bab 22: Kematian Puteri Hang Li Po

661 64 6
                                    

DEWI MARIANA berjalan masuk ke dalam kamar lena dia dan Tunku Mahmud Shah. Selesai sahaja solat berjemaah di Masjid Melaka, Dewi Mariana terus pulang ke Istana manakala Tunku Mahmud Shah pula sibuk menyantuni rakyat. Dewi Mariana duduk di atas katil, berehat sebentar.

"Assalamualaikum." satu suara garau mula menjengah, Dewi Mariama terus mengangkat mukanya. Dapat dia lihat wajah Tunku Mahmud Shah. Tunku Mahmud Shah berjalan masuk ke dalam kamar dan duduk di sebelah isterinya.

"Waalaikumussalam. Arjunaku sudah mahu lenakah?" soal Dewi Mariana. Tunku Mahmud Shah cuma menggeleng perlahan.

"Tidak, lagi pula tubuh ini masih lagi bertenaga dan tidak merasa lelah. Mengapa kau menyoalnya duhai Mariana?" soal Tunku Mahmud Shah pula. Dewi Mariana cuma diam, mafas diambil. Risau juga dia mahu menyuarakan hasratnya yang satu ini.

"Mariana mahu menyoal arjuna satu perkara."

"Perkara apakah itu?"

"Bonda mahu supaya Mariana meneruskan semula latihan silat dan memanah. Menurut bonda ianya juga bertujuan un-"

"Tidak! Kakanda tidak setuju." Tunku Mahmud Shah memintas laju. Dewi Mariana tergamam buat seketika, serentak dengan itu Tunku Mahmud Shah bangun dan menarik tangan Dewi Mariana. Mereka berdua keluar daripada kamar mereka. Langkah demi langkah, mula diatur. Sampai sahaja di hadapan pintu masuk ruang perjumpaan, Tunku Mahmud Shah terus merempuh masuk.

"Bonda, ada perkara yang ingin anakanda bincangkan tika ini." tutur Tunku Mahmud Shah. Tuanku Permaisuri Tun Telani cuma tersenyum tipis.

"Assalamualaikum duhai bangsa melayu? Dimanakah terletaknya nilai seorang melayu yang mementingkan adab?"

  Sindiran halus yang keluar daripada mulut Tuanku Permaisuri Tun Telani membuatkan Tunku Mahmud Shah tersenyum sinis. Sungguh indah setiap bait-bait mutiara yang keluar daripada mulut bondanya itu.

"Ya, memang benar orang melayu itu sangat mementingkan adab dan juga adat. Namun tidakkah biadab jika seseorang itu mencampuri urusan yang tidak perlu dia campuri?" Kali ini giliran Tunku Mahmud Shah pula membidas bondanya itu. Tuanku Permaisuri cuma diam dan bangun dari duduknya. Dia maju beberapa tapak untuk memandang wajah anakandanya itu.

Tunku Mahmud Shah melepaskan tangan Dewi Mariana.

"Burung serindit terbang melayang,
Terhenti hinggap di ranting mati,
Bukan ringgit dipandang orang,
Tetapi budi bahasa yang dipandang."

  Serangkap pantun keluar daripada mulut Tuanku Permaisuri Tun Telani.

"Tidak sedarkah kau bahawa insan yang sedang kau berkata-kata ini ialah insan yang bertarung nyawa melahirkan engkau? Dimanakah terletaknya rasa hormat yang bonda terapkan sejak kecil?!"

Tunku Mahmud Shah terdiam buat seketika waktu, seolah-olah tersedar akan kekhilafannya dek kerana terlalu ikutkan hati dan mulut yang lancang.

"Ampun bonda." Tunku Mahmud Shah menundukkan kepalanya, begitu juga dengan Dewi Mariana.

"Namun tidakkah bonda sedar yang bonda sudah keterlaluan kerana mencampuri urusan rumah tangga anakanda? Dewi Mariana ialah hak anakanda bukannya bonda. Ini bermakna, anakanda berhak membuat keputusan ke atasnya tidak kiralah sama ada ianya baik atau buruk."

  Mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Tunku Mahmud Shah itu membuatkan Tuanku Permaisuri Tun Telani tersenyum sinis. Sudah dia duga apa makna di sebalik kata-kata anakandanya itu.

"Maksud anakanda, anakanda tidak berkenan sama sekali sama titah bonda yang meminta Dewi Mariana untuk belajar bersilat?"

"Ya. Benar sama sekali bonda."

"Tidakkah anakanda membaca kitab-kitab sejarah terlebih dahulu? Tidakkah anakanda sedar bahawa kemungkinan peristiwa Puteri Hang Li Po berkemungkinan akan berulang kembali? Sudah lupakah anakanda, ketika Melaka di bawah pemerintahan Sultan Mansur Shah. Sudah kau lupa peristiwa yang pernah bonda dan ayahanda ceritakan?"

"Maksud bonda?" Entah dari mana, Dewi Mariana seolah-olah mendapat kekuatan untuk menyoal Tuanku Permaisuri Tun Telani. Ada apa dengan Puteri Hang Li Po?

"Benarlah jangkaan bonda sama sekali. Apa sahaja hikayat sejarah yang pernah bonda, ayahanda dan para ulama ceritakan langsung tidak melekat di hati anakanda. Bahkan Dewi Mariana juga tidak tahu apa yang terjadi terhadap Puteri Hang Li Po."

  Tuanku Permaisuri Tun Telani beralih berjalan ke arah Dewi Mariana. Tiba sahaja di hadapan Dewi Mariana, Tuanku Permaisuri Tun Telani cuma diam tidak berkata-kata. Begitu juga dengan Dewi Mariana.

"Banyak lagi perkara dan sejarah tentang Melaka yang Mariana tidak tahu. Namun itu tidak mengapa Mariana, belajarlah sejarah. Sejarah itu luas ilmunya. Tetapi tidak semua mahu pelajarinya."

  Tuanku Permaisuri Tun Telani beralih ke arah lain. Dia berjalan mengelilingi ruang perjumpaan itu.

"Puteri Hang Li Po. Puteri Hang Li Po ialah isteri keempat, Sultan Mansur Shah. Ketika itu tidak dinafikan, para pemerintah Melaka akan berkahwin dengan orang luar memandangkan ianya ialah salah satu cara untuk meluaskan kawasan jajahan Melaka dan juga untuk hubungan diplomatik. Atas arahan ayahandanya sendiri, Puteri Hang Li Po berkahwin dengan Sultan Mansur Shah atas hubungan diplomatik..."

"... Sebagai hadiah perkahwinan, Sultan Mansur Shah menitahkan supaya istana kecil dibina buat Puteri Hang Li Po. Di dalam istana tersebut, terdapat juga beberapa dayang. Perkahwinan mereka, sangat bahagia. Namun zehinggalah satu tragedi berlaku yang meragut nyawa Puteri Hang Li Po. Ianya bermula apabila Putera Samura datang ke Melaka untuk merebut semua kekayaan Melaka dan juga ingin merampas Puteri Hang Li Po."

"Tidak cukupkah buat anakanda untuk ambilnya sebagai satu pengajaran?" soal Tuanku Permaisuri Tun Telani.

Tunku Mahmud Shah diam.

"Jangan terlalu fasik anakanda! Sedarlah bahawa Melaka ini banyak musuhnya. Jangan terlalu yakin bahawa Melaka tidak akan dijajah oleh siapapun!"

"Bumi Melaka ini bumi berdaulat! Mustahil jika Melaka akan dijajah memandangkan Melaka mempunya hubungan persaudaraan yang kuat dengan Turki Uthmaniyyah. Pertahanan Melaka sudah cukup kuat bonda, dan anakanda masih lagi tidak mengerti. Mengapa bonda memaksa Mariana untuk belajar silat. Mariana ialah isteri anakanda, anakanda yang akan melindunginya."

Tunku Mahmud Shah mengundur beberapa tapak ke belakang, begitu juga dengan Dewi Mariana.

"Rambut sama hitam, namun isi hati tiada siapa yang tahu. Jangan terlalu yakin anakanda bahawa Melaka ini akan aman dan damai. Sedarlah, semakin maju empayar Melaka semakin ramai kuasa asing yang menunggu detik kejatuhan Melaka. Bonda tidak terkejut jika suatu hari nanti barat datang menyerang Melaka. Tidak bonda nafikan, pahlawan Melaka kuat-kuat belaka. Namun yang kuat itu cumalah tubuh badan mereka bukannya iman mereka. Anakanda yakin, jika mereka ditawarkan harta benda dan wanita mereka masih lagi bertegas tidak akan mengkhianati bumi Melaka?"

Tuanku Permaisuri Tun Telani berjalan merapati Tunku Mahmud Shah.

"Jika diukur dari segi kedaulatan, mustahil Melaka akan jatuh jika diserang oleh mana-mana kuasa asing. Namun, perlulah anakanda sedar bahawa Melaka juga boleh jatuh kerana 'orang dalam'. Melaka tidak akan jatuh kerana kelemahan tentera. Tetapi Melaka akan jatuh jika ada bendahara atau pembesar yang menjadi gunting dalam lipatan dengan membongkarkan maklumat rahsia Melaka."






.

Announcement:

Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada pembaca yang baru sahaja berjumpa dengan story ini. Dan kepada pembaca lama, saya ucapkan terima kasih kerana sudi menyokibg saya.

Alang alang menyeluk pekasam biarlah sampai ke pangkal lengan.

Alang alang itu, biarlah saya sampaikan hasrat saya.

Awalnya saya bercadang untuk unpublish story ini, kerana tiada sambutan. Namun takdir berpihak pada saya, cerita ini mendapat sambutan. Dengan ini, selesai sahaja novel ini saya akan self-publish story ini, memandangkan tak ramai publisher yang sudi terima novel genre historical fiction

Ada, namun syaratnya yang agak ketat.

Terima kasih daun keladi kerana sudi membaca novel ini. Segala salah silap ianya datang dari saya.

Dewi Mariana: Berputiknya Cinta Di Fantasi Kedua (SU)Where stories live. Discover now