AWISHMICA • 31

29.7K 1.1K 76
                                    

PINTU BILIK ditutup secara perlahan-lahan dan dia memandang di sekeliling lobi hotel. Kaki melangkah laju ke arah lif tetapi tidak mengeluarkan bunyi.

Butang lif ditekan dan sambil-sambil itu matanya memandang sekeliling.

TING!

Perlahan-lahan pintu lif terbuka, dirinya terpaku memandang gelaran yang berada di dalam lif, lif tertutup semula selepas lelaki itu keluar daripada lif.

"Puan nak pergi mana?" tanya Han.

"S-Saya nak turun... turun bawah" Meesya tersenyum untuk menyembunyikan rasa gugupnya.

"Cik Ain tak teman? Bahaya puan sorang-sorang," tanya Han.

Meesya memandang sekeliling sebelum dia mendekati anak buah suaminya itu. Tangannya naik ke mulut seperti ingin membisikkan sesuatu.

"Semalam saya nampak ada restoran dekat bawah, saya nak makan dekat situ, boleh abang Han teman?" bisik Meesya.

"Restoran yang mana? Ada banyak dekat bawah," Han turut berbisik dan membongkok sedikit badannya untuk menyampai tinggi badan Meesya.

"Seafood." jawab Meesya.

"Tak boleh! Puan tak boleh makan seafood," larang Han, dia menegakkan semula badannya.

"Alaa bolehlah, anak abang Ariff yang nak." Meesya menghentakkan kakinya memandang dia geram.

"Tuan tahu?" bisik Han.

Patutlah puannya seakan-akan seperti seorang pengintip, ada tujuan lain rupanya.

"Tak, dia tidur... Jom lah teman saya turun bawah," rayu Meesya.

Han menggaru kepalanya, melihat Meesya yang menepuk-nepuk perutnya membuat dirinya rasa bersalah.

"Saya teman,"

Meesya tersenyum puas hati, tangannya laju menekan semula butang lif.

"Tapi puan jangan salahkan saya nanti," sambung Han.

Meesya mengangguk-angguk, apabila lif sudah terbuka mereka masuk ke dalam lif. Sampai sahaja di bawah, Meesya terus keluar daripada lif sebaik sahaja pintu lif terbuka.

Han mengiringi langkah Meesya. Ke mana Meesya pergi ke situ juga dia mengikut.

"Erk... Dekat mana kedai tu?" tanya Meesya. Semalam sewaktu sampai ke hotel, dia melihat restoran itu semasa di dalam kereta jadi laluan ke restoran dia tidak tahu.

"Sini..." Han menunjukkan ke arah belakang.

Meesya melangkah ke arah yang ditunjukkan oleh Han. Dirinya terpaku saat sampai di ruangan makan hotel. Meesya menelan air liurnya melihat perbagai jenis makanan yang berada di situ.

Mereka berdua melangkah ke restoran seafood. Meesya merenung ke arah menu yang tertera di hadapannya.

"Saya nak ni..." jari Meesya menunjukkan ke arah satu menu.

"Tunggu kejap ye, cik." kata pelayan tu.

"Puan, kita duduk dulu." kata Han sedikit kuat. Meja yang sudah tersedia tidak jauh daripada mereka ditujukan.

Meesya mengangguk dan melangkah ke arah meja sokong itu, tubuhnya dilabuhkan di situ.

"Kak Bella!" panggil Meesya.

Han memalingkan wajahnya ke arah apa yang dipandang oleh Meesya, ternyata memang Bella sedang melangkah ke arah mereka.

Bella melihat sekeliling, ini kawasan kedai seafood. Kecil matanya memandang Meesya yang yang tersengih itu.

HIS BABYPAU ©️Where stories live. Discover now