AWISHMICA • 19

31.3K 1.3K 117
                                    

BEG BARU kosong sehingga beg itu sudah padat dengan baju Meesya hanya berdiam diri, langsung tidak bercakap. Selepas Meesya dan Ariff selesai makan tadi, Ariff mengatakan yang mereka akan pulang ke rumah bersama mak Jah.

"Mi amor, dah siap?"

Kaki melangkah ke arah Meesya yang sedang menutup zip beg yang biasanya Meesya letak barang-barang keperluannya. Satu bagasi sudah disusun ditepi katil.

"Mi amor..." panggil Ariff lagi bila Meesya tidak menjawab.

Ariff menarik tubuh Meesya ke katil dan menolak lembut badan Meesya supaya isterinya melabuhkan tubuhnya di atas katil.

"Jangan pendam, tell me, baby.." pujuk Ariff, dagu Meesya diangkat menggunakan jarinya.

"Kenapa Zara tu nak duduk dengan awak? Saya isteri awak, bukan dia!" kata Meesya, dia tidak terasa hati dengan kata-kata Zara cuma dia berasa marah. geram.

nak je dia tarik-tarik rambut Zara tu sampai botak.

"Tak ada perempuan lain yang boleh tinggal dekat rumah kita, mi amor... Kau je yang layak sebab kau isteri aku," jawab Ariff, tubuh Meesya ditarik masuk ke dalam pelukan hangatnya.

"Kau bidadari permata dan terakhir aku..." ucap Ariff.

Tersenyum lebar Meesya di dalam pelukan Ariff, terharu dengan kata-kata suaminya.

"Terima kasih, awak!" Meesya cuba meleraikan pelukan mereka, tubuhnya diangkat sedikit lalu satu kucupan hinggap di pipi kanan Ariff.

"Sama-sama, my pau!" Ariff senyum lebar.

Ariff menatap lama wajah Meesya yang sangat dekat dengannya. Tidak berkelip mata memandang isterinya, hilang masalah yang melanda.

"J-Jom turun..."

Suara Meesya menghentikan lamunan Ariff.

Ariff tersenyum nipis kerana melihat wajah Meesya yang semakin memerah. Mungkin kerana dia merenung Meesya terlalu lama.

"Pergilah turun dulu, aku nak angkat bagasi ni." Ariff mencapai bagasi besar itu dan barang-barang yang lain.

"Nak angkat jugak," Meesya menghulurkan tangannya seperti budak kecil yang meminta makanan.

"No, berat." larang Ariff.

"Bagilah, awak..."

"I say no, Amanda."

"Tak nak kawan" Meesya melangkah laju ke arah pintu bilik dan keluar. Kakinya dihentak-hentak.

"Buatlah, jangan sampai kaki tu aku ikat nanti." ugut Ariff.

Ariff turut melangkah keluar dengan bagasi dan beg kecil di tangannya. Tubuh Meesya yang sudah jauh dipandang, emosi isterinya sekarang memang tidak menentu.

"Abang, kenapa angkat semua ni? Nak Zara tolong?" Zara mendekati Ariff yang baru sahaja mahu menuruni tangga.

"Tak payah, nanti bukan bagasi ni yang sampai bawah tapi kau." jawab Ariff dengan dingin, Zara yang berada di belakang langsung tidak dipandang.

Satu tangan digunakan untuk mengangkat bagasi itu dan satu lagi menegang beg kecil dan Ariff mula menuruni anak tangga.

"Mana Meesya? Dia yang kena tolong abang tau!" Zara mengikuti langkah Ariff, dia mencuba untuk mengambil beg kecil ditangan Ariff tetapi Ariff mencepatkan langkahnya.

HIS BABYPAU ©️Where stories live. Discover now