AWISHMICA • 26

32.7K 1.3K 151
                                    

TANGAN ARIFF membelek-belek helaian kertas laporan di atas meja, sekali tangannya naik mengurut kepala yang berasa berdenyut.

TOK! TOK!

Arif mendongak memandang ke arah pintu.

"Masuk."

Pintu bilik dibuka dan seorang lelaki melangkah masuk ke dalam. Pintu bilik masih lagi dibiarkan terbuka.

"Riss..." Ariff menyebut nama lelaki itu.

"Tuan muda, lima orang perempuan yang tuan muda minta dah sampai," kata Riss.

"Panggil masuk," arah Ariff.

Riss mengintai sedikit dan tangannya memberikan isyarat menyuruh masuk ke dalam pejabat Ariff lalu lima orang perempuan melangkah masuk ke dalam dan berdiri di hadapan meja Ariff.

Ariff menegakkan tubuhnya dan tangannya disuakan.

"Fail," minta Ariff.

Riss menghulurkan fail yang mengandungi semua tentang maklumat perempuan-perempuan yang berada di depannya. Helaian pertama dibuka oleh Ariff.

"Liyana Jasmay," sebut Ariff.

"Yes, I'm." Liyana berbunyi.

Ariff memandang Liyana dan menunduk memandang fail itu semula.

"Olivia Mensen,"

"A mí, joven maestro (Saya, tuan muda.)"

"Sofia Melina."

"Me,"

"Ain Isabella"

"Saya, tuan muda."

Ariff memandang Ain. "Asal Malaysia."

"Carla Amandra" Ariff memandang Carla, nasib baik bukan Amanda.

"Amí , joven maestro."

Ariff beralih memandang kehandalan mereka pula, lama juga Ariff merenung isi-isi yang tertulis pada fail itu. Tidak lama kemudian Ariff menghulurkan semula fail tadi kepada Riss.

"Ain dengan Carla stay, yang lain boleh tunggu dekat bilik sebelah," kata Ariff.

Ariff meminta Riss untuk memanggil Han masuk ke dalam pejabatnya kerana tidak mahu dia seorang sahaja lelaki yang berada di situ sementara Riss keluar. Nama-nama yang tidak disebut tadi melangkah keluar apabila Han masuk ke dalam pejabat Ariff. Hanya tinggal Ariff, Han, Ain dan Carla sahaja di dalam pejabat.

"Tahukan kalau sini jangan panggil aku 'tuan muda'?" tebak Ariff.

Ain dan Carla hanya mengangguk, mereka berdiri tegak di hadapan Ariff.

"Aku nak korang berdua jadi bodyguard isteri aku," kata Ariff, dia tidak perlu menerangkan lebih lanjut kerana Ariff pasti mereka sudah tahu yang Ariff sudah mempunyai isteri. Berita itu tersebar di seluruh negara Sepanyol. Cepat sungguh!

"Tetapi korang berdua belum jadi bodyguard tetap lagi, aku nak semua jumpa isteri aku petang nanti," kata Ariff. Tidak juga dia seorang sahaja yang memilih tetapi Meesya tidak berkenan.

"baik, tuan!" kata Ain dan Carla serentak. mereka semua memang sudah dimaklumkan bahawa mereka akan dipilih menjadi penjaga kepada isteri tuan mudanya.

"nanti aku suruh Riss settle kan. Sekarang boleh keluarm" kata Ariff.

"baik, tuan!"

HIS BABYPAU ©️Where stories live. Discover now