AWISHMICA • 46

24.5K 1.2K 101
                                    

LANGKA MEESYA diberhentikan secara mengejut.

Tuan Addy dan Ariff memandang ke arah Meesya. Mereka baru sahaja ingin masuk ke dalam mansion puan Dilla tetapi Meesya tiba-tiba berhenti melangkahnya.

"Why, baby?"

"Kenapa, Mikayla?"

Tanya Ariff dan tuan Addy serentak. Mereka berpandangan sesama sendiri dan memandang semula ke arah Meesya.

"Mica kena panggil aunty Kylie, mama ke?" tanya Meesya polos.

Tuan Addy dan Ariff terus ketawa dengan soalan Meesya.

"ye, Mikayla. dia mama awak" kata tuan Addy. apa kena dengan anaknya ni?

Meesya meletakkan tangannya di dagu seperti berfikir, membulat mata Meesya bila dia mengingati sesuatu.

"Jadi abang Michael, abang kandung Meesya?" tanya Meesya.

"Ye, baby." kata Ariff. Mula dah perangai polos isterinya.

Meesya tersenyum dan memegang tangan Ariff lalu tangannya yang lagi satu memegang tangan tuan Addy, mereka melangkah masuk ke dalam.

Tuan Addy dan Ariff hanya mengikut, serentak mereka mengeleng kepala.

"Aunt- Eh! Mama dah tahu ke, papa?" tanya Meesya.

Langkah mereka berhenti sekali lagi akibat Meesya berhenti melangkah.

"Belum, papa dengan Ariff je." kata tuan Addy.

Bila mereka boleh masuk jika Meesya asyik berhentikan langkahnya?

"Mica ada idea!" Meesya menarik tangan Ariff dan tuan Addy masuk ke dalam mansion puan Dilla.

Kebetulan pula mereka semua memang berada di mansion puan Dilla.

Ariff dan tuan Addy hanya mengikut sahaja langkah Meesya. Apa yang bermain di dalam fikiran budak kecik ni?

"Mama!" Meesya melepaskan tangan tuan Addy dan Ariff lalu berlari ke arah puan Kylie.

"Eh Mikayla-"

"Baby-"

Belum sempat Ariff ingin melarang Meesya daripada berlari, tubuh puan Kylie dipeluk erat oleh Meesya.

Sabar je la Ariff.

Puan Dilla dan Mak Jah terpaku melihat Meesya berlari memeluk puan Kylie. Lagi-lagi bila Meesya memanggil puan Kylie menggunakan panggilan 'mama'.

Han dan Aisy yang bermain dengan Arash dan Aryan turut terkaku. Bukannya mereka tidak nampak Meesya memegang tangan Ariff dan tuan Addy.

"Meesya kenapa ni?" tanya puan Kylie, tubuh Meesya ditolak lembut.

"Mama!" panggil Meesya, dia dah mula mencebik ingin menangis lalu tubuh puan Kylie dipeluk erat.

Ariff hanya tersenyum memandang puan Kylie, dia melangkah mendekati puan Dilla.

"Dia dah tahu perkara sebenar." kata tuan Addy.

Tuan Addy memandang ke arah Ariff, dia memberi isyarat kepada Ariff.

"Papa bagitahu lah" kata Ariff.

"Papa?!" jerit puan Dilla dan Aisy bersama.

Apa kena dengan semua orang ni?

"Ariff lah." ujar tuan Addy.

Han dan Aisy melangkah mendekati Ariff. Apa yang susah sangat nak buka mulut ni?

HIS BABYPAU ©️Where stories live. Discover now