AWISHMICA • 04

40.4K 2.1K 502
                                    

DISEBABKAN Meesya masih lagi bawah jagaan doktor Ariff Darwish, dia tidak dibenarkan ke sekolah untuk rawatan. Sekarang, alhamdulillah keadaan Meesya semakin pulih dan boleh menerima semua itu.

Ini sudah masuk janji temu yang ketujuh untuk Meesya. Keadaannya juga sudah semakin pulih.

Ariff dan Meesya juga sudah semakin rapat, jika ada apa-apa. Ariff orang pertama yang Meesya akan berkongsi. Dan jika bayangannya muncul, Meesya selalu mencari Mak Jah atau pun Syazwani.

Pintu ditutup rapat oleh Ariff, dia sudah mahu pulang. Kerjanya sudah selesai, namun langkah berhenti apabila melihat pesakitnya masih berada di sini.

"Meesya, kau balik dengan siapa ni?" tanya Ariff, rawatan Meesya habis satu jam yang lalu tetapi kenapa dia masih dekat sini?

Meesya berpaling ke arah Ariff dan tersenyum. "Dengan abang Farhan tapi tak tahulah, tak sampai pun lagi."

Ariff yang sudah sedia maklum siapa Farhan hanya mengangguk, memang Farhan yang akan hantar dan mengambil Meesya dari Hospital.

"Alang-alang aku nak balik ni, biar aku yang hantar," pelawa Ariff.

"Tak apa lah, doktor. Saya dah banyak susahkan doktor," tolak Meesya, lagi pun sekarang sudah masuk waktu malam, dia takut terjadi apa-apa.

"Apa yang susah, sekarang ni dah malam, jom" kata Ariff, dia menarik tangan Meesya. Meesya pula hanya pasrah.

Namun Meesya tersedar yang Ariff menyentuh tangannya, dia terus menarik dan berjalan di sebelah Ariff. Meesya bukan seseorang yang membiarkan sesiapa sahaja menyentuh diri.

Sia tahu menyentuh yang bukan mahram baginya, adalah haram.

Selepas mereka keluar daripada Hospital, mereka berdua terus ke arah kereta milik Ariff, tiada sesiapa yang bercakap. Mereka masuk ke dalam, lalu Ariff terus mula memandu.

"Kau dah makan?" tanya Ariff di tengah-tengah perjalanan.

Meesya hanya mengangguk, tetapi itu tipu. Selepas rawatannya habis, dia hanya menunggu Farhan dan tidak ke mana-mana. Ariff hanya meneruskan sahaja perjalanan, manakala Meesya agak gelisah sedikit.

"Kau dah kenapa?" tanya Ariff.

Budak bernama Meesya Amanda memang tidak pandai nak duduk dengan diam agaknya, fikir Ariff. Ikat guna tali pinggang kereta tu baru tahu!

"Sa- Saya... Tak tahu, saya rasa berdebar sikit," jawab Meesya.

Ariff hanya diam, dia malas nak ambil tahu, perutnya lapar sekarang ini. Tidak lama kemudian, Ariff memberhentikan keretanya di depan restoran.

"Kita buat apa dekat sini?" tanya Meesya, dia nak balik cepat lah!

"Makan lah, takkan nak berniaga dekat sini," jawab Ariff.

Anak mata Meesya menjeling Ariff, orang tanya elok-elokkan!

"Tapi saya tak lapar..." ujar Meesya.

"Tak payah nak tipu, kalau kau tak lapar pun, aku yang lapar..." jawab Ariff lalu dia keluar daripada Chevrolet Camaro miliknya dan Meesya masih lagi terpinga-pinga.

"Kau nak aku dukung ke?" tanya Ariff.

Melihat Ariff melangkah ke pintu sebelahnya terus Meesya keluar daripada kereta. "Saya keluar sendiri!"

Gadis itu melangkah masuk bersama Ariff ke dalam Spice Grill Puteri Harbour dan memilih tempat yang kurang pelanggan. Seorang pelayan perempuan datang ke meja mereka dan memberikan menu kepada Ariff dan Meesya.

HIS BABYPAU ©️Where stories live. Discover now