AWISHMICA • 36

26.6K 1.1K 55
                                    

TANGAN MEESYA digenggam erat supaya isterinya tidak dapat ke mana-mana, sekarang mereka sudah berada di lapangan terbang untuk menjemput seseorang.

"Lambat lagi ke, abang?" tanya Meesya.

Meesya mendongak memandang Ariff, dah lenguh lututnya asyik berdiri.

"Sikit je lagi," jawab Ariff.

Mengikut perancangan Aid dan Aisy yang patut berada di sini tetapi si kembar itu harus menghadiri mesyuarat besar syarikat hari ini.

"Abang... Letih," adu Meesya.

Ariff memandang wajah isterinya, dia membawa Meesya ke arah kerusi yang sedia ada di situ. Ariff dah larang supaya duduk di rumah sahaja tetapi tahu-tahulah perangai degil mama budak itu.

Suka berkepit dengan Ariff Darwish.

"Duduk sini," kata Ariff.

Meesya melabuhkan tubuhnya, perutnya yang berasa sedikit senak diusap lembut lalu turut ada satu tangan mengusap juga perutnya. Meesya mendongak ke atas.

"Sakit?" tanya Ariff.

"Sikit je!" Meesya tersenyum.

Ariff melutut di hadapan isterinya, wajahnya didekatkan perut Meesya.

"Little baby, don't hurt mama." kata Ariff.

Meesya menepuk-nepuk bahu Ariff apabila dia perasan yang ramai orang memandang mereka, Ariff hanya tersenyum dan berdiri semula.

"Dah sampai," kata Ariff.

Meesya turut memandang ke arah pintu keluar para penumpang kapal terbang, dia mencari-cari wajah yang mereka tunggu.

"Eh! Abang Michael!" Meesya melambaikan tangannya.

Ariff laju menggenggam tangan isterinya dan menjatuhkan ke bawah, pandangan tidak berpuas hati diberikan kepada Michael.

"Hai baby Meesya, lama tak jumpa," kata Michael.

"Misi kau dah habis ke?" tanya Ariff, eh suka hati je panggil isteri dia 'baby.

"Kalau tak, tak ada aku dekat sini," jawab Michael, dia menangkap wajah cemburu Ariff.

Ariff menjeling tajam, wajah puan Kylie dan tuan Addy pula yang dipandang.

"Uncle dengan aunty sihat?" tanya Meesya.

"Sihat, Meesya sayang," puan Kylie tersenyum sebaris.

"Jom," ajak tuan Addy.

Mereka melangkah pergi daripada situ, Ariff merangkul pinggang Meesya dan tangannya yang satu lagi menggenggam tangan Meesya. Mereka tiba di pintu keluar lapangan terbang.

Anak mata Meesya memandang sekeliling, ramai yang keluar masuk ke lapangan terbang sekarang. Lalu anak matanya tertumpu kepada susuk tubuh yang sangat dia kenali.

"Abah?" panggil Meesya.

Ariff berhenti melangkah apabila isterinya turut berhentikan langkahnya, dia memandang ke arah Meesya. Tuan Addy turut berhentikan langkah.

"Kenapa, mi amor?" tanya Ariff.

"A-Abah..." Meesya menaikkan jarinya menunjuk ke arah Dato' Hisyam yang tidak jauh daripada mereka.

"Hisyam" sebut tuan Addy perlahan.

"Uncle kenal?" Meesya memandang tuan Addy.

HIS BABYPAU ©️Where stories live. Discover now