung tidak dihiraukan. Dia rungsing, fikirannya bercelaru. Mahu sahaja dia hempaskan badannya ke sana ke sini, menyedarkannya bahawa ini semua hanyalah mimpi khayalan semata.

Namun tidak, ianya ialah realiti.

"Dewi..." suara Mawar daripada luar menjengah masuk ke dalam telinga Dewi Mariana. Dewi Mariana beralih memandang pintu, tiada langsung kudrat untuk membuka pintu apatah lagi bersua muka.

"Dewi baik-baik sahaja bukan? Jika ada apa-apa yang memerlukan bantuan, jangan risau ya Dewi. Mawar sentiasa ada bersama Dewi. Mawar dan Rahman sentiasa di sini, mendukung setiap langkah Dewi." tambah Mawar lagi. Dewi Mariana cuma menayangkan riak kosong, dan dalam masa yang sama juga dia bersyukur. Dia mungkin tidak merasa kasih sayang keluarga, namun dia juga berpeluang untuk merasai kasih sayang sesama sahabat.

"Terima kasih ya Mawar. Ku mohon, tinggalkan saya untuk bersendiri buat masa sekarang... Usah difikirkan tentang daku, ku baik-baik sahaja." balas Dewi Mariana. Mawar dan Rahman yang berada di luar pula cuma mengangguk, sedia maklum akan tingkah laku Dewi Mariana.

"Saya doakan semoga semuanya baik-baik sahaja buat Dewi. Dewi kuat walaupun ditimpa celaka silih berganti. Kuat ya Dewi." Kali ini Rahman pula memberi kata-kata semangat buat Dewi Mariana.

  Pergi sahaja Rahman dan Mawar, Dewi Mariana terus bangun dari duduknya. Kedua tangannya naik membuka jendela, dapat dia lihat laut yang jauh nun di sana. Berpusu-pusu kapal dagang masuk dan membayar tol yang dikenakan oleh pemerintah Melaka. Di balik kepesatan Pelabuhan Melaka, siapa sangka ada yang memendam rasa.

Dewi Mariana duduk di atas tikar mengkuang itu, tangannya menongkat dagu sambil pandangan dilempar memandang keluar.

Kata-kata pujukan Jelita Purnama masih jelas segar di dalam fikirannya. Terutama sekali sewaktu Jelita Purnama merayu, memintanya menerima rombongan meminang itu.

.

.

PINTU kamar dibuka dengan begitu perlahan, dari kanta matanya dapat dia lihat Jelita Purnama yang baru sahaja selesai mengaji Al-Quran. Tunku Mahmud Shah masuk ke dalam kamar dengan penuh perlahan.

"Sudah makan?" Jelita Purnama menyoal suaminya. Kedua-dua tangan Jelita Purnama naik melipat sejadah dan menyimpan kitab suci Al-Quran. Tunku Mahmud Shah cuma diam sambil memerhati tingkah laku sang isteri.

"Sudah makan atau belum?" soal Jelita Purnama lagi, kali ini dia memandang suaminya. Tunku Mahmud Shah mengangguk.

"Kakanda sudah bertemu sama Mariana?" soal Jelita Purnama.

"Sudah, kakanda terserempak sama Mariana di luar Istana Melaka petang tadi. Mengapa?"

"Saja bertanya. Sekurang-kurangnya lega jugalah hati adinda. Tidak perlu menanggung beban yang kian bersarang. Bagaimana kakanda sama Mariana tika ini? Baik? Ataupun ribut?"

"Ribut. Namun kakanda masih lagi boleh atasi ributnya Mariana. Tidak usah kau risaukan Jelita. Mariana akan baik-baik sahaja sama aku. Urus sahajalah hidup kau, akan ku tolong apa yang patut."

Jelita Purnama tertawa kecil.

"Urus hidup? Mahu urus apa lagi kakanda? Jelita kan sudah sakit, hidup pun bagai menunggu Malaikat Maut datang menjemput sahaja. Biarlah adinda membantu dan mengurus hidup kakanda."

Tunku Mahmud Shah menggeleng sambil tersenyum kecil.

"Tidak perlu duhai Jelita Purnama, aku sudah punya Dewi Mariana. Dewi Mariana yang akan menguruskan segala makan minum dan pakaianku. Yang perlu kau lakukan ialah menjaga kesihatan. Usah kau fikir bahawa kematian adalah pengakhiran sakit kau." tutur Tunku Mahmud Shah lalu melangkah keluar daripada bilik. Jelita Purnama jatuh terduduk di atas katil. Air mata mula menitik jatuh, kata-kata suaminya mula bermain di dalam fikiran.

'Mariana akan baik-baik sahaja sama aku.'

'Aku sudah punya Dewi Mariana. Dewi Mariana yang akan menguruskan makan minum dan pakaianku.'

Jelita Purnama tertawa kecil. Suaminya menyuruh untuk dia menjaga kesihatan? Untuk apa dia ingin menjaga kesihatan kalau pengakhiran penderitaan sakitnya selama ini ialah kematian? Bahkan tabib dan pawang diraja juga sendiri mengatakan bahawa tiada penawar yang boleh mengobati sakitnya ini.

Anggap sajalah dia meminang Dewi Mariana supaya suaminya itu tidak kesepian apabila dia sudah tiada.

Dewi Mariana: Berputiknya Cinta Di Fantasi Kedua (SU)Where stories live. Discover now