Bab 1

1.6K 128 7
                                    

Tahun 1490-an.

Empayar Kesultanan Melaka.

Tahun dimana semua empayar dan dinasti mula berkembang pesat. Tidak turut serta juga Kesultanan Melayu Melaka yang hari demi hari, waktu berganti waktu semakin bertambah pesat dan jayanya. Tambahan pula apabila pelabuhan Selat Melaka mula menjadi tumpuan umum setiap dinasti dan empayar dari setiap pelusuk dunia.

Sebuah kapal yang berasal daripada selatan India dan China mula menuju ke arah pelabuhan Selat Melaka, sampai sahaja di pelabuhan, kapal diparkir mengikut peraturan dan tatacara yang ditetapkan. Pintu kapal mula terbuka luas, barang-barang seperti tembikar, barangan antik dan lain-lain mula dibawa keluar. Sementara menunggu pekerja-pekerja yang lain membawa keluar barang, seorang wanita yang mengenakan baju kurung tradisional, ditambah pula dengan sanggul di kepala mula melangkah keluar dari kapal.

Dia,

Dewi Mariana.

Seorang gadis sunti kacukan Cina-India. Dia berjalan menuju ke arah sebuah jejaka yang segak mengenakan pakaian baju melayu. Jejaka itu menundukkan sedikit kepalanya tanda hormat kepada Dewi Mariana.

"Jemput ke mari Dewi." Jejaka itu mengangkat kepalanya. Dewi Mariana mengangguk lalu berjalan bersama-sama jejaka itu. Sambil berjalan sempat juga dia perhati suasana di Pelabuhan Selat Melaka yang sangat padat dengan kedatangan pedagang dari lain-lain dinasti.

  Sampai sahaja di hadapan kereta kuda, Mariana terus naik ke atas kereta kuda tersebut. Lelaki itu sekali lagi menundukkan kepalanya sebagai tanda hormat kepada Mariana.

"Kamu tidak ke mari sekali?" soal Mariana. Jejaka itu hanya menggeleng.

"Tidak mengapa Dewi, saya akan beransur kemudian. Selamat jalan, semoga Tuhan lindungi setiap langkah perjalanan kamu." tutur jejaka itu. Dewi mengangguk sebelum kereta kuda yang membawa Dewi Mariana beransur pergi dari situ.

  Sepanjang perjalanan mata Dewi Mariana tidak lepas daripada memandang luar. Ada yang sedang berdagang, ada juga beberapa orang anak kecil yang sedang berlari berkejar-kejaran. Dewi Mariana tersenyum tipis.

"Maaf kerana menyoal, adakah Dewi berhijrah terus ke Melaka? Ataupun berada di sini sekitar beberapa hari sahaja?" soal pembawa kereta kuda itu. Dewi Mariana tersenyum tipis. Dia menggeleng perlahan.

"Bergantung kepada keadaan. Tapi mengikut turut kata hati saya, saya mahu berhijrah ke Melaka terus. Kenangan lama pahit bagaikan kopi, aku jamin. Jika kenangan lamaku ialah kopi, tiada siapa yang minum kerana kepahitannya." tutur Dewi Mariana penuh dramatis.

Pemandu kereta kuda itu tersenyum.

"Biarpun 1000 tahun berlalu, Dewi Mariana ialah Dewi Mariana. Keras jiwanya seperti batu."

.

.

SEEKOR kuda mula berlari sambil membawa seorang anak dara yang sedang memanah. Setapak demi setapak, kuda tersebut berlari di atas rumput kehijauan.

Zzap!

Satu anak panah mula mengena kepada papan kayu.

Zzap!

Satu anak panah pula mengena pada penghujung papan kayu.

Zzap!

Satu anak panah terkena nyaris-nyaris di kaki jejaka kira-kira dalam akhir 30-an itu yang sedang berjalan ke arahnya. Kuda yang membawa Dewi Mariana mula berjalan menuju ke arah pemuda itu, Dewi Mariana turun menjejak kaki di tanah.

"Ada apa yang membawa kamu ke mari?" soal Dewi Mariana sambil tangannya ligat menyimpan anak panah yang digunakan. Jejaka itu tersenyum. Anak mata Dewi Mariana beralih memandang seorang gadis sunti kira-kira umur awal 20-an.

"Siapa gadis ini? Cinta hati kamukah Rahman?" soal Dewi Mariana. Rahman cuma menggeleng kepalanya. Tangannya naik menunjuk ke arah gadis sunti itu.

"Dewi Mariana... Kenalkan, pembantu dan juga teman jiwa dan jasad kamu sepanjang kamu berada di Tanah Melaka." tutur Rahman. Dewi Mariana tersenyum kepada gadis sunti itu.

