bab 27

190 19 0
                                    

KAKI Dewi Mariana dan Mawar mula melangkah masuk ke dalam kawasan pasar dagang itu. Kain ditarik supaya menutupi wajahnya itu.

"Ayuh, kita ke warung yang menjual minuman dan makanan terlebih dahulu." tutur Dewi Mariana. Mawar mengangguk dan membuntuti sahaja langkah Dewi Mariana. Tiba sahaja di deretan warung yang menjual makanan dan minuman, Dewi Mariana berjalan menyelit di antara satu sama lain. 

Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar sahaja urusan di pasar dagang Melaka.

  Kemudian perhatian Dewi Mariana dan Mawar beralih pula ke kawasan yang menjadi tumpuan para pedagang iaitu untuk membayar cukai kepada pembesar yang telah ditetapkan. Kali iji langkah mula dibawa ke arah para pedagang, tidak mendekati namun cukuplah memerhati. Kira-kira 10 minit Dewi Mariana memerhati, dia beralih memandang Mawar.

"Mawar ada mahu membeli apa-apakah?" soal Dewi Mariana. Mawar cuma menggeleng sahaja.

"Jika begitu, ayuhlah kita bergerak pulang ke istana semula." ujar Dewi Mariana. Baru sahaja mengorak beberapa langkah, langkah mereka berdua mati apabila sekumpulan jejaka menahan mereka berdua.

"Mahu ke mana wahai bunga yang mekar ini?" soal salah seorang jejaka di situ. Dewi Mariana cuma tertawa kecil.

"Bunga ini tidak lagi mekar. Usahlah ditahan, biarlah kami pulang."

"Di manakah rumahmu?" soal jejaka itu lagi.

"Berambuslah kau dari sini! Usah diganggu kami berdua! Kami punya kaki, bisa saja kami berjalan ke rumah. Gak perlu bantuan laki-laki!" kali ini nada Mawar mula naik seoktah.

"Eh kamu! Sudahlah menumpang di bumi Melaka masih berani lagi kamu melawan kami?"

"Argh!"

  Serentak dengan itu, sanggul Mawar dicengkam membuatkan Mawar serta-merta terdongak ke belakang. Tanpa melengahkan masa, Dewi Mariana terus menepis tangan yang mencengkam Mawar. Ditarik Mawar masuk ke dalam dakapannya.

"Berambuslah kalian dari sini! Usah kau dekati kami! Kelak kau kan menyesal!" Mawar bersuara sekali lagi.

"Menyesal? Untuk apa dikesalkan?" soal jejaka itu.

"Tuan Puteri!"

  Laungan yang keluar daripada mulut hulubalang istana membuatkan tingkah laku jejaka itu terhenti. Semua mata-mata di situ mula beralih memandang sekumpulan hulubalang yang mula mendekati Dewi Mariana dan Mawar. 

"Atas arahan Tunku Mahmud Shah, Tuan Puteri Dewi Mariana perlu pulang ke istana Melaka sekarang ini juga."


.

.

PANG!

SATU tamparan mengena tepat di pipi kanan Dewi Mariana. Berombak kencang dada Tunku Mahmud Shah menahan sabar.

"Mengapa Mariana melangkah keluar dari istana ini tanpa kebenaran kakanda?!" Memetir suara Tunku Mahmud Shah. Dewi Mariana diam, sedar akan kesalahannya.

"Apakah kakanda ini bukan suamimu? Berani kamu membelakangkan kakanda!"

"Mariana akui... Mariana salah. Namun salahkah buat Mariana untuk keluar berjalan-jalan buat seketika waktu?"

"Salah! Mariana keluar tanpa keizinan kakanda!"

"Iya Mariana akui itu salah Mariana! Namun jika Mariana memaklumkan kepada kakanda, kelak pasti kakanda akan menyuruh hulubalang mengikuti Mariana. Mariana mahu bebas tanpa peraturan istana buat seketika waktu! Tiada erti kebebasan lagikah buat Mariana?"

  Serentak dengan itu, Mariana berlalu pergi dari situ. Melintasi Tun Telani, sempat juga Mariana menundukkan tubuhnya sebagai tanda hormat buat ibu mertuanya.

"Pergilah berehat seketika Mariana. Bonda mengerti apa yang Mariana rasakan tika ini." tutur Tun Telani. Mariana cuma dian dan berlalu pergi dari sini.

.

.

TUNKU MAHMUD SHAH beralih memandang bondanya yang sedang berjalan ke arahnya. Sudah pasti, bondanya mahu bicarakan tentang dia dan Mariana.

