AWISHMICA • 55

22.3K 1K 81
                                    

PINTU KERETA ditutup rapat oleh Han, dia terus berlari ke arah Ariff. Sempat lagi memandang keliling rumah puan Dilla.

"Ye, tuan? Ada masalah ke?" tanya Han.

"Hari ini aku nak bawa Meesya ke satu tempat, kau kena lapor diri hari ini, kan?" tanya Ariff.

Han sekadar mengangguk, "Saya baru je nak pergi, tuan nak pergi mana nanti?".

Ariff memandang pakaian yang dipakai oleh Han, sepertinya Han sangat sibuk hari ini. Terpaksalah Ariff tinggalkan anaknya dekat orang lain.

"Kau pergi je, Ain dengan mummy aku jaga anak aku. Pasal yang itu, Aisy dengan Aid yang settle." ujar Ariff.

Tangan Ariff membetulkan pakaian yang dipakai oleh Han, bahu Han ditepuk dan Ariff tersenyum tipis kepada Han.

"Tahniah, Han." ucap Ariff.

"Terima kasih, tuan, saya rasa darah merah saya dah hilang."

Ketawa kecil dikeluarkan oleh Ariff, daripada jauh Ariff sudah nampak anak buah puan Dilla, Nuqman bersama dengan Ain. Bukan mereka sahaja, ada Aisy di situ.

"Saya rasa majlis tu tak lama, sempat kalau saya datang sini bila habis nanti." kata Han.

Han menghembuskan nafas, dirinya terasa terlalu gugup sekarang.

"Dapat naik pangkat pun gugup, bunuh orang kau yang paling nak." kata Ariff.

Leher belakang diusap oleh Han, dia tersengih bila Ariff berkata begitu.

"Abang!"

Mereka berdua berpaling ke arah suara yang memanggil, kelihatan Meesya sedang berlari kecil ke arah Ariff dan Han.

"Eh budak ni kan, abang cakap jangan berlari nanti jatuh," kata Ariff dengan tangannya mencekak pinggang.

Isterinya dah mula buat perangai dulu, asyik nak berlari sehingga Arash dan Aryan terikut.

"Mica bukan budak kecil lagi!" nafi Meesya. Pandangannya beralih ke arah Han, bersinar matanya.

"Wow!" Meesya terkaku.

Han tersenyum kecil.

Tubuh Meesya ditarik ke belakang tubuh, tajam mata Ariff memandang Han. Isterinya tidak boleh buat main, nanti dia minta yang pelik-pelik.

"Saya pergi dulu, saya nak cari Ain" kata Han dan terus melangkah pergi, jika lama-lama di situ silap-silap kena belasah dengan Ariff kerana buat Meesya terkaku memandang dirinya.

susah jadi handsome ni dan bergaya ni, bisik hati Han.

"Handsome sangatlah abang Han!" puji Meesya.

"Apa, baby?! Siapa handsome?!"

Han tersenyum lebar mendengar pujian daripada Meesya. Mungkin sekarang Ariff sudah cemburu besar. Haha!

Baik lari jauh-jauh daripada Ariff.

"What the hell?" langkah Han berhenti, matanya tajam memandang Nuqman bersama dengan Ain sedang bermain dengan Arash.

"Naik pangkat dah kawan aku," kata Aisy. Jarinya menyeka air mata palsu yang keluar.

Aisy memandang apa yang dipandang oleh Han, dia mengangguk faham, patutlah Han berdiri seperti patung dengan mata yang tajam.

Diri Aisy pula seperti tidak wujud bagi Han.

"Mereka tak buat apa-apa, aku masuk kejap ambil ba-"

HIS BABYPAU ©️Where stories live. Discover now