° SPECIAL CHAPTER 1 °

24K 1.2K 157
                                    

Pinggang Meesya dirangkul kemas oleh Ariff, manakala tangan yang sebelah lagi menggenggam tangan isterinya.

"cepat abang! Mica tak sabar" ucap Meesya dengan perasaan teruja.

macam mana nak sabar kalau mereka berdua berjalan seperti kura-kura, lambat.

"no, nanti jatuh" larang Ariff.

Meesya bermuncung mulut, bila kandungannya sudah mencecah usia 9 bulan, bila-bila masa sahaja dia boleh bersalin. suaminya menjadi terlalu overprotective.

"semua dah siapkan? dah boleh masuk" kata puan Kylie.

"dah mama! Mikayla tak sabar nak balik Malaysia!" Meesya tersengih.

sudah 3 bulan Meesya dan Ariff berada di Sepanyol. anak kembarnya pula dah balik bersama dengan Aisy dan Aid 2 minggu lepas.

"hati-hati naik tangga tu, beranak dalam kapal terbang kang" kata tuan Addy.

"ish abang ni! kalau betul-betul terjadi macam mana?" tanya puan Kylie.

Han yang sedang mengangkat barang ketawa kecil, tuan Addy seorang yang mulut masin. jangan main-main dengan kata-kata tuan Addy.

"puan Kylie, saya ada" laung seseorang di depan pintu masuk.

ternganga mulut Han melihat Bella di pintu masuk kapal terbang peribadi Ariff, ini mesti Bella datang sekali semasa flight Ariff datang dari Malaysia.

"Ariff yang suruh dia datang semalam, mummy yang suruh sebenarnya, takut terjadi apa-apa" kata Ariff.

"dah, dah, jom masuk"

mereka semua melangkah masuk bila tuan Addy menegur, yang paling lambat Ariff dan Meesya.

"baby okey tak?" tanya Ariff.

"okey, Mica nak duduk."

Ariff menarik tangan Meesya ke arah seat mereka. selepas semua sudah bersedia, kapal terbang milik Ariff mula bergerak.

"kalau ada apa-apa, baby kena bagitahu abang terus, okey?" ujar Ariff.

"okey, abang!"

Meesya mencapai tangan Ariff dan diletakkan di atas perut besarnya.

"eh, aktifnya anak walid hari ni." Ariff mengusap perut Meesya yang bergerak-gerak kerana anaknya menendang.

"tak sabar nak jumpa walid ke? tunggu kita sampai Malaysia dulu" kata Ariff.

"walid pun tak sabar nak jumpa awak"

Meesya tersenyum lebar melihat Ariff yang menekup telinga di perutnya.

"anak walid dah tidur ke? tendang lah lagi" ucap Ariff.

"walid merajuk lah"

Ariff menegakkan semula tubuhnya lalu bersandar.

"abang ni, kalau dia tendang, sakitlah Mica" kata Meesya.

"sorry baby, abang dah tak sabar"

Meesya mengusap rambut Ariff dan kepala Meesya bersandar di bahu Ariff.

"kalau kita buu buu, cepat sampai" ujar Meesya.

"ye baby, baby kena rehat banyak"

Meesya mula memejamkan mata, tangan Ariff yang mula menepuk-nepuk pinggang membuat dirinya terus lena.

————— ✵ —————

HIS BABYPAU ©️Where stories live. Discover now