bab 19: Perkahwinan Diraja

464 44 0
                                    

Aku tak taula tapi bagi aku bab ni sgt cliche. Maybe sebab bab kahwin?

.

HARI INI, adalah hari dimana Dewi Mariana dan Tunku Mahmud Shah disatukan. Di pihak Dewi Mariana pula, daripada malam semalam sudah gundah-gelana dia memikirkan tentang perkahwinan yang akan terjadi ini. Terdetik juga di hati, ingin membatalkan perkahwinan ini di saat-saat akhir. Namun memikirkan air muka Sultan dan Permaisuri, terus dibatalkan saja keinginannya itu.

"Dewi Mariana... sudah siapkah?" soal Dayang Istana Melaka dari luar. Beberapa orang dayang dan mak andam dihantar ke rumahnya untuk menyiapkan Dewi Mariana. Akad nikah akan berlangsung di Masjid Melaka, tempat yang sama juga Dewi Mariana memeluk agama Islam.

"Sebentar ya..." Mak Andam yang bertugas untuk menyiapkan Dewi Mariana membetulkan baju yang tersarung di tubuh Dewi Mariana. Siap sahaja semuanya, Dayang yang bertugas membantu Mak Andam menyiapkan Dewi Mariana berlalu keluar dari bilik untuk memaklumkan bahawa pengantin sudah siap.

"Sudah siap ya?" soal Dewi Mariana. Mak Andam tersebut mengangguk. Dewi Mariana bangun dari duduknya, lalu keluar dari bilik sambil didampingi oleh Mak Andam dan Mawar. Mawar yang berdiri di belakang Dewi Mariana tersenyum, cantik sungguh majikannya hari ini.

"Dewi Mariana..." Panggil salah seorang dayang.

"Kalau sudah siap, ayuhlah kita menuju ke Istana. Kereta kuda daripada Istana Melaka sudahpun tiba di hadapan rumah, ayuhlah Dewi Mariana. Usah ditangguhkan lagi."

Dewi Mariana mengangguk.

  Dewi Mariana mengangguk lalu berjalan keluar rumah. Sambil berjalan, penduduk Melaka dan semua yang berada di situ menundukkan kepala mereka sebagai tanda hormat buat bakal Permaisuri Melaka. Dewi Mariana tersenyum manis.

.

.

JELITA PURNAMA duduk di atas katil. Tangannya naik memegang dada, entah kenapa semenjak kebelakangan ini seringkali dia sukar bernafas. Menurut tabib, kemungkinan terlalu banyak angin di dalam badan.

"Baik-baik sahajakah Tuan Puteri?" soal Mariati lalu melutut di hadapan Jelita Purnama. Jelita Purnama mengangguk, tangan kirinya naik memegang bahu Mariati.

"Apabila Mariana sudah tiba, panggil saya ya. Saya mahu melihat pernikahan suami saya sama Mariana. Usah dirisaukan tentang saya, pergilah membantu Permaisuri menguruskan pernikahan ini. Jika Permaisuri bertanya, beritahu sahaja bahawa saya berada di dalam kamar." arah Jelita Purnama. Mariati mengangguk lalu meninggalkan Jelita Purnama seorang di dalam kamar lenanya.

  Pergi sahaja Mariati, Jelita Purnama bangun dari duduknya. Tangannya membuka sedikit jendela yang menutup biliknya, dari pandangan matanya dapat dia lihat kereta kuda yang membawa Dewi Mariana dan keluarganya sudah tiba. Namun, tubuh Dewi Mariana jatuh terduduk apabila sakit di dadanya mula mencengkam. Merah padam mukanya dek menahan sakit. Air rebusan halia yang terletak di atas meja cepat-cepat dia capai dan minum.

  Terkumat-kamit mulut Jelita Purnama istighfar mengingat Allah dan melafazkan dua kalimah syahadah sambil tangannya naik mengurut dada. Kedua-dua mata, dia pejam serapat mungkin.

'Ya Allah, jika engkau ingin mengambil nyawaku ambillah sebaik sahaja aku melihat pernikahan suamiku.'

.

.

TOK KADI, Para pembesar dan Para Ulama mula tiba bagi menghadiri perkahwinan diraja itu. Begitu juga dengan rakyat Melaka yang turut berkumpul di dalam dan luar istana untuk menyaksikan detik-detik penyatuan di antara Tunku Mahmud Shah dan Dewi Mariana.

Dewi Mariana: Berputiknya Cinta Di Fantasi Kedua (SU)Where stories live. Discover now