AWISHMICA • 05

45.3K 2K 330
                                    

TIBA-TIBA Meesya sedikit menggeliat kecil dan Ariff berhenti daripada bermain dengan rambut Meesya.

Semasa Ariff bangun tadi, dia terkejut juga kerana ada seorang perempuan di sebelahnya. Lagi-lagi Meesya memeluk tubuhnya. Baru dia teringat yang dia sudah berkahwin semalam.

"Shh tidur..." Ariff mengeratkan lagi pelukannya dan memejamkan matanya kembali.

Kelopak mata Meesya terbuka kerana merasakan dirinya dipeluk seseorang, wajah Ariff yang sangat dekat dengannya membuatkan Meesya mengingati kepada memori semalam.

"aku terima nikahnya Meesya Amanda binti Hisyam...."

Air mata Meesya kembali bertakung selepas mengingatkan kembali memori itu. Meesya berusaha menyembunyikan bunyi tangisannya tetapi masih lagi kedengaran dengan kuat.

"Hey, why you're cry, hm?" mata Ariff terbuka semula, ibu jarinya mengusap pipi Meesya yang basah dengan air mata.

Senang betul budak ni menangis.

"Saya... Saya minta maaf... hiks! Kacau awak tidur..." ujar Meesya.

"It's okay, don't cry..." pujuk Ariff. Bukan Meesya yang kacau dia, dia yang kacau tidur Meesya tadi.

Meesya melepaskan diri daripada pelukan Ariff dan mengelap air matanya.

"Sorry kacau awak tidur, sambung lah balik, saya tak kacau" kata Meesya tanpa melihat wajah Ariff di sebelahnya.

Ariff bangun daripada baring dan mengambil telefon pintar yang berada di atas meja. '6.17'

"Aku nak mandi, dah subuh..." ujar Ariff turun daripada katil, dia melihat sekilas ke arah Meesya sebelum melangkah ke bilik mandi.

Meesya turut turun daripada katil dan mula mencari sesuatu. "Dia letak dekat mana?"

Terpaksalah dia tunggu Ariff. Sementara itu, Meesya memerhati bilik ini. Sangat luas dan kemas, tanpa sedar dia tersenyum.

Meesya meraba kepalanya, dia tak pakai tudung?!

"Dia yang cabut tudung?" tanya Meesya sendiri.

Sepuluh minit berlalu, Ariff keluar dengan berpakaian seluar sahaja sambil tangannya mengelap rambutnya menggunakan tuala kecil.

"Meesya..." panggil Ariff.

Suara Ariff memanggil membuatkan Meesya berpaling ke arah suaminya, tetapi dia mengalihkan wajahnya ke arah lain semula.

'Asal dia tak pakai baju?!' Meesya mengemam bibir, dia pula yang malu.

"Mandi..." ujar Ariff.

Meesya memberanikan dirinya untuk melangkah ke arah Ariff dengan kepala masih memandang ke bawah.

"Doktor, bagasi saya dekat mana? Tadi saya cari tak jumpa?" tanya Meesya.

"Say again..." minta Ariff.

"Bagasi saya?" tanya Meesya.

"Bukan yang tu, yang awal-awal kau sebut," kata Ariff.

Dahi Meesya berkerut. "Ye la, bagasi saya dekat mana?"

Ariff berdiri betul-betul di depan Meesya dan menunduk sehingga sama dengan ketinggian Meesya.

"Aku ni siapa, mi amor?" tanya Ariff dengan agak dingin.

"S-suami saya," jawab Meesya tergagap-gagap kerana gugup dengan jarak mereka yang dekat.

"Kalau suami, kenapa kau panggil aku, doktor?" tanya Ariff.

HIS BABYPAU ©️Where stories live. Discover now