AWISHMICA • 07

47.9K 1.8K 178
                                    

KEDUA-DUA tangan milik Ariff leka mengemaskan lagi pakaian yang terlekat di bajunya namun matanya mengerling ke arah isteri yang tidak habis merenung dirinya.

"Kau dari semalam tengok aku tak berkelip. Kenapa, mi amor?" tanya Ariff.

Bangun daripada tidur tadi sehinggalah Ariff sudah bersiap untuk ke hospital, memang Meesya asyik memandang ke arahnya tanpa henti.

"Awak, nak ikut!" minta Meesya dengan tiba-tiba.

"Memang kau akan ikut aku, hari ni ada appointment..." Ariff melihat Meesya dari atas hingga ke bawah, patutlah gadis itu berpakaian kemas, ada motif.

"Hari ni ke?" tanya Meesya balik.

"Ye, baby. Tak ingatlah tu..." jawab Ariff.

Meesya hanya tersenyum dan menayangkan pipinya. Terlupa pula disebabkan apa yang berlaku sekarang, biasanya Mak Jah yang memperingatkan dirinya.

"Dah siap?" tanya Ariff.

"Dah!" Meesya menghampiri langkah Ariff keluar daripada bilik.

Kaki milik Meesya berjalan sedikit laju untuk berjalan di sebelah Ariff lalu Meesya menggenggam jari Ariff.

Ariff sedikit terkejut namun dibiarkan sahaja, dia tersenyum kecil. Sampai di bawah, Ariff dan Meesya menaiki kereta Chevrolet Camaro milik Ariff.

————— ✵ —————

SEBELUM Ariff membuka pintu bilik rawatannya, dia memandang Meesya di sebelah.

"Appointment pukul 12 nanti, aku nak masuk bilik dulu, nak ikut?" tanya Ariff.

"Tak nak, saya nak jalan-jalan dekat sini..." jawab Meesya, dia sudah bosan dengan bilik itu.

"Okey, jangan lama sangat..." kata Ariff, memberi izin.

Ariff memandang Meesya sehingga kelibat Meesya tidak kelihatan dan melangkah ke biliknya.

Sudah ada seorang pesakit yang sedang menunggu, hari jadualnya tidak padat, dia hanya perlu merawat pesakit yang berada di dalam biliknya sekarang dan isterinya. Ariff mula menjalankan tugasnya.

1 jam berlalu, bilik rawatan Ariff mula kosong dan dia akan berehat seketika sebelum pesakit seterusnya. Selepas pesakitnya keluar daripada bilik, kelibat Hariz pula melangkah masuk ke dalam biliknya.

Tiada salam, terus Hariz mengeluarkan soalan.

"Asal kau bawa Meesya?" tanya Hariz.

"Isteri aku, biarlah. Lagipun dia ada rawatan nanti..." jawab Ariff.

Kepala Hariz mengangguk laju, faham.

"Meesya macam mana sekarang?" tanya Hariz.

"Dah bertambah baik, tapi sekarang aku risau dia stress balik sebab apa yang berlaku sekarang," jawab Ariff.

Hariz diam sebentar sebelum bertanya lagi.

"Aku tahu aku tak patut masuk campur, tapi kau serius ke dengan perkahwinan ni? Kau pun tahu Meesya masih sekolah..." tanya Hariz.

"Aku serius, waktu malam tu, aku boleh je bayar denda terus, tapi lepas aku tengok ibu dia layan dia, aku ubah fikiran, aku nak jaga dia sebagai isteri aku." jawab Ariff, dia menarik nafas sebelum bersuara lagi.

"Lepas tu, aku dah faham kenapa Meesya dapat stress yang tinggi sampai dia cipta dunia sendiri... Aku tak boleh nak sebut apa yang Datin Sarah cakap dekat Meesya, kejam" Ariff mengeluh perlahan.

HIS BABYPAU ©️Where stories live. Discover now