AWISHMICA • 03

37.9K 1.7K 181
                                    

RALIT Mak Jah memasak di dapur sehingga tidak sedar seseorang sedang berjalan mendekati dirinya.

"Macam mana dengan Meesya, Mak Jah?"

"Opocot mak kau!" latah Mak Jah, senduk yang dipegang dihalakan ke atas.

"Eh tuan, terkejut saya..." kata Mak Jah. Tangannya yang satu mengurut dadanya perlahan dan dia memandang ke arah majikannya, Dato' Hisyam.

"Minta maaf, Mak Jah," ucap Dato' Hisyam.

Mak Jah mengangguk kecil dan kembali menggaul masakannya yang sedang dimasak.

"Meesya terlalu letih je, tuan. Satu lagi saya nak cakap, tuan duduklah dulu..." kata Mak Jah lalu dia menutup api dapur.

Mak Jah bergerak ke arah meja dan mengambil satu surat, surat daripada Ariff untuk diserahkan kepada Dato' Hisyam.

"Nak cakap apa, Mak Jah?" tanya Dato' Hisyam dan dia duduk di atas kerusi.

Mak Jah melihat ke sekeliling, mencari seorang lagi. "Mana puan?"

"Ada dekat butik lagi," jawab dato' Hisyam.

"Macam ni tuan, Meesya mengidap ni..." Mak Jah menghulur surat yang tertulis semua laporan tentang keadaan Meesya.

Ariff sudah telah menerangkan semuanya di surat itu, jadi Mak Jah tidak perlu susah payah menerangkan kepada Dato' Hisyam. Surat itu dibaca dengan teliti oleh Dato' Hisyam.

"Skizofrenia?" tanya Dato' Hisyam.

"Macam mana dia boleh ada?" tanya Dato' Hisyam lagi.

"Maaflah kalau cara jawab saya jurang ajar, tapi tengoklah macam mana tuan dan puan layan dia," jawab Mak Jah.

"Haih..." Dato' Hisyam mengeluh perlahan.

"Saya naik dulu, kalau puan balik jangan cakap apa-apa tentang Meesya dekat dia," pesan Dato' Hisyam lalu bangun.

"Baiklah..." mak Jah menghatar Dato' Hisyam dengan anak mata sehingga hilang dari pandangan.

Langkah Dato' Hisyam ke arah tingkat atas, ke bilik anak perempuannya. Sampai di sana, dia tidak terus membuka pintu.

TOK! TOK!

"Meesya, abah masuk ye..." ujar Dato' Hisyam.

Pintu dibuka dan Dato' Hisyam masuk setelah mendengar keizinan daripada anaknya. Meesya hanya memandang kosong ke arah abahnya dan membiar sahaja Dato' Hisyam duduk disebelahnya.

"Abah dah dengar dari mak Jah tadi," kata Dato' Hisyam.

Meesya hanya mendiamkan diri dan langsung tidak menjawap Dato' Hisyam.

"Kita buat rawatan psikiatri-"

"Tak nak," belum habis Dato'Hisyam berkata, Meesya dengan laju memotong.

"Kenapa? Ini untuk kebaikan Meesya juga," kata Dato' Hisyam, suaranya mula tegas.

"Meesya tak nak. Kalau Meesya buat, siapa nak buat Meesya happy?" tanya Meesya.

"Kenapa pulak Meesya tak happy, Meesya ada ibu, abah dengan Mak Jah," pujuk Dato' Hisyam.

Bibir Meesya mengukir senyuman sinis.

"Bila? Bila abah dan ibu ada untuk gembirakan Meesya? Ibu dengan abah hanya pentingkan kerja daripada anak sendiri!" kata Meesya dengan suara yang agar tinggi.

HIS BABYPAU ©️Where stories live. Discover now