"Usahlah anakanda terlalu berkeras dengan Mariana."

"Tapi tindakan Mariana kali ini seolah-olah membelakangkan anakanda, bonda. Mana boleh anakanda terima. Malah bagaimana jika berlakunya apa-apa terhadap Mariana sebentar tadi."

Permaisuri Tun Telani tertawa kecil.

"Nampaknya anakanda mungkin menganggap Dewi Mariana sebagai bayangan arwah Jelita Purnama."

"Maksud bonda?"

"Tidak bonda nafikan, keperibadian Jelita dan Mariana jauh berbeza. Jelita Purnama sifatnya itu lembut, manakala Mariana pula tegas. Namun, hakikatnya sifat Mariana lebih layak untuk menjadi Permaisuri, yakni pendamping anakanda jika anakanda menjadi Raja kelak. Namun nasihat bonda, usahlah anakanda terlaku berkeras dengan Mariana. Harus anakanda ingat, anakandalah yang memujuk Mariana habis-habisan supaya dia setuju untuk bernikah sama anakanda."

"Mariana itu, jiwanya memberontak mahukan kebebasan. Bonda akui, kadang kala bonda lihat Mariana seolah-olah tidak bahagia. Tambahan pula anakanda sering membuat keputusan tanpa memikirkan Mariana."

"Sudah-sudahlah dengan egomu yang menggunung. Tidak cukupkah dengan apa yang terjadi terhadap Jelita? Anakanda mahu perkara yang sama berulang kembali terhadap Mariana?" soal Permaisuri Tun Telani. Tunku Mahmud Shah melepaskan nafas berat.

"Usahlah diikutkan sangat rasa amarah di dalam hati. Kelak nanti anakanda yang akan menyesal. Di dalam bahtera perkahwinan pasti akan ada perbalahan, namun usahlah perbalahan tersebut dipanjang-panjangkan. " nasihat Permaisuri Tun Telani lagi sebelum baginda permaisuri bangun dan berlalu pergi dari situ.

"Dengan sifat dan keperibadian Mariana, bonda yakin Mariana past dapat membantu anakanda dalam memerintah empayar Melaka. Mariana berani dalam mengambil sebarang risiko, harus anakanda ingat tidak semua wanita berani dan berpegang pada prinsip seperti Mariana."

  Permaisuri Tun Telani berlalu keluar dari ruang tersebut. Sambil berjalan, hatinya terusik seolah-olah ada sesuati perkara buruk yang akan berlaku. Namun cepat-cepat dia menepis anasir-anasir jahat.

"Permaisuri." sapa salah seorang orang kanan Sultan Alaudin Riayat Shah.

"Ada apa-apa maklumat yang diperoleh daripada Sultan? Dimanakah Sultan berada tika ini?" soal Permaisuri Tun Telani. Orang kanan Sultan Alaudin Riayat Shah cuma diam tidak menjawab.

"Tiada sebarang maklumat yang diperoleh Permaisuri. Sudah puas patik mencari, namun tiada sebarang berita yang diperoleh. Bahkan patik sudah mengarahkan beberapa orang pengawal istana mencari, namun keadaan masih lagi sama. Tika ini, apa yang boleh patik katakan ialah lebih baik kita sama-sama berdoa semoga Tuanku Sultan di bawah lindungan Allah. Semoga baginda dapat pulang ke Bumi Melaka dengan selamat."


.

.

ZZAP!

"ARGH!" jerit satu suara garau. Rombongan Sultan Alaudin Riayat Shah terus terhenti apabila salah seorang pengawal istana yang bertugas, terkena panahan anak panah.

"Berhenti sebentar." arah Sultan Alaudin Riayat Shah. Baginda sultan terus keluar daripada kereta kuda tersebut. Dia berlari menuju ke arah pengawal yang sudah jatuh terduduk dek kerana betisnya terkena panahan anak panah.

"Pengawal, pergi lihat dan cari siapakah pemilik anak panah ini."

  Serentak dengan itu, dua orang pengawal berjalan menuju ke arah yang berlainan. Namun tidak lama kemudian, anak panah mula menyerang ke arah mereka. Setiap anak panah tersebut datang daripada arah yang berbeza, malah ramai juga pengawal istana yang tercedera dek kerana terkena panahan anak panah.

"Allahuakbar!" Laungan mula keluar daripada mulut Sultan Alaudin Riayat Shah. Dan,

Zzap!

Satu anak panah mengena tepat di bahagian dada Sultan Alaudin Riayat Shah.

Dewi Mariana: Berputiknya Cinta Di Fantasi Kedua (SU)Where stories live. Discover now