bab 3

578 69 2
                                    

BAJU yang disarung di tubuh, Dewi Mariana betulkan dan tarik supaya menutup punggungnya. Walaupun dia bukanlah penganut agama Islam, dan tiada agama tetapi sudah menjadi satu 'syarat' untuk dia memakai pakaian yang sopan. Sementara menunggu Mawar mengambil baranganya, Dewi Mariana turun ke bawah dahulu. Anak tangga di daki satu persatu.

"Masih lama lagikah Mawar?" soal Dewi Mariana. Mawar yang sedang menutup pintu terus beralih memandang majikannya.

"Sebentar ya Dewi!"

  Mawar menuruni anak tangga dan berjalan menuju ke arah Dewi Mariana yang sedang menunggunya. Seperti biasa, Mawar menundukkan kepalanya sedikit sebagai tanda hormat.

"Ayuh kita ke pasar dagang."

  Mawar dan Dewi Mariana mula berjalan menuju ke arah Pasar Dagang yang tidak terlalu jauh dengan rumah Dewi Mariana. Sambil berjalan, sempat juga anak mata Dewi Mariana memandang dan memerhati setiap kerenah pendatang dan penduduk di tanah Melaka ini. Dewi Mariana tersenyum tipis, dia beralih memandang Mawar sebaik sahaja Mawar memanggilnya.

"Ya Mawar?" soal Dewi Mariana kembali.

"Rahman ada maklumkan kepada saya tentang penabalan Sultan Melaka baharu. Dengarnya, anakanda Sultan Melaka yang akan mengganti kedudukannya. Dewi tahukah tentang itu?" soal Mawar. Dewi Mariana cuma menggeleng, selama sebulan lebih dia berhijrah ke Melaka, dia banyak habiskan masa dengan memanah dan menunggang kuda.

"Desas desus yang saya dengar, putera raja ialah seorang yang sangat tampan raut wajahnya. Sudah berpunya ataupun tidak, Mawar pun tidak pasti."

Dewi Mariana beralih memandang Mawar.

"Diam-diam ubi berisi juga ya kamu ini Mawar. Wajah kamu seolah-olah tidak tahu dan baik sahaja. Tapi rupa-rupanya, ada udang di sebalik batu!"

Mawar tertawa kecil sambil memegang
bakul.

"Benarlah kata Rahman tentang Dewi Mariana." ujar Mawar secara tiba-tiba lalu beralih memandang Dewi Mariana. Dewi Mariana turut beralih memandang pembantunya itu, seolah-olah tidak faham dengan kata-kata Mawar.

"Maksud kamu, Mawar?" soal Dewi Mariana.

"Dewi bukanlah seorang yang bengis. Bahkan sewaktu pertama kali saya melihat Dewi, hati saya seolah-olah berbelah bahagi sama ada mahu terus bekerja bersama dengan Dewi ataupun pulang ke Tanah Jawa. Tetapi, jiwa nurani saya mula berubah apabila sudah lama berkhidmat sama Dewi. Dewi baik orangnya."

Dewi Mariana tersenyum tipis.

  Sampai sahaja di Pasar Dagang, Dewi Mariana dan Mawar berjalan menuju ke arah warung yang menjual herba dan juga ubat-ubatan tradisional. Sedang sibuk membelek, tingkah laku dua saudari itu berhenti apabila semua orang yang berada di situ mula mengundur beberapa tapak ke belakang. Mawar juga turut mengundur belakang, cuma Dewi Mariana yang masih sibuk membelek ubat-ubatan tradisional di situ.

  Seorang jejaka dengan susuk tubuh yang agak sasa mula berjalan dan berdiri di sebelah Dewi Mariana. Jejaka itu tersenyum tipis, tangannya juga turut naik membelek ubatan dan herba di situ.

"Kamu masih baru lagi di Melaka?" soal jejaka itu. Dewi Mariana terus beralih memandang jejaka itu sebaik sahaja suara jejaka itu berputar di gegendang telinganya.

"Iya, masih lagi baru. Mengapa kamu--"

"Kenalkan, Mahmud Shah." balas seorang lelaki. Dewi Mariana beralih memandang ke arah Mahmud Shah pula, satu senyuman dilemparkan kepada jejaka yang bernama Mahmud Shah dan seorang lagi jejaka yang berdiri di sebelah Mahmud Shah. Namun di sebalik senyuman itu, terbit juga rasa ragu-ragu dengan laki-laki yang berada di hadapannya. Tinggi sangatkah darjatnya sehinggakan mereka yang berada di situ terus berlalu pergi ke warung lain.