"Siapa nama kamu wahai si gadis?" soal Dewi Mariana. Gadis sunti itu tersenyum tipis dan menundukkan kepalanya.

"Nama Tuan Hamba ialah Mawar."

Dewi Mariana mengangguk.

"Mulai hari ini, Mawar akan menjaga dan menemani Dewi Mariana. Harapnya Dewi dapatlah suaikan diri." tambah Rahman lagi. Dewi Mariana mengangguk, sebuah beg yang berisikan anak panah diberikan kepada Mawar.

"Tugas kamu bermula hari ini, Mawar."

   Sampai sahaja di sebuah rumah kayu yang agak besar, Dewi Mariana terus masuk, manakala Rahman pula cuma berdiri di luar. Mawar teragak-agak untuk masuk. Sebelum melangkah masuk ke dalam rumah, sempat juga Dewi Mariana beralih memandang Mawar.

"Mulai hari ini, Mawar akan diberikan satu bilik khas memandangkan Mawar akan sentiasa berada dengan Dewi. Harap Mawar dapat menghormati dan menurut perintah Dewi Mariana." tutur Rahman. Mawar mengangguk namun masih lagi teragak-agak untuk masuk.

"Masuk Mawar. Janganlah tersipu malu, anggap saja ini seperti rumah kamu." tambah Dewi Mariana. Rahman di sebelah sudah mengangkat tangannya tanda menyuruh Mawar untuk masuk. Mawar mengangguk lalu berjalan menaiki rumah kayu itu. Bag yang berisikan anak panah diletak di luar halaman rumah.

"Masuk Mawar."

"Baik Dewi."

.

.

KAKI mula berjalan menuju ke pasar dagang. Anak mata Rahman tidak berhenti memandang suasana di pasar dagang yang agak sibuk, tambahan pula kedudukan lokasi pasar dagang dan pelabuhan Melaka tidak jauh jadinya ramai pedagang yang datang berehat dan membeli belah di sini. Tiba sahaja di satu kedai kopi yang sentiasa menjadi pilihan hati, Rahman duduk di tempat yang disediakan.

"Rahman, mahu minum apa kamu?" soal wanita dalam lingkungan umur 50-an. Rahman tersenyum.

"Macam biasa, kopi kosong sahaja ya." Wanita itu mengangguk lalu beransur pergi dari situ. Sementara menunggu kopinya, tangan Rahman naik menggaru kepalanya. Terlalu pening kepala dengan tingkah laku Dewi Mariana, merangkap majikannya seorang itu. Tetapi dalam masa yang sama juga bersyukur juga dia, kerana Dewi Mariana tidaklah terlalu cerewet seperti ayahandanya iaitu Dewa Marzuki.

  Atas sebab-sebab tertentu juga dan atas arahan Dewa Marzuki juga, Dewi Mariana disuruh untuk berhijrah dan mulakan kehidupan baharu di Empayar Melaka. Tidak dinafikan, kedudukan dan kestabilan ekonomi Melaka menjadi salah satu punca juga mengapa Dewi Mariana setuju untuk berhijrah ke Melaka.

  Dewa Marzuki dan Dewi Mariana, walaupum hubungan anak dan bapa itu seringkali tegang kerana ego masing-masing namun tidak dapat dinafikan bahawa mereka berdua mempunyai satu persamaan iaitu jiwa dan semangat mereka lebih kepada berlawan, seperti berlawan pedang dan juga berdagang. Jadi tidak hairanlah jika Dewi Mariana lebih memilih untuk berhijrah ke Melaka berbanding dinasti-dinasti yang lain.

  Sampai sahaja kopinya, Rahman terus meneguk kopi. Namun tingkah lakunya agak terhenti apabila orang-orang di sekitarnya mula berhenti dan menundukkan kepalanya. Rahman beralih ke belakang. Kornea matanya menangkap satu susuk figura putera diraja Melaka iaitu Tunku Mahmud Shah yang sedang membeli di pasar dagang itu.

  Rahman bangun dari duduknya sebaik sahaja selesai membayar kopinya. Di Melaka, golongam Diraja ialah golongan yang paling dihormati dan golongan teratas. Manakala golongan bangsawan, pembesar, ulama pula ialah golongan kedua yang dihormati. Rahman berjalan menuju ke arah kedai yang menjual baju-baju perempuan, dia mahu belikan untuk Mawar dan Dewi Mariana. Lebih-lebih lagi Dewi Mariana yang cukup suka mengenakan pakaian yang berbeza.

.

New Version. Okay or not? Thanks!

Dewi Mariana: Berputiknya Cinta Di Fantasi Kedua (SU)Where stories live. Discover now