AWISHMICA • 01

67.5K 2.2K 122
                                    

HAPPY READING

°°°°

SATU asrama mula bising kerana pengetua sekolah mengumumkan bahawa sekolah akan diberi cuti secara mengejut tanpa memberi sebarang sebab. Meesya Amanda menumpang kawannya, Syazwani selepas mendapat keizinan daripada ibunya.

Apabila mereka sampai di rumah ibu bapa Meesya, dia berterima kasih kepada ibu bapa Wani kerana menghantarnya. Selepas membawa barang-barangnya masuk, Meesya mencari pembantu rumah yang bernama mak Jah.

"Ibu dengan abah selalu sibuk ke sekarang?" tanya Meesya, dia duduk di meja makan manakala mak Jah sedang memasak, mak Jah telah diberitahu akan kepulangan anak majikannya itu selepas ayah Meesya menelefonnya tadi.

"Ye, sampaikan tak balik rumah pun ada, biasa puan dan tuan balik dalam pukul 12 malam macam tu, dalam pukul 7 atau 8 pagi keluar balik," terang mak Jah.

Meesya mengeluh.

'Ibu abah selalu macam tu...' bisik hati Meesya.

"Meesya nak makan tak ni?" tanya Mak Jah, Mak Jah tahu yang Messya kecewa dgn ibu bapanya, mesti dia mahu bermanja dan luangkan masa dengan ibu bapanya.

"Sekarang ni Meesya tak lapar lagi, nanti kalau Meesya lapar, Meesya makan," kata Meesya.

"Okey, pergi lah rehat dulu..." jawab Mak Jah.

Lalu Meesya bangun dan terus ke tingkat atas, ke bilik tidurnya.

Mak Jah pula hanya melihat Meesya naik ke biliknya, selepas memastikan meesya sudah masuk ke biliknya. Mak Jah pula mengeluh.

"Sekurang-kurangnya jumpalah anak tu tanya khabar," bisik Mak Jah, dia sebagai pembantu rumah hanya mampu menasihati Meesya untuk bersabar.

Jika mahu bercakap dengan majikannya, pasti dia akan dimarahi.

SETELAH lama Meesya di dalam bilik, akhirnya dia keluar dan terus turun ke bawah. Meesya keluar ke halaman rumah dan duduk di tepi kolam ikan.

Sekarang pun ibu bapanya masih lagi belum pulang ke rumah.

"Ibu selalu macam tu, abah pun sama..." ucap Meesya.

"Tak apa lah, saya kan ada," kata Khai.

Anak mata Meesya memandang ke tepi, ingin memandang Khai lalu dia mengeluh

"Memanglah awak ada tapi parents saya tu, sekurangnya pun balik la sekejap tengok saya,
ambil saya dekat sekolah pun jadi la..." kata Meesya. Air mata sudah mula bertakung, tunggu masa nak jatuh aje.

"Orang macam tu memang macam tu. Jangan sedih, saya ada, nanti tak cantik..." Khai mengelap air mata Meesya yang hampir jatuh. Dia cuba untuk menceriakan Meesya.

Dari jauh, Mak Jah melihat meesya bercakap seorang diri itu pergi ke arahnya. Pelik jugak mak Jah lihat meesya bercakap sorang-sorang.

"Meesya cakap dengan siapa?" tanya mak Jah, matanya liar mencari di sekeliling.

"Cakap dengan kawan, mak Jah..." jawab Meesya, dia berpaling ke belakang ingin memandang Mak Jah.

"Oh, jangan lama sangat dekat luar tu, dah lewat ni..." pesan Mak Jah.

"Okey mak Jah, nanti Meesya masuk" balas Meesya, dia senyum manis kepada mak Jah

"Mak Jah tidur dulu, kalau ada apa-apa pergi lah dekat bilik Mak Jah," tutur Mak Jah dan melangkah pergi.

HIS BABYPAU ©️Where stories live. Discover now