AWISHMICA • 16

36.7K 1.4K 127
                                    

TANGAN MILIK Meesya menepis sesuatu yang bermain di wajahnya dan selimut ditarik untuk menutupi seluruh wajahnya. Ariff perlahan-lahan menurunkan selimut itu dan pipi Meesya dicucuk-cucuk menggunakan jarinya, dia tersenyum sinis melihat wajah cemberut Meesya.

"Hmm!" Meesya memegang jari Ariff dan dijatuhkan ke bawah.

"Bangunlah, mi amor."

Ariff melepaskan jarinya dan pipi Meesya dicubit geram, susah sangat nak bangun.

"Emm, sakitlah awak." Meesya mencebik.

"Sorry, jom bangun, mandi. Lepas tu solat subuh," Ariff mengelus rambut Meesya.

"Hrmm" Meesya memeluk tubuh Ariff dan wajahnya disembamkan pada leher Ariff.

"Tak puas lagi ke semalam?"

Meeeya memukul dada suaminya, pagi-pagi dah gatal.

"Pergi mandi sebelum aku yang mandikan kau nanti, mi amor" ugut Ariff.

Meesya melepaskan pelukannya, wajah Ariff dipandang dengan pandangan tidak puas hatinya. Meesya pantas bangun bersama selimut di badannya, dia memalingkan muka ke arah Ariff namun cepat-cepat Meesya melangkah ke arah bilik air.

Ariff tersenyum sinis, dia juga bangun dengan hanya berseluar pendek sahaja dan melangkah ke bilik persalinan untuk mengambil tuala.

Selepas itu dia melangkah keluar daripada bilik untuk membersihkan diri di bilik lain.

Usai mereka membersihkan diri, Ariff masuk ke bilik memandang Meesya yang sudah bersiap sedia untuk solat.

"Awak! Jom solat sama-sama," ajak Meesya, dia menepuk sejadah yang sudah dia sediakan untuk Ariff.

"Okey, baby."

Ariff memakai pakaian yang sesuai untuk dibawa ke dalam solat mereka, tidak lupa juga songkok diletakkan di atas kepala. selepas itu dia melangkah ke atas sejadah yang disediakan oleh Meesya.

Dia memandang wajah Meesya sekejap dan membetulkan kedudukannya. Cantik sungguh isterinya dengan telekung yang disarungkan, lebih nampak keayuan Meesya.

"اَللَّهُ أَكْبَر"

.
.

"اَلسَّلَامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَتُ اَللَّهِ"

"اَلسَّلَامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَتُ اَللَّهِ"

Ariff menadah tangan untuk berdoa dan diikuti oleh Meesya.

"Ya Allah, ampunkan dosaku serta dosa isteriku, kau lindungilah rumah tangga ku daripada perkara yang tidak diingini, ampunkan juga dosa kedua-dua ibu bapaku, Ya Allah. Kau mudahkan lah urusan ku untuk membongkarkan rahsia tentang ayahku, semoga usaha ku memberikan hasil, kepada Engkau sahaja aku meminta... Aamiin Ya Rabbal Alamin."

"Aamiin"

Meesya menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan suaminya. Ariff turut memusingkan badannya ke arah Meesya dan tangan isterinya disambut.

Selepas Meesya mengangkat kepalanya dahi Meesya dikucup lama oleh Ariff. Terpejam mata Meesya menerima kasih sayang daripada suami tercinta.

"Awak, nak baring atas peha awak," pinta Meesya.

"Baringlah."

Ariff menepuk pehanya lalu Meesya membaringkan kepalanya di atas peha Ariff, ditenung wajah suaminya daripada bawah.

HIS BABYPAU ©️Where stories live. Discover now