AWISHMICA • 14

37.6K 1.4K 85
                                    

ARIFF membetulkan sedikit ototnya yang lenguh, dia sedang menghadap laptop dan Meesya masih lagi berada di atas ribanya. Tidur.

TING!

Ariff memandang telefonnya yang berada di sebelah laptop miliknya, mesej yang terpapar di skrin telefon dibaca. Ariff mengangkat tubuh Meesya dengan perlahan-lahan lalu dibawa ke arah katil dan membaringkan tubuh Meesya.

Ariff bangun semula selepas meletakkan Meesya, dia menuju ke arah meja yang diduduki tadi lalu laptop ditutup dan telefon diambil sebelum dia melangkah ke arah pintu keluar.

"Ada apa sampai kena mesej aku?" Ariff melangkah ke arah Rey dan Han yang sedang mengadap laptop milik Rey di kawasan meja makan.

"Tengok ni...." Rey menghalakan laptopnya ke arah Ariff.

Membulat mata Ariff melihat satu kebenaran yang sudah lama dirahsiakan. Satu surat sulit.

"Mana kau dapat?" tanya Ariff.

"Aku try hack lagi maklumat Dato' Hisyam dan ni aku dapat surat ni." jawab Rey.

Ariff duduk berhadapan dengan Han dan Rey.

"Kau pasti maklumat ni betul?" tanya Ariff lagi. Maklumat yang baru didapati ini sangat sukar untuk dipercayai, bagi dia.

"Aku dah pastikan tadi, dia tukarkan nama ayah sebenar Meesya dengan nama dia pada 19 tahun yang lepas, tapi aku masih lagi tak dapat nama sebenarnya ayah Meesya." terang Rey.

Ariff mengeluh perlahan, macam dia nak bagitahu Meesya hal sebenar?

Selama ini dia susah sangat nak cari maklumat Meesya, ada udang di sebalik batu rupanya. Tak hairanlah kenapa Datin Sarah dan Dato' Hisyam lepas tangan akan tanggungjawab mereka.

"Kejujuran yang menyakitkan lebih baik daripada kebohongan yang memalsukan kebahagiaan. Aku harap kau boleh bagitahu Meesya baik-baik." muncul Hariz daripada meja belakang meja yang diduduki oleh Ariff.

"Aku minta maaflah, tapi aku terdengar, jadi betullah?" kata Bella. Dia baru sahaja keluar daripada kawasan dapur dan ingin melangkah ke arah meja, jadi dia dengar sahajalah.

"Hm." itu sahaja balasan daripada Ariff, dia memandang makanan yang berada di tangan Bella. Macam yang isterinya punya...

Ariff melangkah ke arah dapur. Nanti-nantilah dia fikir, dia ingin menyiapkan makanan untuk Meesya nanti kalau si cengeng itu bangun mesti dia lapar.

"Budak tu nak makan apa?" Ariff membuka semua bekas bekalan makanan.

"Mana pergi makanan aku?" Ariff melangkah semula ke arah depan.

Meja yang diduduki oleh Bella dituju.

"Kau rembat makanan bini aku ke, Bella?" tanya Ariff.

"Bukan aku sorang je, tu kawan kau yang lain pun rembat jugak," jawab Bella. Tak nak diri disalahkan berseorangan.

"Makanan yang sihat semua kau rembat, tinggal yang segera je." kata Ariff.

Ariff melangkah semula ke arah dapur, terpaksalah dia memasak nasi goreng segera sahaja.

"Sorry, Ariff." Bella senyum seperti kerang busuk.

Ariff mengambil nasi goreng segara yang berada di dalam bekas. Selepas membaca arahan yang terpapar di belakang plastik itu, Ariff memasukkan nasi goreng itu ke dalam oven.

HIS BABYPAU ©️Where stories live. Discover now