AWISHMICA • 11

41K 1.6K 232
                                    

MEESYA BERJALAN mencari suaminya, dia sudah mula bosan. Apabila dia ternampak Ariff sedang menghadap komputer di meja, dia terus ke arah sana.

"Awak... Kita lambat lagi ke nak sampai?" tanya Meesya, dia berdiri di sebelah Ariff. Nak duduk di kerusi itu hanya untuk satu orang sahaja.

"Kita baru terbang 2 jam, mi amor. Ada 15 jam lagi..." jawab Ariff dengan ketawa kecil, tangan Meesya ditarik dan dia mengangkat tubuh itu duduk di atas pehanya.

"Lamanya" rungut Meesya. Kepadanya disandarkan pada dada Ariff, skrin laptop direnungnya.

"Apa ni, awak?" Meesya menunjukkan jarinya ke arah skrin laptop. Garisan yang turun naik seperti graf ditenung.

"Graf keuntungan syarikat daddy yang kembar pegang," jawab Ariff. Laptop ditutup bagi memberi perhatian kepada Meesya.

"Bosan ke, hm?" dia menundukkan sedikit kepalanya bagi melihat wajah si isteri. Pipi bulat Meesya diusap.

"Hm bosan. Saya nak makan," jawab Meesya. Wajah Ariff yang sangat dekat dengan wajah dia ditenung. Kenapalah suami dia handsome sangat?

"Tunggu dekat sini, mi amor" Ariff meletakkan Meesya ke atas seat dan dia bangun.

"Awak nak pergi mana?" hujung baju Ariff digenggam, dia malu sebenarnya kerana ada kawan-kawan Ariff yang berada tidak jauh daripada mereka.

"Ambil makanan, baby. Kejap je..." jawab Ariff. Ariff meninggal Meeeya di situ dan dia melangkah ke arah ruang makan kecil yang ada di dalam kapal terbang peribadi miliknya.

Meesya bangun berjalan ke arah Rey, rasa nak kacau orang. Dari tadi lagi dia tengok Rey hanya memberi tumpuan sepenuhnya kepada laptop di hadapannya. Tak bosan ke? Meesya perasaan antara kawan-kawan Ariff yang lain, Rey lah orang yang paling pendiam. Dia selalu dengan komputer dan headphone selalu ada di kepala. "Abang Rey."

"Hm?" balas Rey, dia memandang sekilas Meesya dan menunduk ke arah laptop semula.

"Abang Rey buat apa?" tanya Meesya.

"Kerja, puan." jawab Rey sepatah, dia bukan tak nak layan isteri ketuanya itu tetapi dia memang tengah sibuk dengan kerja.

"Oh..." Meesya baru perasan yang cara percakapan Rey seperti dia bukan orang melayu tetapi masih fasih dan jelas.

"Mi amor..." panggil Ariff, Meesya yang berada di tepi meja Rey membuat kerja dipanggil. Dia tak kisah jika Meesya berbual dengan kawannya kerana Meesya memang sepatutnya kena banyak bergaul dengan keadaan dia sekarang.

Meesya melangkah semula ke arah Ariff, makanan yang dibawa oleh Ariff dilihat.

"Jangan kacau dia, sayang. Dia tengah buat kerja penting," kata Ariff. Tubuh Meesya ditarik dan kedudukan mereka kembali seperti sebelum dia bangun mengambil makanan untuk Meesya tadi, di atas riba Ariff.

"Okay, awak." Meesya mengambil sudu besi dan oden yang masih berasap itu disuap ke dalam mulut.

"Awak buat ke?" tanya Meesya. kena dengan seleranya sekarang, memang dia berasa nak makan pedas. Tapi dia pelik, macam mana Ariff dapat makanan seperti ini di dalam kapal terbang ini?

"Sedap tak?" tanya Ariff, itu makan segara. Di dalam kapal terbang peribadi miliknya telah disediakan banyak makanan sebab dia tahu Meesya akan meminta. Lagi-lagi lepas dia menangis.

HIS BABYPAU ©️Where stories live. Discover now