  Selesai sahaja mengambil herba dan ubat-ubatan tradisional, Dewi Mariana membayar dengan harga yang sudahpun ditetapkan.

"Dewi..." bisik Mawar sebaik sahaja Dewi Mariana selesai membeli herba dan ubat tradisional. Dewi Mariana beralih memandang Mawar.

"Ayuh pulang. Lebih bagus kalau kita pulang sekarang Dewi." tambah Mawar lagi. Dewi Mariana pula sudah berkerut dahinya, mahu pulang? Sudah kenapa, tiada angin tiada ribut tiba-tiba sahaja mahu pulang. Ada apa-apa yang akan terjadikah?

"Mengapa Mawar?"

"Sebaik sahaja Dewi selesai berbicara dengan jejaka itu tadi, rata-rata mereka yang berada di sini memandang Dewi bersama dengan satu pandangan yang sukar untuk ditafsirkan. Ayuh kita pulang Dewi."

Dewi Mariana mengangguk.

  Keluar sahaja dari Pasar Dagang itu, Dewi Mariana terus beralih memandang Mawar. Banyak persoalan yang berlegar-legar di dalam kepalanya. Seakan-akan faham dengan jiwa Dewi Mariana yakni majikannya sekarang ini, Mawar terus beralih memandang majikannya.

"Siapakah jejaka yang berbual sama saya tadi Mawar?" soal Dewi Mariana.

"Jejaka yang berbual sama Dewi tadi ialah..."

"... Kerabat Diraja Tanah Melaka."

.

.

ZZAP!

ZZAP!

ZZAP!

  Tiga anak panah mengena tepat di arah yang ditetapkan. Tunku Mahmud Shah menyimpan kembali anak panah. Kaki mula berjalan menuju ke arah kerusi kayu, segelas cawan yang berisikan air kosong diteguk. Sedang memperbetulkan nafasnya, Tunku Mahmud Shah beralih memandang ke tepi. Matanya naik melihat seorang wanita sebaya dengannya.

"Ada apa kamu ke sini?" soal Tunku Mahmud Shah. Gelas tadi diletak kembali. Wanita itu mula berjalan dan berdiri betul-betul di sebelah Tunku Mahmud Shah. Senyuman mula terukir di bibir wanita itu.

"Mengambil angin."

"Sudah mahu mati, masih lagi mahu ambil angin? Jangan terlalu egois."

Serentak dengan itu, senyuman wanita itu mati. Melihat Tunku Mahmud Shah yang sudah berlalu pergi dibiarkan sahaja.

"Kamu Tuhan? Mampu meramal yang saya akan mati?" balas wanita itu, pedas.

"Saya memang bukan Tuhan. Tapi kalau sudah siang malam kamu merungut dan menganggap yang kamu akan mati--"

"Sepatutnya kau yang peelu bantu untuk pulihkan semangatku. Tapi sayang, kau juga turut menganggap yang aku akan mati." pintas wanita itu. Tunku Mahmud Shah beralih memandang wanita itu. Anak panah diambil dan...

ZZAP!

"Aku sayangkan kamu, tapi kalau Tuhan sudah berkata kun faya kun, maka jadilah ia. Aku tak mampu untuk melawan kuasa Tuhan. Kita cuma manusia, setinggi mana pun darjat aku di Tanah Melaka. Aku cumalah manusia yang hidup bergelumang dengan dosa di mata Tuhan..."

"... Hidup, mati di tangan Tuhan. Lawanlah dengan sepenuh kuasamu sekalipun, Allah itu mahu berkuasa. Kuasa Allah tiada tandingannya."

ZZAP!

Satu anak panah dilepaskan.

"Tiada tujuan untuk aku hidup lagi, kakanda. Sudah sakit, bahkan aku juga tidak mampu untuk memberimu zuriat dan juga penerus keturunan diraja Melaka. Hinanya aku tika ini, tiada juga tujuan untuk aku terus hidup." tutur wanita itu. Tunku Mahmud Shah melepaskan nafas kasar. Kakinya mula berjalan menuju ke arah wanita itu, jarak di antara Tunku Mahmud Shah itu sangat dekat.

"Sudah jelas tujuan hidup, Inna sholati wannusuki wamahmati lillahirabbil'allaamiim. Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku hanya untuk Tuhan semesta alam."

Dewi Mariana: Berputiknya Cinta Di Fantasi Kedua (SU)Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu