bab 25

501 42 4
                                    

SULTAN ALAUDIN RIAYAT SHAH bersandar di katil, selesai sahaja solat Baginda Sultan memilih untuk berehat di dalam kamar buat seketika waktu. Pintu kamsr diketuk dari luar, Tuanku Permaisuri Tun Telani masuk ke dalam kamar sambil membawa secawan teh herba.

"Ini buat kakanda." Cawan tersebut bertukar tangan. Sempat juga Baginda Sultan mengucapkan terima kasih buat Tuanku Permaisuri Tun Telani.

"Sepanjang ketiadaan kakanda di sini, bagaimana dengan setiap tingkah laku Mahmud Shah?" soal Sultan Alaudin Riayat Shah. Mendengar persoalan yang keluar dari mulut baginda, air muka Tuanku Permaisuri berubah serta-merta. Mahu tidak mahu terpaksalah juga dia ceritakan hal yang sebenar.

"Menurut adinda Mahmud tidak mampu lagi untuk memerintah Melaka. Bagaimana mahu memerintah Melaka jika arahan dinda sahaja dia bangkang? Bahkan Mahmud juga terlalu mengikut emosi. Tidakkah kakanda sedar, betapa banyak risiko jika kakanda menyerahkan jawatan kakanda kepada Mahmud. Yakin bahawa Mahmud akan memerintah Melaka dengan aman?"

Sultan Alaudin Riayat Shah terdiam buat seketika waktu.

"Menurut adinda, Mariana lebih matang berbanding Mahmud."

Baginda Sultan melepaskan nafas berat.

"Bagaimana ini adinda, sudah puas kakanda menasihatinya. Namun apa yang kakanda lihat apa yang kakanda ajar dan nasihatkan ianya ibarat menuang air ke daun keladi. Hancur belur hati kakanda sebaik sahaja mendengar jawapan adinda. Harap kakanda sewaktu kakanda pergi ke luar negeri, Mahmud dapat menunjukkan kewibawaannya dalam memerintah Melaka. Namun apa yang kakanda tafsirkan, Mahmud seolah-olah tidak mampu memerintah Melaka. Bahkan Mahmud kini menjadi buah mulut di kalangan rakyat apabila dia berkahwin sama Mariana."

Sultan Alaudin Riayat Shah bangun dari bersandar. Kedua-dua tangannya diletakkan di belakang badan. Tika ini, hatinya sibuk memikirkan tentang anak lelakinya itu. Seringkali dia dengar para ulama menegur Sultan Mahmud Shah yang sering bertindak tanpa mengikut kawarasan akal bahkan ada juga segelintir tindakannya yang bertentang dengan agama Islam. Mahu tidak mahu, terpaksa jugalah Baginda Sultan sendiri turun tangan dalam menyelesaikan masalah perilaku anakandanya itu.

"Apa yang menjadi buah mulut penduduk Melaka? Ini sudah mencemar kerabat diraja Melaka sama sekali." Tuanku Permaisuri bangun dari duduknya.

"Sewaktu pihak Istana Melaka mengumumkan akan mengadakan majlis pernikahan Mahmud sama Mariana, ada juga beberapa orang rakyat bersuara dengan mengatakan bahawa Mahmud ingin bernikah sekali lagi bukan atas dasar hubungan antara dua empayar dan politik tetapi untuk mendapat zuriat." 

"Beginilah adinda, usahlah kau ikutkan apa yang menjadi buah mulut rakyat. Ketahuilah bahawa apa yang kakanda risaukan tika ini adalah Mahmud Shah. Umur kakanda pun sudah tua, namun Mahmud masih lagi tidak berubah."

"Sudah berkali-kali adinda menasihati Mahmud supaya tidak terlalu ikutkan hati. Namun seperti biasa, Mahmud langsung tidak mengambil kira nasihat Mahmud. Dalam masa yang sama juga adinda serba salah dengan Mariana. Dapat adinda lihat Mariana seolah-olah makan hati berulamkan jantung dengan anakanda Mahmud Shah." Tuanku Permaisuri berjalan merapati Baginda Sultan. Sultan Alaudin Riayat Shah beralih memandang isterinya.

"Makan hati berulamkan jantung? Maksud adinda?"

"Seringkali adinda lihat, wajah Mariana itu seolah-olah ada masalah. Kemudian  anakanda juga sering mengetepikan Mariana dalam membuat apa-apa keputusan. Barangkali Mariana terasa hati."

"Tertanya juga adinda, anakanda itu tidak mengambil iktibarkah atas apa yang berlaku terhadap Jelita Purnama? Jelita sendiri pernah cakap pada adinda, dia rela mengorbankan kebahagiaannya buat Mahmud Shah asalkan suaminya itu bahagia. Namun apa yang adinda lihat Mahmud Shah kini langsung tidak memanfaatkan peluang kedua ini sehabis baik. Beginikah caranya bakal sultan Melaka?"

.

.

TUAN PUTERI DEWI MARIANA duduk di atas kerusi yang disediakan. Di ruang itu, anak matanya tidak lepas daripada memandang Mariati.

"Beritahu semuanya pada saya. Tentang Jelita Purnama."

"Bermula dari asal-usulnya, bagaimana dia dan Tunku Mahmud Shah, apa masalah yang dihadapi dalam bahtera perkahwinan mereka. Dalam erti kata lain, semuanya."

Mariati menghembus nafasnya berkali-kali.

"Baiklah Tuan Puteri... Arwah Jelita Purnama ialah seorang puteri daripada keluarga bangsawan. Ayahnya ialah salah seorang pembesar istana manakala emaknya pula ialah pedagang yang berhijrah ke bumi Melaka. Dari kecil, keluarga Jelita Purnama sangatlah rapat dengan keluarga Sultan tika ini. Sangat rapat bahkan jika peha kiri dicubit paha kanan juga turut terasa. Namun, apabila Jelita Purnama genap umur 9 tahun bondanya meninggal dunia akibat penyakit misteri. Puas pawamg diraja mencari herba dan cara untuk menyembuhkan bondanya..."

"... Namun takdir berkata demikian. Bermula dari itu, Jelita Purnama cuma ada ayahandanya sahaja. Kemana sahaja, pasti Jelita Purnama teringat akan ayahandanya. Sehinggalah satu hari, ayahandanya terkorban di dalam peperangan. Tika itu, hati Sultan hancur lebur apabila pembesar kesayangannya terkorban. Kemudian atas titah permaisuri sendiri, Jelita Purnama diangkat sebagai anak angkat Sultan. Namun layanannya tidak ubah seperti anak kandung."

"Tatkala Jelita genap berumur 17 tahun, Tunku Mahmud Shah menyuarakan isi hatinya terhadap Tuanku Permaisuri dengan mengatakan bahawa dia menyimpan rasa buat Jelita Purnama. Alhamdulillah, dengan izin Allah semuanya berjalan lancar. Bermula daripada majlis pertunangan sehinggalah majlis perkahwinan. Semuanya dipermudahkan, bahkan Tunku Mahmud Shah dan Jelita Purnama juga sangat bahagia tika itu."

Mariati berjalan mendekati Dewi Mariana.

"Namun semuanya berubah, apabila Tunku mula mendesak Jelita tentang zuriat. Bahkan ketika itu, sikap Tunku Mahmud Shah juga turut berubah. Daripada seorang suami yang penyayang, berubah menjadi dingin. Bahkan hampir setiap malam Jelita Purnama menangis. Puas merantau ke sana ke sini, mencari herba dan rawatan supaya Jelita Purnama sembuh. Namun apakan daya, penyakit misteri Jelita Purnama berakhir dengan kematian."

Dewi Mariana bangun dari duduknya. Dia berjalan merapati Mariati.

"Bagaimana pula soal pernikahan saya sama Tunku Mahmud Shah? Adakah Jelita Purnama benar-benar redha di hati atau sekadar di mulut sahaja?" soal Dewi Mariana.

"Benar. Jelita Purnama sendiri yang mengizinkan Tunku Mahmud Shah berkahwin sama Tuan Puteri. Tipulah jika Jelita Purnama tidak sedih, namun setelah dia sendiri pergi melihat Dewi Mariana akhirnya teka-teki dan 1001 persoalannya terjawab. Benarlah kata Tunku Mahmud Shah, dari raut wajah Dewi sahaja cukup untuk meluluhkan hati jejaka di luar sana. Bahkan Jelita Purnama sendiri mengakui bahawa Dewi Mariana mempunyai auranya yang tersendiri."

"Tegar sungguh hati Jelita Purnama mengizinkan saya untuk bernikah sama suaminya sendiri. Jika saya yang berada di situ, entah betapa hancurnya hati." tutur Dewi Mariana lalu berjalan pergi dari situ.

"Tidak perlulah Dewi Mariana rasa serba salah sama Jelita Purnama. Menurut Jelita Purnama, lambat-laun pasti Allah menjemputnya pulang. Sangatlah tidak adil jika Jelita Purnama tidak mengizinkan Tunku Mahmud Shah berkahwin sama Dewi Mariana. Menurut Jelita Purnama, dia tidak mahu Tunku Mahmud Shah keseorangan jika dia sudah tiada di dunia ini lagi. "

Dewi Mariana: Berputiknya Cinta Di Fantasi Kedua (SU)Where stories live. Discover now