AWISHMICA • 06

43.7K 1.9K 171
                                    

TEMPAT kosong di sebelah Ariff dipandang kosong, Meesya melangkah ke arah sofa berhadapan dengan Ariff dan melabuhkan dirinya.

"My lap, mi amor" arah Ariff.

Meesya hanya mendiamkan diri. pandangannya tidak lari daripada memandang lantai.

Melihat Meesya yang diam, Ariff bangun dan menghampiri Meesya.

"Kenapa degil ni, hmm?" Ariff duduk bersebelahan dengan Meesya dan dengan mudah, Ariff mengangkat tubuh kecil Meesya dan letakkan di atas pehanya.

Terkejut Meesya dengan perbuatan Ariff yang mudah mengangkatnya. "A-Awak..."

Tangan Ariff melingkarkan di pinggang Meesya untuk mengelak daripada jatuh.

"Kau nak tahu apa, baby?" tanya Ariff.

Meesya masih lagi memandang Ariff dengan pandangan polos.

"Kau terkejut sangat ke?" tanya Ariff lagi.

"B-Boleh ke kalau saya tanya?" tanya Meesya polos.

Tergelak Ariff dengan soalan Meesya.

"Kenapa awak gelak?" Meesya mencebik.

"Kau comel sangat," jawab Ariff, tawanya masih tersisa.

"Apa yang berlaku tadi?" Meesya memberanikan diri untuk bertembung mata dengan Ariff.

"Macam yang kau nampak, ada kereta ikut kita tadi," jawab Ariff.

"Kenapa ada bunyi tembakan?" tanya Meesya.

"Tembakan? Mana adalah, mi amor" bohong Ariff. Nasib baik Meesya tidak melihat pistol di tangan Ariff tadi, kalau tidak, lagi banyak soalan.

"Habis tu bunyi apa? Kenapa awak tak bagi saya tengok?" tanya Meesya, masih tidak percaya dengan jawapan Ariff.

"Bunyi tu aku pun dengar tapi tak tahu bunyi apa, aku suruh sebab tak nak orang yang duduk dalam kereta tu nampak kau," jawab Ariff.

"Kenapa? Awak kenal ke dengan yang bawak kereta tu?" tanya Meesya.

"Kenal tapi aku tak nak bagi tahu sekarang, aku dah tak nak cakap pasal ni lagi, boleh?" tanya Ariff.

"Boleh," Meesya mengangguk.

Selepas itu, tiada siapa yang keluarkan bunyi. Meesya mengesok ingin lari daripada Ariff namun suami menghalang.

"A-Awak... S-Sampai bila kita nak macam ni?" tanya Meesya.

"Macam mana?" sengaja Ariff menanyakan soalan sebegitu.

"M-Macam ni lah" jawab Meesya.

"Sampai esoklah, baby" Ariff mengeratkan lagi pelukan di pinggang Meesya.

"A-Awak lepaslah, saya nak naik..." rayu Meesya.

"Buat apa naik? Teman je lah aku dekat sini," jawab Ariff.

"Tak nak, nak naik" lawan Meesya.

Sedang mereka leka, mereka tidak sedar yang seseorang sedang melangkah ke arah sana.

"Tuan sa-" jeda, terdiam Han melihat keadaan kedudukan Meesya dan Ariff.

Meesya dan Ariff berpaling ke arah Han.

"Kau buat apa dekat sini?" tanya Ariff.

Ariff melonggarkan pelukan di pinggang Meesya, ada je pengacau. Dengan kesempatan itu, Meesya bangun dan terus berlari naik ke atas. Anak mata Ariff memandang tajam ke arah Meesya yang melarikan diri ke atas.

HIS BABYPAU ©️Where stories live. Discover now